Rabu, September 23

::Sambutan Lebaran::

Tahun ni merupakan tahun berhari raya di Batu Pahat. Tahun lepas, kami berhari raya di JB, masa tu hari raya kedua aku sedang bertarung nyawa melahirkan che'wawa. Sekarang dah dekat setahun umur dia kalau ikut tahun islam. Allhamdulliah..
Selepas solat raya dan makan-makan dengan mak ayah di Larkin, kami bergegas ke BP. Konvoi bersama dengan family husband..


OOOOO...balik kampung..oooo..balik kampung...

Dalam perjalanan ke Batu Pahat, atas Highway...



Sempat gak mak senah ni membaca..siap dgn speck lagi..

Adik pun nak gak pakai speck ibu..

Sabtu, September 19

::salam aidilfitri:

SALAM AIDILFITRI UNTUK KALIAN SEMUA. SEMOGA HARI LEBARAN DISAMBUT DENGAN PENUH KEGEMBIRAAN DAN KESYUKURAN. BERHATI-HATI DIJALAN RAYA..

dari : aishah, nazreen, qaseh dhia faqihah dan qaseh zahrah zafirah.

Khamis, September 17

::ifthar di sekolah::

Hari ni hari terakhir persekolahan sebelum semua cuti raya, dan sekaligus merupakan program MTQ untuk sekolah SMKPJ 2. Letih sungguh, sebab aktiviti bermula dari jam 4pm hingga malam. Aku x berkesempatan pulang untuk menukar pakaian, maka aku hanya stay up di sekolah. Letih nak balik jejauh... panas terik cuaca.
*x sempat snap pic banyak2...

kami kepenatan....


::santai lepas berbuka::

Semalam, lepas berbuka dan bersolat, aku ajak si suami pergi jalan2 di Jusco.. anak2 lagi la suka andai diberi kesempatan berjalan...

Aku dgn si suami tak tahu kemana hala tuju.. niat bershopping memang x ada.. maka kami ambil keputusan untuk memenuhkan perut.. sebab berbuka hanya makan yang ringan sahaja, murtabak sahaja.. maka, makan la kami di secret recipe.. tapi kebayakkan makan dah habis, aku nak pesan makan laksa singapore, habis.. si suami nak makan nasi goreng pun habis. Jadi keputusannya hanya makan Tom yam Kung untuk diriku, dan nasi kebab untuk si suami.



maaf ye suamiku, pic mu x dapat diambil...

Jumaat, September 11

::bile berlipstik::

Keadaan ini berlaku semasa aku sedang asyik sangat menonton tv. Siaran HBO... dan kesannya che'wawa telah menyelongkar hand begku dan bermain2 dengan lipstik ibu. Wah...dah habis separuh dikerjakan... dan kesannya...lihat saja.....

macam muka x bersalah jek anakku ini..


jari-jemari yang mulus, telah kemerahan dipenuhi darah gincu...

Sampai kat peha2 pun di contengnya..



* lepas nih pengajarannya, sebagai ibu tak boleh lalai dengan kanak-kanak seusia ini..lincah dan pantas jek jejak dia...