Sabtu, Disember 20

Apa ada pada nama?

Nama...semua makhluk Allah ada nama. Namun, ada ape dengan nama?..
Nama aku Noraishah binti Idris...apa maksudnya?...sejak aku dilahirkan 5.7.1981, arwah nenek yang beri nama aku...kalau ikutkan maksud AISHAH-memberi kebahagiaan, dan maksud yang diberikan oleh arwah nenek aku ni, sekaligus memainkan peranan yang penting dalam kehidupan aku..dan antara nama dan maksudnya telah memberi kesan dalam diri aku..tapi benarkah aku memberi kebahagian kepada insan lain???...hanya insan yang mengenali aku sahaja yang tahu semuanya.... Selain nama tuh, ada juga org yang panggil aku dengan panggilan lain...

aishah-teman2 yang sekadar mengenali diri aku..
echa -teman2 yang rapat dengan aku e.g teman2 sewaktu belajar
nor -panggilan dari sanak saudara
akak -panggilan dari keluarga..mak ayah, along, angah dan ida...

Nama anak-anak aku pulak, ada maksudnye tersendiri... sebelum aku melahirkan 1st baby, memang kami dah rancang sekiranya mendapat anak perempuan, di awal nama, kami nak letak nam
a Qaseh (ini semua gara2 tengok lakonan Eja dalam Seputih Qaseh Ramadhan) dan akhirnya terciptanya nama Qaseh untuk anak2 perempuan mama..

Qaseh Dhia Faqihah - Dhia bermaksud Sinaran dan Faqihah bermaksud Cerdik
Qaseh Zahrah Zafirah - Zahrah bermaksud semangat dan kekuasaan dan Zafirah bermaksud yang berjaya, yang memperolehi apa yang dituntut.

Menurut kata org2 tua, jangan meletakkan nama yang sukar atau membawa maksud yang berat, ini ditakuti akan menyebabkan anak2 sukar untuk membawanya seiring dengan maksud yang terdapat pada nama. Namun aku yakin, bahawa nama yang aku letakkan pada anak-anak aku adalah yang terbaik dan aku berdoa semoaga maksud dan nama yang aku berikan kepada mereka akan anak2 mama "bawa" dengan sebaik2nya....