Rabu, Disember 14

:: katak oh katak ::


Katak oh katak...
rupa-rupanya katak ni ada banyak jenis bukan sahaja ada pelbagai warna, tapi ada juga pelbagai saiz, ada kecik ada besar.

Tapi yang aku jumpa selalu saiz kecik2 jek.. yang paling besar pernah aku jumpa katak kodok.. tuh dah kira katak paling besar la yg pernah aku jumpa.. tapi rupa2 nya ada lagi katak yang besar.. dan katak tuh adalah katak Goliath Frog. Selalunya katak yg kita selalu kita tgk boleh diletak atas tapak tangan je, tapi katak Goliath Frog (Conraua Goliath) ni merupakan katak yang terbesar dalam kalangan katak-katak yang ada kat dunia ni. Katak ni boleh membesar sehingga 3 kaki panjangnya dan boleh seberat baby baru lahir dengan berat 7 lbs atau 3.2 kg...

Katak Goliath ni berwarna coklat dimana warna ni membantu katak ni untuk bersembunyi atau menyembunyikan diri. Katak2 ni banyak terdapat di Cameroon dan Equatorial Guinea di western Africa. Sepekara yang unik tentang katak ni , katak ni x seperti kodok yang mempunyai suara yang sangat "merdu". Katak ni juga biasanya makan ketam, dan kadangkala makan juga la serangga mcm katak2 lain. Katak ni boleh hidup sehingga 15 tahun.. hebat katak ni!



korang tengok la saiz katak ni?..perghh memang besar giler...


budak2 ni dah anggap katak ni macam barang menan diorg jek.. best la korang!


 

1 ulasan:

Hanim Nasir berkata...

ado...beso snggh katak ni dik oiii