Sabtu, September 20

::Allhamdulillah, masih lagi boleh menulis::

Assalamualaikum

Lamanya rasa tidak menulis dalam blog ni, rasanya dah hampir setahun tidak menaip dalam blog ni. Sejak memulakan diri dalam bidang pendidikan secara tetap, memang terlalu banyak masa aku disekolah, dan masa pergi dan ambil anak2 balik rumah.

Bayangkan, sejak bergelar pendidik, bangun seawal 5.00 pagi, menyiapkan anak2 yang berdua nak kesekolah, masak itu, masak ini, kemas itu kemas ini.

Selepas solat subuh, sebelum @ tepat jam 6.00 harus memulakan perjalanan yang sejauh hampir 30km untuk sampai ke destinasi. 1st place kena pergi adalah rumah mak dia Larkin untuk hantar anak2 then baru gerak ke sekolah a.k.a tempat kerja aku di SK Taman Perling 3.

Jadi, begitu la rutin harian aku 5 hari seminggu sejak bergelar guru. Allhamdulillah