BERPANTANG
Bagi ibu-ibu muda tempoh berpantang merupakan satu pengalaman baru. Badan harus dirawat agar bila tamat tempoh berpantang, anda tetap kelihatan segar semula seperti sebelumnya.
Berpantang merupakan tempoh waktu membosankan bagi setiap wanita selepas bersalin kerana menunggu selama 44 hari ibarat bertahun lamanya. Namun untuk kelihatan cantik dan kesihatan luar dan dalam, maka adalah patut aku ikut adat berpantang nih walaupun kadang-kadang “tension” sebab bertapa jek kat umah selama 44 hari.
Untuk set bersalin, aku gunakan produk dari Marlang. Walaupun ubat dia x seglamour macam nona roguy ke, ape ke..tapi kesan dia memang memberangsangkan. Masa 1st baby pun aku guna produk dia. Produk nih meliputi mandi herba, pilis, param dan ubat2 yang telah tersedia dalam bentuk kapsul. Walaupun dah abis pantang aku tetap gunakan produk ni.
BERTUNGKU
Amalan bertungku merupakan amalan tradisional yang penting ketika berpantang. Tidak lengkap berpantang sekiranya tidak bertungku.
Biasanya tungku diperbuat daripada besi sebesar botol 500ml dan beratnya kira-kira 1.5kg. Bertungku juga tidak semestinya menggunakan besi kerana batu sungai atau anak lesung juga boleh digunakan, tapi aku gunakan batu bata yang telah di belah dua. Kesannya memang sma dengan batu sungai. Kalau aku, atau husband atau ayah aku x sempat nak panaskan batu tuh, aku gunakan seterika jek, kesannya pun tetap sama.
Ini kerana kesan bertungku bukan terletak kepada beratnya tungku tetapi tahap kepanasannya yang dapat meresap hingga ke dalam.
Besi atau batu tungku perlu dipanaskan terlebih dahulu selama 1/2 - 1 jam di atas api yang sederhana. Kemudian tungku perlu dibalut dengan kain cita yang telah dilapik dengan daun mengkudu yang dikenali sebagai Morinda citrifolia.
Jika daun Morinda citrifolia tiada maka daun sirih iaitu nama sainsnya Piper betel atau daun lengkuas juga boleh digunakan.
Kesan panas dari tungku akan meresap ke dalam daun dan sekaligus bertujuan merawat bahagian badan semasa proses bertungku.
Proses bertungku dilakukan sambil berbaring dan tungku ditekan perlahan-lahan pada sekitar pangkal paha, berhampiran ari-ari/ bawah pusat dan di atas perut (bawah buah dada).Untuk kesan tungku yang lebih baik tapak kaki serta tumit juga perlu ditungku.
Amalan bertungku ini penting memandangkan ia dapat menghangatkan badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin di samping memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah.
Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku.
BERURUT MENYEGARKAN BADAN
Urut juga merupakan amalan penting dalam pantang. Ia hendaklah dilakukan setiap pagi sebelum mandi atau selepas bertungku. Pastikan rawatan ini dilakukan oleh bidan atau tukang urut yang berpengalaman.
Amalan urut aku lakukan seminggu selepas bersalin selama tiga hari berturut-turut. Bagi yang ingin merasa lebih segar, amalan berurut boleh dilakukan pada penghujung pantang iaitu hari ke 42, 43 dan 44 diikuti pada hari ke 60 dan ke 100 selepas berpantang.
Sebaiknya mulakan urutan pada sebelah pagi dan proses ini mengambil masa lebih dari satu jam.
Urut bertujuan memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membuang angin, membetulkan urat, memperkemaskan bahagian perut dan mempercepatkan pengeluaran darah nifas serta kekotoran.
MANDI
Mandi tidak boleh terlalu kerap semasa berpantang. Oleh itu adalah lebih baik mandi menggunakan air rebusan dedaun ataupun mandi lulur menggunakan lulur. Dalam berpantang nih, mak atau ayah aku hanya benarkan aku mandi hanya sekali dalam sehari. Untuk mandi, aku gunakan serbuk mandian yang aku gunakan waktu pagi sebelum aku berurut. Segar rasanya lepas mandi guna air herba di tambah dengan air panas.
BERTANGAS
Aku lakukan selepas mandi.Amalan ini penting agar luka dan jahitan cepat sembuh. Bahagian sulit juga cepat kering dan ketat, mengecut rahim serta otot-otot yang kembang dan mengelakkan prolapse (keluar tombong).
