Khamis, April 16

@ ada tag perlu di jawab @

Bonda Putri telah bermurah hati mendermakan organ tag untuk aku jawab bagi mengisi perut yang penuh masa kekangan aku.. nasib baik anak2nda semua dah tidur termasuk ayah mereka.. semua dah landing seronok dan lena dia atas tilam..best...
  • Nama Timangan :

Nama timangan banyak kot...kalau mak ayah, adik serta abang dan kakak2 ipar panggil akak....kdg2 org2 yang rapat ngan family kitorg pun panggil aku akak...cikgu2 lama masa dok kat sekolah pun panggil akak...then melekat kat dinding terus sampai kebesar..kalau sepupu sepapat confirm dan diwajibkan untuk panggil kak nor..hahahah..kenapa?..sebab nama awalan aku nor...boleh gitu???Kalau berada di samping teman2 sekolah rendah dan menengah panggil aishah jek.... macam penyanyi tuh...kalau kat UTM kenkawan panggil echa..hehehe... dan kadang2 anak aku pun panggil mama echa..

Dan paling best time bercinta en suami gemar panggil ayang..tapi bile dah ada anak nih, lebih mesra dan romantik gitu..panggil mama, ma, ibu ..hehehe...kunun2 ikut panggilan kak long pada aku...hehehe...

*Walaupun nama timangan banyak, aku tetap aku...tetap same...
  • Anda seorang yang??

Kuat Tido?...itu dulu...zaman di kolej..kuat tido..sampai teman sebilik snap pict aku tido pun x sedar2...tapi sekarang masa tido terpaksa di catu..hehehe..bangun malam susukan anak...tukar pampers..hehehe..tanggungjawab tuh...Kalau ikutkan ramalan, mereka yang lahir bulan julai nih sensitif skit...kan?...betul..aku nih sensitif sangat..cepat terasa hati..dan paling x best..suka pendam dalam hati kalau disakiti, malas nak besar2kan cerita..dan paling teruk sekali, air mata aku murah umpama tengah sales berjujuran andai terasa walaupun benda yang remeh dan temeh...
  • Insan2 teristimewa dan kenapa?

Dah tentu keluarga aku, terutamanya en suami yang banyak berkongsi masalah dan berkongsi segalanya..tahan dengan sikap isterinya nih yang banyak cekadak dan sengal... yer ker????.. dan harta paling utama dalam diri aku..dalam hidup aku, dan boleh dikatakan sebagai nyawa aku.. itu lah anak2 aku nih... che'wawa dan kak long ache..
Tak lupa juga insan yang banyak berkorban dari terbentuknye aku dalam rahimnya, sehingga lah dah besau gajah. Itu la mak dan ayah..serta along, angah dan adinda ku yang sangat2 disayangi..

  • Lagu kesukaan sekarang? --> sekarang tengah giler dengar lagu Yuna-Dan Sebenarnya dengan lagu Nabila Huda-x-ray...
  • Makanan kegemaran --> surely Laksa Johor dengan Asam Pedas Ikan Sembilang
  • Warna Kegemaran --> semestinya pink....
  • Benda wajib dalam beg tangan --> purse, handphone, puting che'wawa, pen, cermin mata
  • Kali terakhir menangis? --> 2 hari lepas...sebab2 musabab dirahsiakan...
  • Tag 6 blogger lain... --> sesape jek la yang rajin....

---------tamat-------