Jumaat, Disember 10
::jenjalan dalam pantang::
Huh..belum abis pantang 44 hari, tp aku dengan jayanya telah memberanikan diri berjalan-jalan di JUSCO...saje je xcersie badan ngan kepala...
Isnin, November 22
Lama sungguh x berblog..rindu..
Memandangkan lappy dah rosak, terpaksa guna phone je upgrade ni..screen lappy rosak...uhuk uhukk uhuk...sedihnya..
Rabu, Ogos 18
::gile::
::kembali::
Rabu, Jun 30
::suka hati che'wawa laaa::
Ini la Qaseh Zahrah Zafirah akaC he Wawa yang bakal mencecah 2 tahun bulan 10 nanti.. tapi keletah dia mengalahkan kakaknya.. sekarang che' wawa dah pandai baca Alif Ba Ta.. tapi sampai Shin sahaja... A B C dah pandai tapi sampai P sahaja.. dan dah pandai mengira 1 2 3 4 6 8 10. hahaha..no 7 dengan 9 x sempat sebut... sekarang dah pandai nyanyi burung kakak tua.. dah pandai nyanyi buai laju-laju dan dah pandai nyanyi anak rusa nani.. tapi semua dengan sebutan yang pelat.. hehehe..
Kalau merajuk.. pasti guling2.. tapi paling best dah pandai panggil baby dengan namaBABY IMAN .. kalau masuk kereta..sure dah siap usap2 dan cium2 lagi... sejuk rasa hati nih..
Tapi kalau bergaduh dengan kakak dia..sure kena gigit dek gigi dia yang tajam tuh..dan kadang kala che wawa pun gigit ibu dan ayah sekuat2 hati..macam lepas geram... sekarang semua gaya kakak dan cousin2 buat..sure dia ikut dan tiru.. percakapan pun begitu juga.. hai..anakku sorg nih...
::pandangan orang::
Suka tengok orang-orang nih pakai kereta mewah.. suka sangat.. kadang kala rasa macam tercabar juga dan mulalah aku soh seh dengan si suami.. abang.. bile nak bukak company ni?...heheheh... bile nak jual itu jual ini... semua berangan..hehehe...
Harap2 tahun ni tahun bertuah kami sekeluarga.. tak sabar menunggu saat2nya... insyallah rezeki anak-anak...
Selasa, Jun 22
::back to school::
Aku x menang tangan menanda dan menyemak kembali markah pelajar-pelajar untuk di beri pada guru kelas . Macam-macam pe' el pelajar ni bile ni suruh menyemak jawapan mereka. Aduh!! pening nak layan..ada jawapan yang memang x ikut skema... so ikut naluri hati jek laa beri markah...
Esok, ada meeting dengan Pengetua. Hish!! lagi la ngantuk... mane idaknya.. kelas bermula jam 7.30 dan habis jam 1.30 ptg terus kami kena panggil masuk meeting. Dan confirm esok ramai yang "tumbang"... letih...
Tapi apa nak buat... dah memang tugas, maka hendaklah menjalankan dengan ikhlas...
Sabtu, Jun 19
::menanti kepulangan::
Nanti kalau di Kota KL jangan nakal-nakal... jadi anak dan cucu yang baik tau... kalau ada masa kami akan ke sana....
Adindaku pula lepas ni akan terus memulakan pekerjaannya di KL... pertukaran dari RHB Taman Molek berjaya dan terus akan mengikut suami menetap di sana... pasti kami merindui kalian di sana....
Jaga diri bebaik kat KL ye Asyraf....
Jumaat, Jun 18
::cuti hampir berakhir::
*Lepas ni kena pi berperang dengan anak-anak org pulak..
Khamis, Jun 17
::HB menurun dengan mendadak::
Seperti biasa, datang seawal jam 8.30 pam selapas sarapan bersama suami di kedai mamak..makan 2 keping roti prata... then terus ambil no...dah dah ramai yang menunggu... aku dapat giliran ke 21. Seperti biasa juga di Klinik kerajaan, kena bawa botol air urine..heheh... (memang sentiasa dalam beg aku)....lepas tuh bawa botol berisi urine tuh...suruh nurse check ..ok ke x... pastuh...tunggu laa sehingga nurse panggil ikut giliran...
Jam dah dekat 9.30 pagi..baru nurse panggil untuk ambil tekanan darah... ambil timbang berat.... dan berat kali ni naik 2kg..sekaligus berat aku dah 47kg... tekanan darah ok.... pas tuh kena pegi makmal ambil HB pulak..then dia tanya ada pening2 x..so aku jawab x da pun... dia catat HB 10.5 dan dimark dengan pen merah...(sah..memang darah aku cair)..
Lepas tuh, terus letak kad merah di bilik check up... tunggu punya tunggu... dah dekat jam 11am baru no 21 dipanggil.... masuk baring...check perut...tetiba nurse tanya..kenapa HB awak turun...ni bahaya untuk awak dan baby... kena makan kerang, makan pegaga...makan ikan caru...minum susu... dan yg penting makan pil iron 2 biji untuk 2 kali makan... huh... (ubat nih akan membuatkan aku sembelit),,,,
Balik aku dah risau... search internet...
" Hemoglobin Levels: The blood test will identify the level of hemoglobin, which is the oxygen-carrying power of your red blood cells. The expected level is between 12 to 14 grams. A treatment for anemia will be prescribed if your level falls below 10 grams."
So lepas ni kena minum susu 3 kali sehari...makan kerang banyak2...dan kalau boleh cari pegaga gajah wat ulam...dan jangan lupa makan jambu batu...kalau ada ikan caru lagi bagus...makan tang tengah jek...huh!!
Rabu, Jun 16
::manja sekarang::
1st baby : al-maklumlah anak sulung... kalau boleh semua benda si suami nak bantu... jangan angkat berat2... jangan ler keje berat2... cuba la bawa berehat...
kalau bab makan, cakap jek nak makan ape...confirm dapat ditunaikan... nak makan daging rusa..wah sampai keneri Sabah dicarinya... nak makan durian??...wah on the spot pi cari... best...
2nd baby : semua masih boleh dikawal...dan masih boleh ditunaikan..tapi dah slow skit laaa... dah x der nak tegur2 jangan wat tuh..jangan wat ni... sebab dah ada pengalaman...
3rd coming baby : aku yang rasa x selesa kalau dilayan macam tuh... ntah..memang x suka dilayan sangat.. cukup la kalau cakap nak makan aper? boleh ditunaikan..cuma kali ni x der la rasa nak makan ape pun.... 3rd coming baby ni rasa senang... semua dipermudahkan....
::kandungan::
Namun, aku bersyukur sangat sebab kali ni aku x terlalu stress semasa pregnant..cuma terlalu rajin sangat... tapi kalau dah malas sangat... keadaan aku kan tersangat la malas... malas untuk melakukan segala aktiviti... semuanya...aku rela tido... tetapi bile rasa kerajinan dah membuak-buak.. wah..semua benda nak aku kemas....
Last check up , doctor dah double confirm that my 3rd baby will be baby boy.... allhamdulillah.. harap-harap jangkaan dan tekaan my doctor will be true... memang harapan kami hendakkan anak lelaki..then after this, kami decide nak stop dulu... either ikat, IUD, implan atau sebaliknyer...
My daugthers memang happy... siap dah diberi nama lagi for this baby... seronok tengok penerimaan anak-anak, ayah dgn mak dan mak mertua... before this memang takut nak beritahu diorg...salah tanggapan aku....
* menunggu lagi 4 bulan lebih akan kelahiran baby....
Rabu, Jun 9
::sedih bile baca berita-pelajar sekolah aku::
Berpakat larikan diri
JOHOR BAHRU: Mereka sahabat karib dan rakan sekelas dengan kebanyakan perkara dilakukan bersama. Berbekalkan wang saku RM5, kedua-duanya melakukan satu kejutan iaitu lari dari sekolah di Permas Jaya di sini.
Semuanya bermula selepas waktu persekolahan pada 1 Jun lalu, Siti Nurzieha Nuri dan Rozana Ahmad Salleh, kedua-duanya berusia 17 tahun, keluar dari sekolah walaupun cuba dihalang guru sebelum menghilangkan diri.
