Khamis, Januari 31

::air mata::


Assalamualaikum w.b.t

Hari ni tiba-tiba air mata aku gugur lagi... sedih.. kesedihan merangkap kerinduan dengan anak-anak di JB. Maklum la, minggu ni memang aku tidak dapat pulang menjengguk anak-anak. Ada aktiviti menanti Sabtu ni di sekolah. Walaupun kerinduan membuak-buak bagai johan, tapi kewajipan aku pada amanah Allah yang satu ni, dan amanah yang masih belum mendapat kelulusan sepenuhnya adalah penting juga, maka perlulah aku berkorban masa dan kerinduan aku pada anak-anak.

Kesedihan kali ni bertambah parah sebab si suami berada disisi aku. Memanglah kalau ikutkan seronok sebab si suami ada berdekatan dengan aku, tapi itu la yang paling sedih sangat sebab anak-anak tiada kami di sana untuk mengadu nasib. Iyalah, walaupun anak-anak memang selamat dibawah jagaan si atuk ayah dan atuk mak, namun kesedihan terlalu kuat sebab anak-anak tiada disisi kami. Kalau dulu, kesedihan tu berkurangan sedikit sebab si suami masih ada disisi anak-anak di JB untuk mengadu domba. 

Anak-anak aku, memang rapat dengan atuk ayah dan atuk mak, tetapi aku dapat rasakan anak-anak akan bertambah seronok kalau kami berdua turut ada dalam lingkungan mereka. Kasih sayang mereka juga akan kukuh.

Sedih sebab aku memang tidak dapat perhatikan sepenuhnya kemajuan si kakak sejak dari tahun lepas lagi, aku tidak dapat sama-sama melakukan kerja rumah dengannya. Aku kurang mendengar masalah kakak melainkan jika aku pulang Sabtu dan Ahad. Sejauh manalah si kakak dapat luahkan kegembiraan dan keseronokkan dia disekolah. Dulu semasa adanya aku disisinya, setiap balik sekolah pasti ada saja cerita kakak di sekolah. Walaupun pada hakikatnya perkara itu berulang kali diucapkan, tapi sekurang-kurangnya kakak rasa seronok bercerita. Membacakan buku dan doa semasa tidur pun aku hanya berkesempatan lakukan sekiranaya cuti. Memang itu la perkara yang sangat menyentuh hati aku dikala ini. 

Sabarlah wahai hati, redakanlah kegusaran dalam jiwa aku...
Lindungilah anak-anak..


p/s : sangat-sangat merindui kalian... 

Khamis, Januari 10

~ be BRAVE ~


Assalamualikum w.b.t

Kadang kala dalam hidup ni kita perlu bersikap berani. Keberanian adalah kesanggupan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati. Keberanian itu perlu ada pada setiap orang tetapi ia harus tahu batas dan keupayaannya kerana keberanian yang melulu boleh mengakibatkan bencana. Pada aku seseorang yang berani itu adalah manusia yang sanggup hadapi risiko dan cabaran selain berani mencuba sesuatu yang baru. 

Berani perlu ada dalam diri tanpa perlu melaksanakan keberanian itu secara membabi membuta tuli dengan mengambil kira kemampuan yang ada pada diri dan juga akibat daripada tindakan yang akan diambil itu. Pada pandangan aku, hanya orang yang takut akan menemui apa itu keberanian dalam diri, kerana melalui keberanian seseorang itu mampu melakukan sesuatu yang ditakuti. Mereka mampu melawan ketakutan itu demi mewujudkan keberanian. 

Kalau nak bercerita tentang keberanian aku, wah..memang banyak.. salah satunya, dulu masa aku dapat lesen P. Aku takut nak bawa kereta di jalan raya hampir 2 tahun. Memang tak makan sentuh stereng kereta 2 tahun sebab fobia. Tapi aku TERPAKSA juga memberanikan diri membawa kereta disebabkan rakan aku yang paksa, kalau tak mesti sampai sekarang aku tak tahu bawa kereta, dan yang pasti aku tak tahu macamana cara nak menyelit time jalan jem, macamana nak bawa sampai 140 km/j, macaman nak  cari jalan guna GPS, macamana nak gi KLCC..hehehe.. Sekarang, keberanian aku telah berjaya melawan ketakutan dalam diri aku. 

