Isnin, November 28

:: salam Maal Hijrah ::











Terasa sangat lama tidak menulis dalam blog. Memang masa amat singkat. Terlalu banyak kerja duniawi yang perlu dibereskan. Memandangkan hari cuti, maka rajin la sikit jari-jari untuk menaip. Cuti2 ni, tiada yg istimewa dalam keluargaku.. cukup sekadar menyiapkan tugasan yang diberi oleh pihak sekolah dan juga menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kpd anak2 yang sangat aktif. super duper aktif! Tapi bagus juga x berjalan... leh spend time dgn adikku yg baru pulang dr K.L.. ermm.. cuaca pun sangat tidak mengizinkan untuk berjalan jauh.. hujan yang tidak menentu..

Bila bercerita pasal awal Muharram mesti teringat lagu yang sering di alunkan... tapi, tahukah apa itu Awal Muharram?
Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 12 Rabiul Awal tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

Kalau zaman remaja, aku selalu ke Masjid bersama mak ayah untuk same2 meraikannya dengan bacaan doa akhir tahun dan awal tahun, cuma selepas ada cahaya mata, keterbatasan waktu untuk berbuat demikian hanya sempat dilakukan di rumah sahaja.. Insyallah andai ada hayat dan anak2 pun dah meningkat usia, akan ku cuba untuk mengembalikan saat itu.




Tiada ulasan: