Isnin, September 7

::bertadarus::

Sempena kehadiran Ramadhan yang mulia ini, Sekolah aku telah mengadakan tadarus al-quran untuk pelajar-pelajar muslim lelaki dan perempuan. Situasi ini, hanya akan di adakan sewaktu waktu rehat mereka. Memang baik, dan sememangnya bagus. Aku dan guru-guru muslim yang lain hanya sebagai pemerhati dan selaku penunjuk. Kami telah dibahagikan beberapa kumpulan. Dalam satu kumpulan terdiri daripada 3 org guru. Keadaan ini disebabkan, kami guru-guru kadang kala bertembung jadual waktu, maka sesiapa yang berkesempatan boleh la pergi.
Tapi, sedih.....
Sebab pelajar-pelajar ada yang tak tahu hendak membaca dan mengeja.
Sebab masih ada lagi yang merangkak-rangkak untuk mengeja dari satu ayat ke satu ayat yang lain. Sedih.....
Walaupun pada hakikatnya, aku tidaklah dikategorikan sebagai pakar dan mahir, sekurang2nya semasa seusia dengan mereka, aku sudah dikira lancar untuk membaca al-quran. Sedih sungguh... Mengapa ya???...
Mungkin ini salah satu sebab mengapa anak-anak sekarang sering terpengaruh dengan budaya yang terpesong, dan budaya luar.
Namun, dalam pada itu, masih juga terdapat pelajar yang pada aku sempurna walaupun dalam sederhana. Aku puji sikapnya. Walaupun aku guru kelasnya, namun terbit perasaan bangga. Seorang yang serba sederhana, tidak menonjol, tetapi mempunyai kekasih hati yang sama-sama belajar di kelas yang sama, dan paling aku puji, tetap 'maintain' dengan keputusan peperiksaan. Si kekasih hati juga turut berjaya..ini adalah salah satuu daripada dorongan. Tidak disalah guna, tetapi dipergunakan sepenuhnya...berlumba2 untuk berjaya. Dalam tadarus, cukup sempurna bacaannya. Allhamdulillah....
Harapan aku, anak-anak aku tidak lupa dengan agama. Kadang-kala risau dengan situasi anak-anak sekarang..bagaimana dengan masa akan datang ya??? cabaran pasti kuat dan dugaan pasti tinggi...


2 ulasan:

.:chEyaNtie:. berkata...

satu aktiviti yang kurindui..

kuharapkan dan kudoakan jua anak2ku dan jua anak2mu dan semua anak2 sesama umat Muhammad akan dapat membaca al Quran sebaik2nya..insyaallah

jagoan berkata...

Aduyai,
Saya sedih juga di kala barisan pemuda / pelajar tidak tahu dan tidak mengenal huruf al-Quran