Jumaat, Julai 3

::ULBS@Ujian Lisan::


Ujian Lisan...time nih ada pentaksir datang untuk menilai ULBS yang dilakukan. Ujian Lisan ni penting bagi memastikan ULBS kali pertama berjaya dan sekolah x payah buat lagi untuk kali kedua. ULBS ni di jalankan dan pelajar yang dipilih adalah berdasarkan prestasi pelajar dari lemah, sederhana dan baik. Untuk kelas 4 Baiduri, aku memilih saranya, fatihah dan rasyiqah yang pada pendapat aku berkebolehan untuk berbicara dan menterjemahkan isi-isi. Allhamdulliah, keputusan adalah positif....terima kasih kalian...


Selasa, Jun 30

::tido??gaya??::

Wah apakah gaya tidur anak ku ini?.....

jom..kasi close up skit...

.

.

.

.

.

.

.



Isnin, Jun 29

::Che'wawa demam::

Tadi kami pegi Klinik Keluarga, klinik panel dan merangkap klinik kegemaran kak long... asal lalu situ jek, klinik aceh..demam la ibu... padahal sihat walafiat.. (kak long suka pegi klinik tuh sebab doktor yang sungguh pandai ambil hati-dengan beri vitamin, so dia x takut..before this memang fobia pg klinik, tapi bile jumpa doktor Roszalina kat klinik keluarga, terus jatuh cinta dengan dr tuh... )..
Act, che'wawa dah 3-4 hari demam panas...so tadi je baru sempat pi klinik selepas pi try klinik Lau dekat sentosa, tapi x berubah gak..still the same...so, kami decide pi klinik panel dia...then
Dr, Roszalina decide kena amik gas..sebab nafas tersekat dengan kahak dan lendir..tuh yang tiap malam x lena tido..
Masa amik gas tuh, che'wawa x nangis langsung..siap ketawa-tawa lagi dengan pembantu dr ros.. wah, bagus anak ibu nih.. dalam 5 minit gak le che'wawa kena pakai topeng tuh..dan allhamdulliah lepas dapat gas tuh, nafas dah elok skit... harap2 ok ye anaknda..

Good girl...siap tawa-tawa lagik...

Lepas pi klinik, kak long ajak makan Marrybrown..selamat la marrybrown tuh dekat jek dgn klinik...so, apa lagi, terjah gak le..tapi en suami je yang makan, aku dah kenyang..just minum hot drink...

*balik umah terus bagi che'wawa makan ubat....lena skit..

Sabtu, Jun 20

::selamat pengantin baru-part 2::

Majlis bertandang ke Cheras telah ditetapkan pada 20.06.2009, memandangkan ramai yang nak ikut serta, maka kami telah menyewa sebuah bas dengan muatan 44 penumpang dengan 38 telah diisi tempat duduk termasuk kanak-kanak, wahhh..sungguh best..macam rombongan cik kiah... sanak saudara terdekat kitorg pegi gak dan tak lupa jiran-jiran yang rapat dengan kami. Perjalanan kami bermula seawal 6.30 am, dimana semua penumpang telah sampai ke tempat pengumpulan seawal 6am, dan selepas subuh...

Dalam bas, kak long baru bangun...kitorg x salin baju lagi..anak-anak pun still x mandi lagi..so kami berhenti seketika di hentian Ayer Keroh..selepas proses mandi manda anak-anak, dan salin baju..kitog makan dalam bas, mak yang susah payah masak nasik lemak sambal udang..so jimat kos skit... Kitorg sampai ke hentian Serdang seawal jam 10.30 pagi..so, sementara menunggu wakil penganti datang menjemput kitorg jam 12.30 tgahari, sempat gak la jenjalan dan membasahkan anak tekak nih...yang nak buang hajat juga dipersilakan....


Tepat jam 1.15pm, kitog sampai dan terus melangkah masuk ke rumah pengantin...sungguh comel adinda ku berpakaian pengantin dan bersoleh...cantik... makanan yang disediakan oleh katering yang di tempah khas oleh pihak lelaki sungguh sedap...nyum..nyum...


Kenangan selepas kenyang....ayahnda dengan saudara mara bergambar bersama pengantin dan aku yang sedang mengendong che'wawa yang ketiduran dalam kepanasan...sian anak mama nih..

Saat paling sedih, berpelukan dan bersalaman dengan ayahnda yang nak berangkat pulang ke JB

Rabu, Jun 17

::Lawatan ke Hospital Permai-Stress Management::

Sehari selepas cuti naik sekolah, kami kena pergi ke Hospital Permai nagi lawatan stress management dan bagi melengkapkan LDP kitorg... Seronok juga pergi sane..banyak ilmu menangani stress yang boleh diketahui... kitorg cikgu-cikgu pergi selepas waktu pembelajaran, jam 3pm hingga la jam 5pm..penat dan puas kitog tgk sekitar hospital permai...

selamat datang ke hospital permai

sempat gak aku berposing sebelum taklimat bermula..

antara aktiviti-aktiviti dan kraftangan yang dihasilkan oleh penghuni hospital permai.. ada yang buat lipatan plastik dan ada yang mahir bertukang..macam orang biasa..

kami berkesempatan melawat penghuni lelaki yang separuh sakit mental... masih dalam kurungan lagi...

sementara tunggu bas, semapt gakk le bergambar....