Bapa seorang daripada pelajar tingkatan lima itu, Nuri Ngadirin, 49, berkata dia menghantar anaknya ke sekolah seperti biasa pada jam 7 pagi.
“Bagaimanapun, saya terkejut apabila dihubungi gurunya pada jam 8.20 pagi mengatakan anak bersama Rozana berkeras mahu keluar sekolah walaupun dalam waktu persekolahan.
“Saya terus bergegas ke sekolah tetapi gagal menemui mereka. Saya turut menghubungi anak, bagaimanapun telefon bimbitnya dimatikan,” kata pemandu teksi terbabit.
Bimbang berlaku kejadian buruk, Nuri mula mendapatkan maklumat lebih lanjut dengan siapa anaknya berkawan dan pelbagai lagi.
Akhirnya, dia mendapati Siti Nurzieha mempunyai hubungan dengan seorang remaja lelaki berusia 20-an dan pada masa sama, Nuri turut menemui keluarga Rozana untuk berbincang mengenai anak mereka.
“Saya dan isteri, Marwati Ahmad, 45, pernah bersemuka dengan keluarga remaja lelaki terbabit tetapi mereka mengatakan tidak tahu apa-apa berkaitan kejadian.
“Saya juga berbincang dengan keluarga Rozana sebelum mengambil keputusan melakukan pencarian bersama kerana yakin kedua-duanya tidak terpisah,” katanya.
Nuri percaya perkara itu dirancang dan besar kemungkinan anaknya itu masih di sekitar bandar raya.
“Sebagai usaha mengesannya, saya turut menampal poster Siti di stesen bas, teksi, pusat beli-belah, selain lokasi tumpuan awam tetapi gagal mendapat petunjuk di mana anak keempat daripada 11 beradik itu berada,” katanya.
Nuri sudah membuat laporan di Balai Polis Permas Jaya dan berharap anaknya itu kembali semula kepada keluarga.
Sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan anaknya dan Rozana supaya menghubungi talian 019-7637972, 012-7234600 (Mohd Ridzuan) dan 016-7947359 (Ahmad Salleh).
Sabtu, Jun 5
::baby semakin membesar dalam kandungan::
Allhamdulliah juga kerana kandungan kali ni, aku tidak merasai loya, muntah atau mengidam yang bukan2 seperti kedua-dua anak perempuanku...
Allhamdulliah..sejak kandungan aku wujud dalam rahim aku, rezeki kami semakin murah... allhamdulliah...
Semakin membesar baby dalam rahim aku, semakin teruja aku menunggu saat kelahirannya..walaupun pada awal pengetahuan aku tentang wujudnya 'sesuatu' dalam rahim.. aku sukar menerima kenyataan... masyallah.. sungguh berdosa aku.... namun aku sedar.. itu semua rezeki kami yang diturunkan oleh-NYA... allahmdulliah....
Aku berharap...baby dalam kandungan aku sihat dan sempurna.. insyallah...
::anak-anak semakin membesar::
Anak-anak ibu sudah semakin membesar... pelbagai ragam kalian ibu kena hadapi.. kadang-kala ragam kamu semua amat mengegarkan hati ibu... kadang-kala amarah ibu sukar dibendung... selamat ada ayah yang tolong cool down kan ibu... kamu sekalian memang anak-anak yang hebat... ibu berdoa semoga kalian bedua menjadi anak yang solehah... anak yang saling hormat menghormati antara satu sama lain.. dan kalian sebagai pelindung antara satu sama lain...
Anak-anak ibu sudah semakin lasak... jarang aktiviti kalian yang memerlukan kalian senyap... semua aktiviti kalian lasak2 belaka..mengalahkan kanak-kanak lelaki... semua kalian nak cuba... tak mengapa.. ibu benarkan selagi kalian tidak patah riuk....
::che'wawa makan ayam MC'D::
*tengoklah gaya seorg pemakan ayam...
::jarang-jarang::
tapi ada baiknya dok rumah mak...senang nak pergi keje..x payah aku tergopo2 nak bangun seawal jam 5..kalau lambat bertolak, mesti akan merempuh jam di UDA....
lagipun...anak2 suka dok umah tok mak..sebab ada ramai cousin2 mereka...