Satu lagi, dulu aku takut pemalu gila nak berdiri depan orang ramai untuk buat presentation depan orang. Tetapi, ketakutan itulah yang telah berjaya membuatkan aku bakal menjadi seorang GURU. Hebat kan kuasa KEBERANIAN ni. Walaupun presentation aku tidak sehebat Dr Fadzilah Kamsah, tapi sekurang-kurangnya aku berjaya menjadikan diri aku presenter terbaik di hadapan pelajar (ayat-ayat poyos)...  dan mungkin akan sentiasa belajar untuk menghilangkan rasa takut... 

Ok, aku tahu macamana nak atasi perasaan takut aku kepada berani. Aku tahu kelemahan aku, dan aku tak nak kelemahan itu mengatasi keberanian aku, maka aku adalah amalkan sikit petua yang boleh dikongsikan...Insyallah, berkat keyakinan dan bantuan dari Allah s.w.t jua. Kalau aku rasa takut tahap cipan gigil satu badan, aku cuba baca ayat Kursy dengan kiraan ganjil sampai hilang rasa takut tu. Kalau rasa takut juga, bawa bertenang, tarik selimut nafas panjang-panjang dan baca kembali ayat kursy tu sampai kurang sikit rasa takut tu.. Insyallah!!!



" there are those who say fate is something beyond our command, 
that destiny is not our own,
but i know,
our fates lives within us,
you only have to be brave enough to see it "



p/s :  Keberanian akan menentukan cita-cita. Keberanian bangkit dari kegagalan. Berani adalah belajar dari kelemahan dan kesilapan. Berani membayar harga untuk KEJAYAAN!



Rabu, Januari 9

:: Setahun sudah ::



Assalamualaikum w.b.t

9 Januari 2013!!! Wah, nampak gayanya sudah setahun aku berada di Maktab Perguruan Kampus Ilmu Khas sebagai pelajar @ pelatih guru Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah. Tidak ku sangka, pejam celik aku telah berjaya menghabiskan 2 semester di sini. Makanya tinggal 1 semester lagi untuk complete kan Diploma. 

Bila ingat balik rentetan kedatangan aku ke KL ni mesti aku akan ingat pelbagai cabaran dan dugaan kena aku hadapi. Dugaan paling teruk dan ketara adalahh meninggalkan bidadari syurga di kampung halaman. Boleh dikatakan pada awal kehadiran aku di maktab membuatkan aku home sick juga la sebab merindui bidadari syurga aku yang bertiga tu. 

Pada tarikh ini juga la, anak buah aku lahir. Tahun lepas, sebelum aku mendaftar, adik aku dah sibuk sakit perut, dan allhamdulliah bersalin pagi tu juga.. kalut aku time tu.. cepat benar masa berlalu, masa terlalu mencemburi aku.

Dah setahun Aidil, Achik doakan semoga menjadi anak yang soleh.


Setahun berada di maktab, pelbagai kenangan, pengalaman, ilmu pengetahuan, menambah sahabat, kenalan, pensyarah dan pelbagai situasi aku rasai.. pengalaman dan kenangan terindah ini la yang akan ku ingat dan kenang bahawa sesuatu yang terindah itu memang tidak boleh dijual beli. Terima kasih sahabat KG 3.4 yang bersama-sama mengharungi suka duka sebagai pelatih guru, sanggup berkongsi pengalaman, berkongsi tenaga, berkongsi makanan dan segalanya. Gelak tawa kalian memang susah di cari ganti... 


   


Ini la antara perkenalan awalan kita ya kawan-kawan!! Bahagia berjumpa kalian semua. Sekarang tinggal hampir 6 bulan sahaja aku akan bersama kalian. Selepas ini, mana mungkin kita semua dapat berkumpul, berkongsi dan bergelak ketawa seperti sekarang. Nanti kalian semua pasti membawa haluan masing-masing, yang tinggal mungkin hanya kenangan!!!!!


PUISI BUAT SAHABAT!!

Ingin kucucurkan air mata
Ketulusan kalian adalah kekuatan bagiku
Menapaki langkah terjal kehidupan
Yang penuh liku

Aku bahagia
Melewati semua tak sendiri
Ada kalian di setiap langkahku yang menyertai
Terima kasih kawan, sahabat dan semua orang yang kucintai
Tanpa kalian tiada erti diriku

Aku ada kerana kalian
Cinta dan ketulusan kalian telah menyedarkanku
Menerangkan padaku bahwa aku tidak sendiri
Ada banyak orang yang peduli
Terima kasih kusampaikan
Untuk semua cinta
Untuk semua ketulusan
Untuk semua kepercayaan

Semoga ikatan persahabatan
Kekal utuh dalam jiwa kalian
Inilah aku
Terima kasih atas penerimaan kalian

p/s : kadangkala dugaan itu akan menyinar umpama zamrud. Terima kasih Tuhan, Terima kasih Allah s.w.t atas dugaan dan kehidupanku..

Selasa, Januari 8

:: Sebuah Kehidupan ::




Assalamualaikum w.b.t

Apabila hidup bersendirian di kota ini, kadang kala membuat aku banyak berfikir, banyak mengenang kenangan dan cerita-cerita masa lalu ku. Fikiran ku sering bermain situasi-situasi yang pernah aku alami dulu. Kadangkala kembaranya akal dan hati aku susah dalam mencari kebenaran. Puncanya apabila akal mula buntu, hati mula sesak dan lesu, setelah sekian lama belayar dalam gelora bisikan syaitan yang palsu, saban hari digoncang perasaan celaru.

Kadangkala, dalam kesepian aku merasai diri ini tak pasti, dari mana pangkalnya, akal mula ligat menyambar peti ingatan, serabut dengan berfikir, membuka memori, mencari kekihlafan diri dahulu. Ya!! mungkin dahulu aku sangat jahil dengan erti kehidupan. Tapi, syukur hati masih berfungsi untuk memilih, luka dari mainan perasaan mula cari penawar untuk pulih.

Dalam kehidupan ini..siksa dan derita juga umpama perencah yang mesti diambil, disamping suka dan bahagia yang dicintai, namun usah terlalu bersedih wahai hati, ingatlah bahawa masih ramai yang lebih hebat diuji, mencuit hati agar kembali ke fitrah manusiawi, pulang ke pangkuan Ilahi.

Aku sering berfikir bahawa seandainya Dia tiada bersama-sama dengan hamba seperti aku yang sering mudah terjerumus, mungkin kesesatan dalam jiwa aku terus menerobos jauh ke alam  kejahatan dan sekaligus kekhilafan aku semakin nyata. Dulu, aku pernah melepaskan kegeraman aku terhadap bencana yang menimpa aku dengan berhenti berdoa untuk seketika, kadangkala aku alpa dan lupa bahawa Dia ada bersamaku, namun rencah kehidupan membuat aku sedar bahawa aku tidak mungkin berpaling dari terus mengingatiNya sehingga kiamat muncul. Aku akui memang banyak kesilapan aku dahulu, tapi sesungguhnya Allah itu Maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui. 

Allah Maha Kaya 

Hakikatnya, orang-orang yang merasakan bahawa mereka mampu memberikan Allah masalah, kekurangan, kesukaran, adalah orang-orang yang cetek akalnya. Sesungguhnya, Allah SWT tidak pernah memerlukan manusia untuk menyembah-Nya, untuk tunduk kepada-Nya, untuk taat kepada-Nya. Allah tidak menjadi lebih besar dengan ketundukan manusia kepada-Nya, juga tidak menjadi lebih kecil dengan keingkaran manusia kepada-Nya. 

