Isnin, Disember 5

:: Anak Kecil Main Api::



Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri

Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara

Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia



Bila dengar dan tonton video ni, terkenang masa zaman sekolah2 dulu.. selalu dgr lagu ni time motivasi.. paling x lupa masa joint GPMS... sungguh seronok.. zaman yang sungguh terkesan dalam jiwa hingga saat tua ni.. saat yang penuh ke'enjoy'an.. terima kasih Tuhan kerana beri aku merasai saat2 itu dan dapat merasainya hingga hari ini... bersyukur!


:: Anak-anak kecil ::

Rasanya lama dah x update tentang anak2.. sekarang anak-anak dah hampir membesar sangat aktif. Sungguh kadang2  terlarat..allhamdulillah ada en suami yg senang dan mudah menjaga anak2..kalau bab be*** tuh memang dari anak2 kecik en suami x da dah segan silu lagi.. dah memang kena rasa cam ne si isteri buat.. bab2 mandikan, salinkan pampers pun dah memang dia yang buat kalau aku bz dgn masak or bz ngan iman.. allhamdulillah la en suami ringan tangan,Kalau dia tengah rajin dia masak gak untuk kami. Paling best kalau dia masak nasi ayam madu dgn sambal jawal..memang sedap!



Ini la anak2ku yang sangat2 havoc.. selalu bikin ibu 'bising2' dan selalu buat ibu'sayang2'.. hish! Si kak long next year dah 5 tahun dan dah diterima masuk sekolah Pra.. allhamdulliah.. x sangka dah besar dah anak sulung ibu ni.. si adik pulak dah semakin 'naughty2' dan suka merajuk2.. erm.. si kecik iman pulak dah setahun 1 bulan,,tp manja sangat dgn ibu.. tidur pun nak berkepit2 lagi.. erm..bujang sorg ni.. cepat la jalan..kaki nak kena ketuk ngan sabut eik ..baru nak jalan! hehehe

Kakak dan si bujang Iman yang sangat cool!


Kakak dan adik wawa yang sangat smart! hehheheh...

p/s semoga menjadi insan yang berguna!

Jumaat, Disember 2

::Sign Off Pengetua::

Hari ni hari terakhir pengetua di sekolah.. maka dengan itu harus habiskan kerja hari ni untuk sign sijil berhenti pelajar.. sampai jam 4pm baru siap.. huh! sangat2 letih... tp allhamdullaih dah siap kerja bab 1.
Terima kasih untuk pengetua Puan Hajah Siti Inshah bt Mansor semoga puan berjaya di luar sane.. doakan kami di sini! dan terima kasih atas segalanya walaupun perkenalan yang hanya singkat sahaja...

Khamis, Disember 1

:: Ombak Rindu::


OMBAK RINDU, antara novel yang amat aku minati..sangat-sangat minat dan sudah hampir banyak kali khatam... so, kali ni bile keluar movie, memang nak sangat tengok.. 
En Suami, jom la kite pi ngk movie..lama x layan movie berdua-duaan ni....

Isnin, November 28

:: salam Maal Hijrah ::











Terasa sangat lama tidak menulis dalam blog. Memang masa amat singkat. Terlalu banyak kerja duniawi yang perlu dibereskan. Memandangkan hari cuti, maka rajin la sikit jari-jari untuk menaip. Cuti2 ni, tiada yg istimewa dalam keluargaku.. cukup sekadar menyiapkan tugasan yang diberi oleh pihak sekolah dan juga menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kpd anak2 yang sangat aktif. super duper aktif! Tapi bagus juga x berjalan... leh spend time dgn adikku yg baru pulang dr K.L.. ermm.. cuaca pun sangat tidak mengizinkan untuk berjalan jauh.. hujan yang tidak menentu..

Bila bercerita pasal awal Muharram mesti teringat lagu yang sering di alunkan... tapi, tahukah apa itu Awal Muharram?
Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 12 Rabiul Awal tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

Kalau zaman remaja, aku selalu ke Masjid bersama mak ayah untuk same2 meraikannya dengan bacaan doa akhir tahun dan awal tahun, cuma selepas ada cahaya mata, keterbatasan waktu untuk berbuat demikian hanya sempat dilakukan di rumah sahaja.. Insyallah andai ada hayat dan anak2 pun dah meningkat usia, akan ku cuba untuk mengembalikan saat itu.