Sabtu, September 5

::jalan ke masa hadapan::

Dahulu, aku bukanlah seorang kanak-kanak yang pintar, aku hanya sederhana. Segalanya sederhana. Dahulu aku comot, sewaktu masuk sekolah, pertama kali masuk tadika, aku pun bukan seorang yang bijak, malahan bukan kategori pandai atau genius jauh sekali. Dahulu, sebelum aku masuk tadika, aku sering merayau-rayau dalam sekolah dan kadang kala bertenggek depan tingkap budak-budak sekolah darjah 1 semata-mata ingin tahu, apa ada dalam sekolah, dan mahu tahu sangat, apa yang budak-budakk tu semua belajar. Selamat waktu tu aku memang duduk dalam sekolah.. cikgu-cikgu pun dah kenal, dan kalau ada cikgu yang baik hati macam Cikgu Jersy, Cikgu Asiah, Cikgu Hawa dan ramai lagi, mereka akan bagi aku peluang belajar sama-sama walaupun ketika tu aku diluar bilik darjah. Memandang dari tepi tingkap kayu sahaja. Seronok.

Masa masuk sekolah tadika, rasanya keputusan tak la hebat mana, allhamdulliah aku tahu baca A B C - Z, dan tau kira satu dua tiga .... dan seterusnya tahu serba sedikit apa itu One Two Three.. dan paling seronok dapat ambil ijazah dekat Dewan Jubli Intan. Pakai Jubah lagi..siap ada scroll lagi..

Ketika darjah 1-6, aku masih begitu juga, tak pandai-pandai juga. UPSR hanya lulus biasa sahaja. Naik tingkatan 1-3, aku juga masih sama, keputusan masih begitu. Apabila naik tingkatan 4-5 aku rasa ada sikit peningkatan. SPM pun lulus. Pangkat 1. Tapi hanya biasa-biasa juga. Kemudian dapat masuk matrikulasi dan lulus juga, walaupun ketika itu aku langsung tak ada asas dalam matematik tambahan. Kemudian, dapat masuk UTM, dan allhamdulliah berjaya juga tamat dalam tempoh 3 tahun setengah.

Panjang perjalanan aku untuk menjejak kaki ke menara gading. Allhamdulliah.

Kelmarin, terdengar seorang ibu memarahi anaknya dengan satu perkataan yang pada aku melemahkan semangatnya. BODOH. Kanak-kanak ini mungkin tidak cemerlang dalam sekolah dan sering dianggap BODOH. Sedihnya. Dan inilah mungkin perkataan yang akan ditetapkan dan sentiasa diingati dalam minda oleh kanak-kanak tersebut hingga akan menganggap mereka memang BODOH dan tidak boleh diubah.

Pada aku, semua orang mempunyai kekuatan yang berlainan dan keupayaan yang berbeza. Dalam perbualan aku dengan seorang guru Matematik Tambahan, beliau mengatakan, beliau tak kisah andai anak-anak muridnya tidak pandai dan tidak lulus Add Maths, namun usaha tetap usaha. Tetapi, mereka semua ini ada kelebihan tersendiri. Mungkin pelajar2 ni akan berjaya sebagai tukang urut, bukan sebagai pakar add math, dan mungkin berjaya dalam Seni dan mungkin lebih dari itu.

Sejak memasuki dunia pendidikan, aku akui sukar sangat untuk mengajar pelajar-pelajar ni. Dan kalau boleh aku katakan, mengajar bukan menumpukan kepada mengajar, tetapi sistem pembelajaran. Pada aku, jika mereka menemui benda-benda baru dalam diri mereka, jadi biarkan sahaja, jika mereka belajar dengan baik dengan bantuan muzik, biarkan ia.

Jangan anggap diri anak-anak itu sama dengan pakar-pakar, jangan juga samakan mereka dengan sesiapa. Biarkan mereka.