Berbagai ramuan boleh digunakan untuk bertangas seperti kemenyan arab, jintan hitam, halba dan lain-lain. Untuk bertangkas, biasanya aku, husband atau ayah aku akan pastikan arang dibakar menjadi bara kemudian letakkan dalam bekas yang dah diisi pasir, kemudian letakkan kemenyan dan taburkan halba hingga mengeluarkan asap, then aku kena berdiri bawah bekas tadi dan tekup dengan kain batik supaya asap2 tadi berkumpul dan kesannya aku rasai darah serta alat sulit semakin berkurangan dan luka pun cepat kering. (kesannya asal akan memenuhi seluruh ruang dalam rumah, so aku buat bertangkas kat luar balkoni jek…heheh)
PEMAKAIAN PARAM, PILIS, TAPEL, JADAM DAN BENGKUNG
Selain dari rawatan dalaman, kita perlu juga mengamalkan rawatan luaran.
Antaranya ialah pemakaian param ke seluruh badan supaya badan tidak masuk angin dan memakai pilis.
Pilis disapukan memanjang menutupi dahi bertujuan untuk menghilangkan rasa pening yang sering dialami oleh wanita bersalin.
Seterusnya sebelum memakai bengkung, sapukan perut dengan param(ubat barut) yang dicampurkan dengan minyak. Khasiat param adalah untuk mengurangkan rasa sakit-sakit di perut selepas bersalin, mempercepatkan pengeluaran darah kotor, mengempiskan perut serta memulihkan kondisi kulit perut.
Selain menggunakan param, ramuan berjadam juga boleh digunakan untuk mengecutkan perut serta membuang angin di dalam badan sewaktu berbarut.
BERBENGKUNG
Bengkung haruslah diikat ketat dan kemas meliputi bahagian punggung, perut sehingga bahagian bawah payu dara.Ini untuk mengelakkan bahagian-bahagian seperti punggung dan perut mengalami pengumpulan lemak yang membawa gejala buncit dan mengendurkan punggung.
Untuk berbengkung, aku gunakan kain yang telah di jahit sepanjang 12 m, dan caranya aku kena ikat hujung dekat tombol pintu, then aku kena pusing2 ikat. (kadang2 pening kepala sebab banyak sangat pusing).
MAKANAN BERKHASIAT UNTUK YANG BERPANTANG
Jika merawat diri tetapi tidak berpantang makan, samalah seperti mandi tidak bersabun.Pada minggu awal bersalin eloklah dimakan makanan yang kering bagi tujuan mengecutkan rahim.
Hidangan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak tidak elok dimakan.
Kalau ditanya pendapat orang tua-tua atau bidan kampung, mereka akan mengatakan ianya adalah untuk mengelakkan meroyan atau tempat peranakan menjadi licin dan tidak kembali ke tempat asalnya.
Minum air batu atau minum terlalu banyak air juga akan menyebabkan urat dan peranakan menjadi kembang.
Namun tidak diketahui sejauh mana kebenarannya akan perkara ini. Apa yang nyata, mengamalkan pantang makan selepas bersalin membuatkan ibu kembali sihat malahan anggun dan ceria kerana mengurangkan pengambilan lemak, gula dan minyak yang berlebihan.
Sebenarnya banyak hidangan yang boleh dijadikan menu ibu bersalin, dengan cara memasak yang berbeza, sama ada dipanggang, direbus atau dikukus.Lada hitam , halia, serai, asam gelugur dan rempah ratus adalah sebagai perisa yang dijadikan aroma serta membangkitkan selera makan ibu.
Selain dari itu ulaman seperti pegaga (Centella asiatica), kunyit (Curcuma domestica), halia (Zingiber officinale), cekur (Kaempferia galanga), mengkudu (Morinda citrifolia) dan sebagainya boleh mengimbangi diet di dalam makanan ibu-ibu disamping mempunyai khasiat yang tinggi untuk tujuan rawatan semasa berpantang.
Masa dalam pantang ni, mak aku memng cerewet pasal makan. Aku hanya akan ikang masak singgang, ikan goreng dan sayur bayam, sawi dan lobak putih. Ikan yang berduri aku memang dilarang makan. Air batu pun aku dilarang minum. Selama berpantang air milo jek yang aku kena minum.
ini adalah antara makanan yang mak aku sediakan waktu berpantang