Manusia itulah yang hakikatnya menjadi mulia bila sujud kepada Allah, dan menjadi hina apabila meninggalkan-Nya. Hal ini kerana, Allah adalah Pencipta, Yang Maha Besar, Yang Berdiri dengan Sendiri, Yang Maha Perkasa dan tiada tandingan untuk-Nya. Kita memerlukan Allah untuk memandu kehidupan kita di dunia dan memberikan kita kejayaan di akhirat. Tetapi Allah, Dia tidak memerlukan kita. Bahkan di dalam Al-Quran, Allah sering kali mengulang perkara ini. Antaranya pada ayat 8 Surah Ibrahim.

“Kalau kamu dan sesiapa sahaja di atas muka bumi ini seluruhnya ingkar, maka hal yang demikian itu tidaklah merugikan Allah, sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” Surah Ibrahim ayat 8.

Aku seorang hamba yang sangat-sangat kerugian. Allah SWT menjadikan dunia ini sebagai ujian. Diciptakan aku dan semua hamba-hamabanya di atas dunia ini untuk diuji, untuk mengharungi ujian dan memilih antara kejayaan abadi atau kesenangan fantasi.

Justeru, apabila kita meninggalkan Allah SWT, ataupun hatta mengisytiharkan perang kepada Allah SWT, itu semua tidak memberikan kesan langsung kepada Allah SWT. Bahkan, yang meruginya adalah kita. 



Allah SWT adalah Pemberi Ketenangan, Pencipta Kebahagiaan, Punca kepada segala kesenangan. Meninggalkan Allah SWT, maka semua itu akan tertanggal daripada kehidupan kita. Jiwa tidak tenang, hati sentiasa gelisah dan kehidupan tidak terurus. Ya, kadangkala aku berfikir mungkin sahaja kita lihat rumahnya besar, wajahnya sering sahaja bersama senyuman, tetapi siapa tahu apa yang bergejolak di dalam hati? Mulut boleh sahaja manis bicara berkata: “Aku bahagia” sedangkan di dalam jiwa siapa yang mengetahui?

Pada aku kerugian tidak terhenti setakat di atas dunia. Bahkan berlanjutan hingga ke akhirat. Dan di akhirat itulah nanti, orang yang meninggalkan Allah SWT itu menyedari kerugian mereka yang nyata. Aku tidak mahu jadi seperti itu. Semoga Allah sentiasa melindungi aku daripada kerugian itu. 

Sesungguhnya,  aku amat memerlukan Allah, kerana aku adalah seorang manusia yang sangat lemah. Tidak berkemampuan dan tidak stabil. Sifatku terkawal oleh sifat kalbu yang berbolak balik. Maka ada waktu diriku kuat dan wujud pula masa diriku lemah tidak larat. Hidup manusia juga turun dan naik. Bukan selamanya senang dan bukan setiap masanya susah. Tambah pula cabaran-cabaran kehidupan yang pelbagai seperti pelajaran, pekerjaan, kekeluargaan dan sebagainya, semuanya cukup menjadi ‘rencah’ kepada kemasyghulan manusia dalam kehidupan.

Maka hendak tidak hendak, aku sebagai manusia memerlukan Allah SWT. 

Allah yang Maha Kuat, Allah yang Maha Hebat, Allah Yang Maha Perkasa, Allah Yang Maha Mengetahui, Allah Yang Maha Memerhati, Allah yang Maha Mendengar, untuk memerhatikan mereka. Dan sesungguhnya, Allahlah pembantu terutuh manusia yang mendekat kepada-Nya.


p/s : * Allah Maha Kaya. Pengingkaran kita, langsung tidak memberikannya kesan apa-apa.

