Sabtu, Disember 8

The Class Clown


Zaman sekarang,
Menjadi guru banyak cabaran
Tidak seperti dahulu…
Hanya mengajar murid-murid sahaja

Sekarang..
Semua kerja guru kena tahu..kena pandai buat…
Kena pandai mengajar dan yang penting
kena pandai ilmu hendak menepis saman menyaman

dulu..
murid-murid semua dengar kata
takut dengan guru
nak pandang guru pun takut…apatah lagi nak melawan guru
tapi, sekarang semua murid berani
apatah lagi ibu bapa
pantang anak dicuit sedikit
pasti terima surat saman

kalau tidak pun, habis kereta guru kena calar
kalau murid samseng, memang sah kena belasah
siap ada geng tunggu kat depan pagar

zaman sekarang guru kena siap sedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku
anak murid sekarang sukar dijangka perangai mereka
guru tidak perlu takut, tapi teruskan usaha untuk mendidik mereka.


* p/s : tak sabar nak memulakan kerjaya sebagai guru!

Rabu, November 28

:: Piala AFF Suzuki Cup 2012 ::




Sejarah

ASEAN Football Championship sebelumnya bernama Piala Tiger (Tiger Cup), merupakan satu kejuaraan bola sepak antara Negara-negara di Asia Tenggara. Perlawanan ini diselenggarakan oleh Federasi Bola Sepak ASEAN (AFF).  Nama lama kejuaraan ini berasal dari sponsornya iaitu perusahaan bir Singapura  Tiger Beer. Pada 2007 nama kejuaraan ini menjadi Kejuaraan Bola Sepak ASEAN, dan bertukar nama pada 2008 menjadi Piala Suzuki AFF dan dipelopori oleh sembilan negara ASEAN.
  
Piala Tiger dimulai pada tahun 1996 di Singapura. Pada kejuaraan pertama, Thailand berhasil merebut juara setelah mengalahkan Malaysia dengan 1-0 di final.

Pada tahun 1998, Piala Tiger  yang berlangsung di Vietnam telah terjadi satu kontroversi di mana Indonesia dan Thailand berupaya untuk tidak bertemu dengan tuan rumah Vietnam di babak berikutnya, maka Indonesia dan Thailand bermain bukan untuk menang. Ketika skor masih 2-2 menjelang berakhirnya pertandingan, defend Indonesia Mursyid Effendi dengan sengaja menendang bola ke gawangnya sendiri sehingga skor menjadi 3-2 untuk kemenangan Thailand. Kedua pasukan akhirnya didenda kerana telah "merosakkan semangat bola sepak" dan Mursyid sendiri dilarang bermain dalam bola sepak antarabangsa seumur hidup. Juara pada tahun 1998 adalah Singapura yang mengalahkan Vietnam di babak final dengan skor 1-0..

Pada Piala Tiger 2000 & 2002 terjadi final "el clasico ASEAN" yang semuanya dimenangi oleh Thailand setelah berturut-turut mengalahkan Indonesia di final.  Kejuaraan Bola Sepak ASEAN 2007 diadakan di Singapura dan Thailand. Piala Tiger kembali dijuarai Singapura setelah mengalahkan Thailand. Piala Suzuki AFF 2008 diadakan di Indonesia dan Thailand yang kali ini dijuarai Vietnam yang mengalahkan Thailand pada final.

Piala Suzuki AFF 2010 diadakan di Indonesia dan Vietnam yang kali pertama dijuarai oleh Malaysia mengalahkan Indonesia, dengan agregat 4-2 yang telah bermain di Malaysia 3-0 dan di Indonesia 2-1.


* p/s : harap-harap Malaysia mengulangi kejayaan 2012. Walaupun kalah diawal permainan!

Selasa, November 27

:: buku teks zaman sekolah rendah 80'an - 90'an ::

Bila musim cuti sekolah dah nak bermula..
akula orang paling seronok..
sebab sebelum cuti buku teks semua kena pulang...
aku ikat dengan tali semua buku teks....
ya laa...x sabar nak naik darjah baru..
kelas baru...berdebar menanti keputusan..
kalau result jatuh kena turun kelas...

Dulu,
buku teks aku semua dapat pinjam....
seronok beratur nak amik buku teks baru..
walaupun hakikatnya..buku tuh dah berapa keturunan dah... beralih tangan...
tapi seronok.. walaupun tebal.. sebab dapat buku!

Dulu,
aku x da jadual2 anjal2 ni... semua kena pikul..
tak bising pun..
x ada beg roda2 nak sorong..
semua beg galas..
berat ke ringan ke..tetap seronok nak ke sekolah..

Dulu,
pegi sekolah sebab suka tengok cikgu...
sebab cikgu cantik...
dapat cikgu garang pun x kisah...
kena marah pun tetap datang sekolah...

Dulu,
lepas dapat pinjam buku teks..
balik rumah ayah terus sampulkan dengan plastik..
w/pun dah ronyok2 dan koyak2...
ayah tetap balutkan dengan sampul...
suka tengok ayah sampul..kemas!

Sekarang,
semua free .. yuran.. buku teks semua dapat...
tapi semua mengeluh kata berat...
kadang-kala x bawa pun buku teks...
rugi sangat....

