Pagi tadi pegi medical check up di Klinik Kesihatan Larkin. Dah hampir lewat 2 minggu aku pergi, sepatutnya 3-6-10 last 2 weeks aku punya janji temu..namun pelbagai masalah datang dan pelbagai aktiviti dilakukan samapai terlupa ada temujanji 'kad merah'.
Seperti biasa, datang seawal jam 8.30 pam selapas sarapan bersama suami di kedai mamak..makan 2 keping roti prata... then terus ambil no...dah dah ramai yang menunggu... aku dapat giliran ke 21. Seperti biasa juga di Klinik kerajaan, kena bawa botol air urine..heheh... (memang sentiasa dalam beg aku)....lepas tuh bawa botol berisi urine tuh...suruh nurse check ..ok ke x... pastuh...tunggu laa sehingga nurse panggil ikut giliran...
Jam dah dekat 9.30 pagi..baru nurse panggil untuk ambil tekanan darah... ambil timbang berat.... dan berat kali ni naik 2kg..sekaligus berat aku dah 47kg... tekanan darah ok.... pas tuh kena pegi makmal ambil HB pulak..then dia tanya ada pening2 x..so aku jawab x da pun... dia catat HB 10.5 dan dimark dengan pen merah...(sah..memang darah aku cair)..
Lepas tuh, terus letak kad merah di bilik check up... tunggu punya tunggu... dah dekat jam 11am baru no 21 dipanggil.... masuk baring...check perut...tetiba nurse tanya..kenapa HB awak turun...ni bahaya untuk awak dan baby... kena makan kerang, makan pegaga...makan ikan caru...minum susu... dan yg penting makan pil iron 2 biji untuk 2 kali makan... huh... (ubat nih akan membuatkan aku sembelit),,,,
Balik aku dah risau... search internet...
" Hemoglobin Levels: The blood test will identify the level of hemoglobin, which is the oxygen-carrying power of your red blood cells. The expected level is between 12 to 14 grams. A treatment for anemia will be prescribed if your level falls below 10 grams."
So lepas ni kena minum susu 3 kali sehari...makan kerang banyak2...dan kalau boleh cari pegaga gajah wat ulam...dan jangan lupa makan jambu batu...kalau ada ikan caru lagi bagus...makan tang tengah jek...huh!!
Keluar rumah.
38 minit yang lalu
1 ulasan:
haaa sape kata dah ada pengalaman takde masalah. jgn lupa jaga kesihatan ye mamaEcah :D
Catat Ulasan