:: Hari ini di Prasekolah Bestari KIK ::


Assalamualaikum w.b.t


Hari ni hari kedua bertugas di Prasekolah... hari ni lewat datang ke class sebab meredah jem hampir sejam di jalanraya... huhuhuh..memang tak sanggup kalau hari-hari camni kena menghadapi jem....

Hari ni kena bertugas masak... masuk-masuk je bahan-bahan dah sedia ada. Tugas-tugas memasak pun bermula setelah budak-budak ni bersarapan biskut dan roti. Tepat jam 9.30 pagi, dah siap dah menu mee goreng dan air milo untuk mereka. Jam 10 pagi, kanak-kanak ni siap bermain di taman untuk aktiviti luar, lepas berehat melepaskan lelah, mereka terus masuk untuk makan... tak tahu la mcamane rasanya... harap-harap diorang tak sakit perut la makan masakan aku....hehehehhe
P/s : esok menu nasi goreng.... dah jadi chef pulak...

 

Isnin, Januari 7

:: Hanya untuk QDF & QZZ ::



Assalamualaikum w.b.t


Hari ni semasa balik sarapan pagi, terpandang kedai serbaneka.. sebenarnya tak ada tujuan pun nak masuk kedai tu, tapi saja cuci mata sementara menunggu my bff kak ida ke kedai sebelah.. aku berjalan... berjalan ...dan melihat satu persatu barangan di rak.. tapi aku terpandang satu sudut yang menjual D.I.Y craft... wah, cantiknya... memang sesuai sangat untuk anak-anak aku yang berdua di JB tuh..mesti diorang seronok tengok dan paling seronok aku dapat buat bersama mereka walaupun craft ni aku beli..heheheh...

Harga barangan ni tak sampai pun puluh-puluh ringgit. Murah je, hanya RM 8 je ... aku dapat 4 jenis craft yang berlainan... QDF dapat dua, QZZ pun dapat dua... adil dan saksama... tapi, balik Jumaat nanti baru la boleh beri diorang pilih sendiri mana yang diorang berkenan. Tadi masa aku call, aku beritahu aku ada beli barang untuk mereka, suka katanya walaupun tak tengok lagi barangnya. Aku pun tumpang seronok dengar suara diorang. Harap-harap anak-anak ibu sentiasa di bawah lindungan Allah s.w.t.

Untuk si bujang Iman tak tahu nak belikan apa, sebab kalau beli bola, dah banyak dah, kalau beli kereta pun dah banyak terkorban sebab sekejap je dia main... dah tercabut tayar, dah hilang spring, dah togel... maka haruslah aku sekat naluri ni nak belikan dia kereta mainan... tapi berkenan kat robot tuh, tapi dok belek banyak kali dan berfikir berulang kali.. maka keputusannya memang sah tak jadi beli... sebab Iman ni memang ganas.. berbeza dengan 2 orang kakak-kakaknya yang lebih sayang dengan barang... lain kali ye ibu belikan untuk Iman... 


P/s : memang sangat rindu kat QDF, QZZ dan IF... lagi seronok dapat sama-sama buat sesuatu yang mereka suka bersama-sama walaupun kecil....

:: Air oh Air ::


Assalamualaikum w.b.t

Nampaknya hari ni dah masuk hari ke 4 dalam masa hampir 2 minggu tiada air di rumah sewa aku a.k.a Kondo Sri Mas... sejak menjejakkan kaki ke tanah Kuala Lumpur ni, aku x merasa lagi air kat umah tuh. Selamatlah adik aku ada dok area Cheras ni, leh la aku menumpang mandi, basuh baju dan bersolat.. tapi kesian  juga kawan2 serumah dan mereka2 yang berada di sekitar Ampang pun turut terjejas. Rata2 kawan aku yg ketiadaan air, mandi di masjid, di maktab dan ada yang mandi kat JUSCO.. huhuhu... terpaksa... 