::berangan-angan::
heheheh..
Seminggu nak cuti... bagi hint lagi...
aku: bestkan kalau cuti2 sekolah dapat bawa anak2 jalan kat CH...
Si suami : sengih jek...
Tadi, tiba2 en suami tanya...jadi x nak pegi sane?....kalau nak pegi kena book hotel..takut penuh katanya..siap cari mane hotel atau aprtment yg masih ada kekosongan... aku tiba2 seronok juga..tp x boleh nak terover excited..takut x jadi pulak plan2 tuh...
Insyallah, kalau ada rezeki anak2 kami akan ke sane bersama2 mak ayah dan mak mertua...
Ahad, Mei 16
::Selamat Hari Guru:"
Buat semua guru-guruku tidak kira yang pernah mengajar aku
sewaktu tadika...sek rendah larkin 1..sek menengah Sultan Ismain..
sekolah agama Kampung Kastam...
terima kasih kerana mengajar aku kenal A...B...C
dan Alif..Baa..Taa
Jasa kalian sungguh besar..kalau buka kerana kamu..
aku pasti tidak berjaya menjejakkan kaki ke menara gading..
Buat pensyaraku yang penah mendidik aku sewaktu di Kolej Kurniawan KPM...
dan Di UTM Skudai....terima kasih segalanya
Rabu, April 21
::sekolah dan kerja::
Balik rumah, kami terus pergi ke Carefour untuk berbelaanja sedikit. Kami beli ikan siakap untuk dimasak stim. Balik rumah terus masuk ke dapur. Anak-anak sibuk bermain di luar bersama ayahnya. Sambil memasak kena la buat kerja sampingan. Membasuh baju.
Lepas siap masak ikan siakap stim + goreng sayur buncit dan tempe + ayam goreng tepung + ais lemon tea = kekenyangan.
Dah kenyang makan... jangan lupa buat kerja sekolah yang sentiasa tak siap. Kena buat soalan periksa setengah tahun lepas tuh kena siapkan post mortem UP1....
Kalau dah siap semua, baru boleh kemas baju anak-anak untuk ke Taska dan gosok baju untuk esok pulak.
Laaaaa..anak-anak tak tido lagi???... ayahnyer pulak yang tidur... nampaknyer kena stop wat segala kerja..kena tidurkan anak-anak....
Jam berapa nak tido hari ni????
::KOMSAS::
Dulu zaman aku x da la pulak subjek nih.. memang mencabar pelajaran dorang ni...
Yang cikgunyer pulak... x tau camne nak tarik minat diorg suka belajar KOMSAS..
Diorg sure x suka sebab kena belajar Prosa Klasik laaa... Drama laaa... cerpen laaaa... Sajak laaa..
Hari ni nak ajar pelajar Cerpen Biarkan Samudera - best cerpen ni...
Selasa, April 20
::Cuaca:
Jalan selalu jam... dan kalau x bernasib baik..hujan turun dengan ribut dan guruh..
Kadangkala boleh berlaku banjir kilat...
Sekarang kalau kilat...takut...
Anak-anak kalau petang hujan dan guruh...
terus tido...
selamat juga ibu dia...
Petang ni cuaca pun macam x elok... macam nak hujan..
Maka kena pulang awal....
::kemalasan yang sungguh ketara::
Kemalasan aku dah memuncak apabila aku pulang dan sampai ke rumah Pulai Indah..
Balik je rumah..terus tido...then tengah malam baru bangun makan dan gosok baju, mengemas baju anak untuk ke Taska...
Aku sangat la malas... dah lama rasanya rumah tuh berhabuk..lama x sapu sampah...
Dan paling ketara baju yang tidak berlipat dah semakin menjadi gunung berapi... dah hampir dekat sebulan x berlipat...hish!!! sungguh aku malas... malas dan sangat malas....
Kalau ikutkan, kandunganku baru 3 bulan...tapi kemalasannya sungguh menakutkan...
Muntah?...x da pun... makan pulak banyak...sentiasa lapar...
Hish....takutnyer!!!!