Hari ni adalah hari ber window shopping je ya. Memang menyeronokkan!.. Lepas ke bank untuk urusan memasukkan wang di dalam ASB, maka destinasi selepasnya adalah berjalan-jalan sambil membuang RM. Ini adalah salah satu aktiviti menghilangkan stress dok rumah bersama anak-anak. Ingatkan dengan berjalan boleh la hilang stress, tetapi jangkaan jauh meleset. Anak-anak lagi buas didalam kedai JAKEL tu. Memang under control dengan budak-budak ni. Dah umpama seperti di padang permainan dibuatnya. Berlari... bergolek.. mencelah dalam celahan kain-kain... itu adalah kerja budak kecik Iman.... memang sukar dikawal pergerakan dan kelincahan budak kecik....
Last2, dapat la juga beli 2 pasang baju yang tak seberapa. Cukupla sekadar dua.. ni pun tak tahu sape yang boleh disuruh unuk menjahit...
Selepas ke Jakel, perlula singgah ke Ariani yang hanya bersebelahan je... maka tidak harus di tinggalkan...tetapi wajib dikunjungi.... wow! memang cantik koleksi tudung-tudung Ariani ni... huhuh... akhirnya grab juga la sehelai dua... untuk menggembirakan hati sendiri...