Sekarang,
semua anggap mudah..
buku tinggal dalam kelas, bawah meja..
akhir tahun kalau hilang...
apa susah...bayar je la denda...
sungguh mudah.....

 

 

 


Antara buku-buku teks zaman aku sekolah rendah.... terima kasih kepada pendidikan Malaysia sebab bagi aku pinjaman buku teks..kalau nak beli... memang zaman aku x mampu..sebab 4 orang bersekolah...


* p/s :aku harap aku juga akan menjadi seorang guru yang berjaya dan berdedikasi...serta bertanggungjawab melaksanakan amanah dari Allah swt. Insyallah...





~:: budak lelaki ini anak saya ::~


Hari ni
nampaknya budak lelaki ni masih tak tidur lagi... 
oh yaa... tadi budak lelaki ni dah tidur lepas makan tengahari tadi..

Hari ni
budak lelaki ni banyak bermain..
dan yang penting hari ni,,budak lelaki ni dah banyak kali baling...
semua benda alah yang di pegang akan dibaling..
aku tak kisah kalau dia baling bola getah...
tapi yang aku kisah dia baling sudu...dia baling bajak mainan dia kat orang...
aku tak kisah kalau yang kena baling adalah aku ..ibunya...
yang aku kisah kalau yang kena baling anak2 sedara aku...
memang aku kisah...

Hari ni
budak lelaki ni lewat tidur..
kebiasaannya budak lelaki ni dah tidur seawal jam 7.30 pm selepas solat kacau2 aku sembahyang...
dan kacau2 kakak2 sedang mengaji...

Hari ni
ibu bagi peluang budak lelaki ni main puas2 bajak dan kereta
budak lelaki ni takut kalau ayah balik paksa dia tidur...
terkebil2 mata tahan untuk tidur...
kesian...

Hari ni
ibu suka sebab budak lelaki ni dah pandai minta susu w/p pelat.. tu tu...
budak lelaki ni dah pandai makan sendiri tanpa perlua disuap lagi..memang banyak budak lelaki ni makan kalau suap sendiri
budak lelaki ni juga dah pandai joget2 kalau ada lagu..
budak lelaki ni juga dah pandai pakai kasut tanpa terbalik..dah pandai beza mana kanan mana kiri...

* p/s : budak lelaki ni nama dia Iman Fahry. Baru berumur 2 tahun 25 hari. Budak lelaki ni la satu2nya anak lelaki ibu....  

:: buku fav zaman kanak-kanak ::


Buku Tidurlah Intan merupakan buku yang sangat aku minati zaman sekolah rendah. Setip kali ke Perpustakaan Sultan Ismail, pasti buku ini yang aku pinjam. Aku rasa mesti setiap kanak-kanak sezaman dengan aku mesti pernah jumpa atau pernah baca buku ni... seronokkan..sebab dalam dia banyak cerita.. buku ni telah diterbitkan oleh DBP dan sekarang dah ditukar kepada Bacalah Sayang...

Dulu buku ni ada banyak jilid... bila nak pinjam ikut jilid memang x jumpa laaa...kalau jumpa pun itu dah kira bernasib baik.. dan kebanyakan buku Tidurlah Sayang dulu-dulu masa kat PSI memang semua dah ronyok2..koyak2...sebab ramai sgt yang pinjam...tp sekarang buku tuh dah diubahsuai dr segi tajuk dan segalanya.... rindu zaman aku dulu2.. dan ada lagi satu buku penyiasatan yang aku suka... 


Hah...ni la bukunya.. kalau buku ni aku lebih suka pinjam dekat perpustakaan sekolah..sebab banyak sangat buku ni kat library ... lagi satu sebab aku senang nak pinjam..sebab aku kan pengawas pusat sumber...hehehe... mana la nak dpt buku ni lagi ya..kalau leh wat koleksi kan bagus... 

 
Hah... ni pulak komik yang abang2 aku suka beli.. bila abang aku dah  beli, maka harus la aku pun joint dia baca..hahaha...memang berdekah2 la baca majalah ni... siap kumpul lagi..skrg pun masih ada lagi dalam simpanan... penuh sekotak dalam stor kat umah mak.. lawak gila-gila dulu memang lawak giler.. memang x tahan baca..memang leh guling2 laa... 

Buku ni pun aku suka kumpul dan baca..aku la antara pembeli pertama komik ni.. sampai dah naik tingkatan pun aku tetap membeli  komik ni setiap bulan..tp, bile dah naik form 4, memang x da la nak beli buku ni lagi..hahahah...cam adik2 pulak... :-) 


Komik paling aku suka,.. doremon.. memang x sah kalau x beli... dan kadang2..ayah n abang aku pun turut belikan aku..memang sangat menghiburkan buku2 ni...


* p/s : buku-buku ni biasanya aku baca zaman cuti2 sekolah... sangat enjoy and happy masa zaman kanak-kanak... banyak benda yang boleh dilakukan waktu cuti sekolah... memang x membosankan walaupun ayah dan mak x bawa kami jalan2 makan angin... kami tetap enjoy dengan our life masa kanak-kanak....