Ahad, April 18

::happy birthday 3rd years::




Hari ni merupakan hari kelahiran ke 3 buat anak sulung ku- Qaseh Dhia Faqihah-
Rasanya macam masih baru lagi melahirkan kakak.
Tepat jam 4.01 am, kakak dilahirkan... allhamdulliah...
Ibu doakan semoga kakak menjadi pendorong kepada adik-adik nanti...
Jadi anak yang sollehah dan berilmu serta beriman....

p/s : ni sambutan secara 'private' sebab kak long dah x sabar nak tiup lilin. Esok dan insyallah ibu wat b'day party yer.. kat taska dengan umah tok mak ngan umah nenek eton yer....

Khamis, April 15

::hati ini semakin gundah gulana::

Sekarang hati aku sangat gundah gulana.
Hati aku tak sedap.
Aku tak tahu nak mulakan dari mana.
Aku tak tahu bagaimana caranya nak beritahu berita ni.
Aku dah rahsiakan hampir sebulan.

Aku takut.
Suami aku juga takut.
Kami sama-sama takut.
Di awalnya kami tidak dapat terima kenyataan.
Tapi aku ambil sikap positif.

Insyallah kalau gundah gulana dalam hati sudah hilang,
aku akan beritahu jua.
Sampai bila mahu berahsia.


Jumaat, Februari 26

::bile che'wawa merajuk::

Ermm..kalau anak anda merajuk camni..apa anda akann buat?...




::saguhati pertandingan::

Sebelum cuti sekolah minggu lepas, satu pertandingan menghias kelas telah diadakan...kelas yang aku handle iaitu kelas 4 intan, telah bersungguh2 nak juga masuk pertandingan tuh..maka mereka la yang bertungkus lumus menyiaapkannya dan akhirnya kelas aku berjaya mendapat tempat saguhati dengan memperolehi sebanyak 5 kotak limau...sungguh seronok mereka..mane x nyer....sorg dapat 5-6 biji limau.....



gaya si izzat dan class sebelah yg turut menumpang populariti kelas kami...heheh


izaat dan syaza yg sungguh happy sebab dpt banyak limau...

iskandar sedang membelek limau mane yg manis...fathin plak, dok bebel sebab sekotak limau telah dikebas oleh afiq...

x sempat nak snap bebanyak...sebab kesuntukkan mase..tuh pun curi time sains diorg...

saje je tuh dak sebelah nak interframe....



::che'wawa dah berjalan::

Video ni telah dirakamkan ketika aku ngan anak2 ke taman permainan berdekatan rumah... anak2 sungguh teruja.... dan paling seronok adalah che'wawa sebab dapat berjalan2 seluruh taman tanpa menghiraukan ibu dia yg takut dia jatuh...




*harap maaf, perlu telengkan kepala untuk lihat video diatas...