Rabu, Disember 26

::Allhamdulillah LULUS periksa::


Assalamualaikum w.b.t,

Semalam pagi, aku baru tahu yang result semester 2 dah boleh tengok. Rupanya aku yang lewat dapat info, sedangkan ramai yang dah tau keputusan mereka. Allhamdulillah aku LULUS walaupun ada sedikit penurunan. Sepanjang aku belajar di universiti, di maktab la yang aku rasa aku mampu lakukan yang terbaik. Suasana yang sangat memberangsangkan untuk aku menimba ilmu. Bantuan dari pensyarah dan yang penting semangat kerjasama antara rakan-rakan yang berjaya membuatkan aku LULUS. Walaupun aku dan rakan-rakan yang lain berbeza umur, dan boleh dikatakan aku antara yang senior dalam kumpulan KG 2.4 dan mereka boleh ku anggap sebagai adik2, tetapi mereka cukup matang dan menerima aku yang dah old school ni untuk belajar. Terlalu banyak pengalaman dan pendapat yang aku belajar di maktab, walaupun suasana pengajaran agak berbeza dengan mereka yang berada di universiti. Suasana seperti sekolah. Kena datang awal ke kelas. Sebelum jam 8 pagi kena ada di kelas, kalau tak, pasti nama kena tulis dalam buku disiplin. Pintu pagar blok akan ditutup tepat jam 8 pagi. Kelas sama macam di sekolah, rehat jam 10 pagi hingga 10.30 pagi... lepas tuh bersambung hingga jam 1.30petang. 

Di maktab ada badan beruniform, seronok! dan paling best ada permainan juga. Di maktab juga, ada kejohanan olahraga tahunan dan kami kena sertai, ada sukantara..heheh...seronok.. memang kami didedahkan dengan suasana di sekolah..kelas pun macam sekolah..ada meja macam kelas, ada duty roster, ada papan putih.. dan ada rumah sukan... memang satu pengalaman yang tidak akan dilupakan..

Semester II kali ni memang tough untuk aku sebab jadual kuliah, assignment, cuti, presentation, PBS di sekolah, semuanya berjalan serentak dalam masa yang singkat. Memang sangat padat. Tapi sangat bertuah kerana KPM beri aku peluang merasai sendiri pengalaman terindah ni bersama rakan-rakan. Pada awalnya memang aku rasa berat hati nak tinggalkan keluarga di JB dan aku di KL. Berkat doa suami, mak ayah, sahabat membuatkan aku bertekad untuk berjaya cemerlang... terima kasih semua dan terima kasih ALLAH swt.

Sekarang tinggal 1 semester lagi untuk aku tamatkan. Tak sabar nak bergelar 'Guru Terlatih', dan terima kasih untuk gelaran 'Guru Sandaran Tidak Terlatih' di dua sekolah menengah (SMK Permas Jaya 2 dan SMK Skudai) yang telah banyak mengajar aku kehidupan seorang pendidik. Doakan aku berjaya untuk semester III.

Terima Kasih ALLAH swt sebab bagi hambaMu peluang merasai pengalaman seorang pendidik!!


*p/s : Keinginan untuk tamatkan pengajian sebelum umur mencecah 40 tahun mula bercambah dalam hati, ada 2 lagi anak tangga! Insyallah....