Susah juga kalau x da air, aku x kisah kalau sehari dua x da air, ni dah makan hampir 2 minggu x da air.. susah juga.. tadi, sempat juga pi punggah air kat kawasan sebelah kondo, dekat rumah flat DBKL.. pihak SYABAS ada menyediakan tank besar di setiap 3 blok..tapi yang peliknya, kenapa kat kondo kami x disediakan tank tuh?.. 

Tadi, masa on the way nak ke rumah adik, rata2 orang kondo amik air dalam swimming pool...huhuh.. kesian kat meraka sebab kebanyakan yang ambil tuh makcik2 yang memang pada aku dah x larat nak pi amik kat tempat lain yang aku rasa jauh... jadi, mungkin sebab dah terlalu terdesak, mereka terpaksa juga angkut air dalam swimming pool... kadang2 rasa kesian pada suri2 rumah yang ada anak2 kecik... macamane nak basuh berak diorang kalau x da air.. setakat 2-3 hari boleh  tahan lagi kot.. ni dah hampir 2 minggu x da air...

Pihak management kondo ada beritahu kemungkinan esok (selasa) mungkin ada air.. tapi x pasti pula kesahihannya.. harap2 gitu la hendaknya.. letih juga aku nak ulang alik dari Cheras ke maktab...kalau ikutkan memang la x jauh mana, tapi memandangkan jalan yang dilalui memang jammed maka memang haruslah aku bangun seawal pagi untuk ke maktab bagi memastikan aku x terperangkap dalam kesesakan yang melampau... padahal aku dah keluar seawal 6.30 am, tapi masih juga tersangkut dalam kesesakan... hhuhuhu...


p/s : Air oh air.. cepat la ada... mungkin ini sekadar mainan politik?... siapa tahu... 

:: Hari pertama masuk Prasekolah Bestari KIK ::


Assalamualaikum w.b.t


Hari pertama kena masukPprasekolah Bestari KIK bagi menggantikan guru prasekolah yang cuti bersalin... wah, seronok juga. Awal pagi dah ada 2, 3 orang yang menangis nak ikut mak balik... heheheh.... teringat pulak si kakak... selamat la anak ibu x menangis masa awal ibu hantar last year...dah boleh berdikari sendiri...

Di prasekolah ni, aku dan 6 orang sahabat hanya membantu ala kadar je, yang handle sepenuhnya adalah 2 orang sahabat kami Auni dan Ina, sebab mereka berdua yang akan mengambil tempat sebagai guru praktikum kelak di Prasekolah Bestari KIK. Hari pertama aku hanya sempat buat air milo.. dan budak-budak ni sebelum class memang diberi makan, seperti biskut. Nanti jam 10 pagi makan lagi, tapi makanan yang berat sikit...

Sesi PnP pula tadi memandangkan masih lagi dalam minggu orientasi, maka hanya belajar yang mudah-mudah sahaja. Hari ni teacher Auni dan teacher Ina beri mereka tugasan mengoyakkan kertas, ini sebagai latihan gerak motor kasar tangan mereka. Budak-budak ni aku tengok seronok sangat dengan aktiviti yang dijalankan.

Meriah tengok kawan2 yang dah start mula mengambil tempat untuk praktikum.. kira sebagai permulaan bagi aku untuk melaksanakan praktikum di prasekolah sekolah kebangsaan Cheras Indah...


P/s : teringat pada QDF di sekolah....

Ahad, Januari 6

:: Perjalanan ke Kuala Lumpur ::



Assalamualaikum w.b.t


Sampai jua hari Ahad. Rasanya x puas lagi bermain dan meluangkan masa dengan anak2... Cepat benar masa berlalu... hari ni terpaksa melalui saat yang sedih, sepi dan sunyi tanpa anak2... Jam 12.30 pm, bas mula bergerak.. aku dihantar oleh en suami dan anak2... sedih je saat nak berpisah dgn anak2...lagi2 si kecik iman yang memeluk erat aku... uhuhuh...rasa nak menitis air mata kat situ juga... dan air mata itu x tertahan dan akhirnya tumpah jua... erm..x sabar nak menunggu bulan mei untuk menamatkan semua kerinduaan ni... kesian dengan anak2... aku tiada disisi....

