Sabtu, Jun 20

::selamat pengantin baru-part 2::

Majlis bertandang ke Cheras telah ditetapkan pada 20.06.2009, memandangkan ramai yang nak ikut serta, maka kami telah menyewa sebuah bas dengan muatan 44 penumpang dengan 38 telah diisi tempat duduk termasuk kanak-kanak, wahhh..sungguh best..macam rombongan cik kiah... sanak saudara terdekat kitorg pegi gak dan tak lupa jiran-jiran yang rapat dengan kami. Perjalanan kami bermula seawal 6.30 am, dimana semua penumpang telah sampai ke tempat pengumpulan seawal 6am, dan selepas subuh...

Dalam bas, kak long baru bangun...kitorg x salin baju lagi..anak-anak pun still x mandi lagi..so kami berhenti seketika di hentian Ayer Keroh..selepas proses mandi manda anak-anak, dan salin baju..kitog makan dalam bas, mak yang susah payah masak nasik lemak sambal udang..so jimat kos skit... Kitorg sampai ke hentian Serdang seawal jam 10.30 pagi..so, sementara menunggu wakil penganti datang menjemput kitorg jam 12.30 tgahari, sempat gak la jenjalan dan membasahkan anak tekak nih...yang nak buang hajat juga dipersilakan....


Tepat jam 1.15pm, kitog sampai dan terus melangkah masuk ke rumah pengantin...sungguh comel adinda ku berpakaian pengantin dan bersoleh...cantik... makanan yang disediakan oleh katering yang di tempah khas oleh pihak lelaki sungguh sedap...nyum..nyum...


Kenangan selepas kenyang....ayahnda dengan saudara mara bergambar bersama pengantin dan aku yang sedang mengendong che'wawa yang ketiduran dalam kepanasan...sian anak mama nih..

Saat paling sedih, berpelukan dan bersalaman dengan ayahnda yang nak berangkat pulang ke JB

Tiada ulasan: