Selasa, Jun 4

:: Maktab Perguruan Kampus Ilmu Khas - DPLI Preschool ::


Salam dan selamat petang...

Hujan membasahi bumi JB. Aku ketika hujan masih berada di TESCO Seri Alam. Menghabiskan masa shopping bersama anak-anak, al-maklum, sejak bergelar suri rumah sejak 10 hari selepas menamatkan kuliah di MPIK membuatkan aku rasa tidak tahu apa perlu dilakukan berada dirumah lama-lama bersama 3 orang anak-anak ni.

Hari ni masuk 10 hari sejak 23 Mei 2013 yang lepas tempoh pengajian aku tamat di maktab. Maka, rasa kerinduan dengan rakan-rakan gelak ketawa ketika kuliah, makan, bercerita, bergossip, menangis, dan membuat aktiviti bersama-sama. Aku sangat-sangat merindui saat-saat bergelar pelajar. Bersama pensyarah-pensyarah yang sangat sporting, baik hati dan tidak jemu menasihati kami yang memang dah tua bangka... yalah, rata-rata rakan-rakan aku berumur melepasi 25 tahun hingga 35 tahun..jadi dah boleh tua jugala jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar PISMP yang sangat muda belia...  Memandangkan kami ni semua dah berumur, maka perangai semua berbeza2.. ada yang ada anak 1, 2, 3 dan ada yang bujang lagi... maka banyaklah perangai yang kena difahami..tapi semua itu sangat membuatkan aku rindu sangat-sangat kat korang....
 
 
Korang semua memang istimewa... hanya kita-kita aje yang tahu keistimewaan kita bila diterima masuk dalam kelompok PENDIDIK. Dari awal kemasukan yang sangat aku dan korang tak jangka, iaitu Prasekolah, tetapi akhirnya Prasekolah itu lah yang sekarang menjadi kegemaran kite semua. Masing-masih dan jatuh cinta dengan PRASEKOLAH. Biarlah orang kata Prasekolah itu umpama kerja enteng kerana mengajar anak-anak kecik... biarlah orang kata mengajar Prasekolah tak glamour ... biarlah masa Hari Guru kita tak dapat hadiah banyak dr kanak-kanak Prasekolah.. tetapi sesungguhnya kanak-kanak Prasekolah lah yang paling sukar untuk dididik. Perlu mengajar menulis, mengajar mengenal A B C, belajar membaca dengan lancar.. belajar cara nak pergi toilet.. belajar macamane nak makan dengan tertib.. semua itu bermula dari Guru-guru Prasekolah yang perlu mencorak mereka.
 
Insyallah, Geng Prasekolah DPLI ni akan menjadi istimewa juga dalam kalangan anak-anak kita.. buktikan Guru Prasekolah itu adalah tunjang utama untuk kanak-kanak mengenal apa tu SEKOLAH!!
 
p/s : semoga ikatan persahabatan dan perkenalan kita Geng Prasekolah tidak hilang begitu sahaja.. medium yang kita wujudkan di alam maya insyallah mampu menjadi penghubung perhubungan kita. Doaku untuk kalian, SEMOGA KITA MENJADI PENDIDIK YANG IKHLAS DAN CEMERLANG SERTA ORGANIK!