Dalam bas ni, aku langsung melelapkan mata, melupakan kesedihan diri merindui anak2 yang ditinggalkan... sepanjang dalam bas, dan ketika bas berhenti seketika, aku langsung x berganjak ditempat duduk... malas nak bangun dan malas nak bergerak.... tepat jam 5.30pm, akhirnya selamat sampai di TBS... dan dijemput adik tersayang ...


Hari ni, aku x terus ke rumah sewa, sebab rumah sewa ketiadaan air...dah hampir seminggu dan masuk hari ni dah lebih seminggu tiada air...maka, terpaksa la aku duduk sementara di rumah adik... aku bukan x nak dok terus di rumah adik, tapi bila memandang anak buah aku Aidil Rizki, aku pasti terbayang Iman, kakak dan wawa... aku akan mula disentap dengan perasaan kerinduan... hanya Tuhan je yg tahu betapa rindunya aku bila berjauhan dengan anak2... kerugian sebab x dapat melihat anak2 membesar didepan mata aku..


P/s : melayan hati yang kerinduan......

Sabtu, Januari 5

:: Kakak masuk sekolah, Ibu pun masuk maktab::



Assalamualikum w.b.t

Tahun 2013, merupakan tahun kedua kakak Qaseh bersekolah di Prasekolah Larkin 1. Jadi mungkin x ada masalah bagi kakak untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekolah. Malkum la, kakak adalah antara kanak2 pra yang boleh dikatakan sebagai senior... yang lain2 kebanyakkan kanak2 berusia 5 tahun. Sesi pendaftaran dan orientasi berjalan lancar pada 31 Disember 2012, hanya pada hari ni je ibu sempat teman kakak, petang ibu pula akan berangkat ke KL... maka x dapat la ibu menemankan kakak di hari pertama persekolahan... hanya ayah je yang teman kakak...

Pada 1 Januari 2013, si Ayah telah hantar kakak ke sekolah, dan nak tahu apa feed back kakak bile lihat ramai kanak2 5 tahun yang menangis sewaktu hari pertama persekolahan?... hehehe..memang anak bertuah, ada ke dia dok gelakkan kanak2 yang menangis tuh... bila ibu telefon, siap mengadu dengan ibu, " ibu tahu, tadi ramai kawan2 yang nangis.. hehehe.. kakak ketawa je tengok diorang menangis ".. hehe, memang anak bertuah... tapi masa 1st time ibu hantar kakak last year pun kakak memang x menangis.. kakak sangat seronok... tahun ni ibu kena jadi AJK Permuafakatan Prasekolah kakak, erm.... last year terpaksa tolak sebab komitmen dengan Maktab, so this year terpaksa terima juga sebab ibu cuma tingga 6 bulan untuk menghabiskan DPLI ibu... insyallah...

Qaseh Zahrah pula pada awalnya memang nak hantar ke prasekolah yang same dengan kakak, namun tidak digalakkan oleh teacher untuk menghantar adik beradik dalam satu kelas, so ibu dan ayah decide untuk post pone dulu penghantaran QZZ ke sekolah... terpaksa tunggu ibu habis bulan 5 baru ibu boleh hantar QZZ ke sekolah. Kalau ibu hantar QZZ ke sekolah lain yang jauh dari rumah tok ayah, x da orang leh hantar dan ambil QZZ ke sekolah... ayah dan ibu dah work and study kat KL.. insyallah, QZZ akan ibu hantar bulan 6 ni ke sekolah.... lagipun, QZZ dah boleh mengeja dan menulis serba sedikit....

2 Januari 2013, class ibu pun bermula... harap2 tahun ni akan lebih cemerlang dari semester 1 dan 2... insyallah....

p/s : tahun yang teruja sebab en suami pun akan berada di KL. Tapi sedih sebab anak2 berada jauh dari kami....