Selasa, November 27

:: cuti sekolah 90'an ::

Dulu, zaman aku sekolah..bile sebut je cuti sekolah memang seronok...dulu, aku, adik dan abang-abang jarang dapat berjalan2 sewaktu cuti sekolah...sepanjang cuti sekolah memang kami habiskan dengan bermain dengan permainan kami sendiri... dulu, zaman aku mana ada PSP, PS2, FB laa, dan semua yag sewaktu dengannya... kalau ada pun, kami hanya balik kampung dan jalan-jalan sekitar rumah je.. nak ke kl ke, memang jauh sekali... kalau berkesempatan, ayah bagi la ikut rombongan sekolah... tp, aku seronok dengan cuti sekolah aku... banyak benda aku boleh buat... kalau sekarang, anak2 banyak habis kan waktu menonton tv..astro... dulu zaman aku, tv hanya bukak petang je... kalau nak bukak pagi, siaran kartun dia biasa2 je... tp, masa aku banyak dengan aktiviti bermain.. hah... contohnya ...


a
Anak patung kertas ni memang fav aku dengan adik aku... dulu selalu beli dengan harga RM0.30 jek... banyak dapat.. duit belanja yang tak abis aku simpan beli bendalah ni... sekali beli 2-3 keping..hehehhe.. kalau korang tangkai dia, aku soletape je... sayang...sebab leh main banyak kali..leh pakaikan dia baju yg cantik2.. 


ok, ni permainan dia aku panggil ceper... best main ni.. dan bahan nak dapat pun senang.. selalu kutip kat kantin sekolah jek... dulu minum air coke kan pakai botol kaca tuh... so, senang la nak dapat penutup botol ni... kalau main ni memang melekakan.. lagi best kalau main ramai2... memang seronok...

  

ni pulak permainan bola kertas.. pun seronok..selalu main dengan abang2 aku.. memang luas dia cuma kotak kertas yg keras... biasanya kami guna kotak kasut atau manilakad... kadang2 kotak ubat gigi pun leh..hahah.. kalau gol dia pulak... biasanya abang aku akan koyang buku latihan sekolah yg x pakai buat goal dia..dan paling sengal, bola pun dr kertas..koyakkan skit, bulat2 pakai air liur..hahah..pastuh gentel jadi bulat..memang terbaik abang2 aku ni,..



Hah..ni pulak permainan saidina.. pun fav aku dgn abang2 n cousin2 aku.. dulu, kitorg kumpul duit nak beli ni..kami 4 org adik beradik ni kumpul duit nak beli ni,..dulu sebelum beli saidina ni, aku main yg murah punya..yg harga dia x sampai 5 ringgit..lupa pulak jenis apa... tp, lepas tuh kitorg kumpul beli benda alah ni.. mmg seronok.. sampai gaduh2 nak beli tanah...hahaha...



*p/s : alangkah seronok andai anak2 aku seperti aku dahulu... tak ada tab, ipad, astro untuk melalaikan mereka... sekarang diorg pun dah x kenal permainan2 ni... dan mungkin diorg pun x minat bermain permainan ni... seronoknya zaman kecik2 dulu.... miss that moments...



:: kasut yang pelik ::

Zaman semakin berubah. Dahulu kala, org x pakai kasut, sekarang bila dah diperkenalkan kasut..maka pelbagai jenis kasut yang telah direka oleh pereka kasut. Pelik dengan idea imaginasi mereka....
Menurut wikipedia , kasut awalnya dikenali sebagai sandal yang berasal darii tahun 8000 -7000 SM dan ditemui di Oregon, AS pada tahun 1938.

Kasut yang tertua di dunai adalah kasut kulit yang diperbuat daripada kulit lembu yang dicampur dengan tali dan dijahit didepan dan dibelakang. Kasut ini telah ditemui di sebuah gua di Armenia dan diyakini telah wujud kira-kira 3500 SM.

Gambar di bawah ni merupakan beberapa jenis kasut yang pada aku sangat pelik....


   

  

 

 

  

Jumaat, November 23

Adam dan Hawa

Drama bersiri Adam dan Hawa dah masuk episod yang ke 52, jadi ada lagi 28 episod cerita drama bersiri ini akan menutup tirai. Tak sabar menunggu cerita ni habis..sebab semakin seronok dengan Adam Mukhriz dan Ain Hawanis yang banyak sangat dugaan percintaan mereka. 

Selepas abis drama ni, ada drama baru akan muncul yang turut diadaptasikan dari novel dan dilakonkan oleh pelakon-pelakon hebat. Tentu ramai yang pernah mambaca novel Sehangat Asmara kan?... Yea, novel ini akan diadaptasikan ke drama sebanyak 30 episod dan pelakon utamanya yang merangkap sebagai hero adalah Adi Putra sebagai Zainal Arief dan heroinnya tentulah Rita Rudaini sebagai Kamilia Najwa. Turut berlakon adalah Shahz Jaszle sebagai Azman. Drama ini akan ditayangkan pada Januari 2013 di  astro Mustika HD 134 yang mendapat sentuhan penegarah Feroz Khan.

Sinopsis Sehangat Asmara...


Cinta pandang pertama Kamalia Najwa dan Zainal Arief memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. 

Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti. Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji bahawa dia akan kembali lagi. Selama sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara...


Tanpa diduga, Zainal muncul kembali dan kedatangannya dalam hidup Kamilia adalah untukk menuntut Misya, anak comel selama ini yang 'disembunyikan' oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Tetapi anehnya 'dendam rindunya' terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya. Benarkah Kamilia membenci lelaki itu?.... Hipokritkah Zainal ketika mengatakan bahawa hanya Kamilia yang bertakhta di hatinya?... 




* p/s : Susah mencari lelaki yang sanggup menabdikan diri bertahun-tahun hanya kerana cinta dan sayang kepada seorang wanita!!! untungnya wanita itu... 

~ suri rumah ~

Sejak cuti semester ni, aktiviti sebagai suri rumah telah aku ambil alih dari mak aku. Tugasan menjaga anak-anak aku yang bertiga kembali jatuh ke dalam genggaman aku. Hah..bila dah jadi suri rumah ni, memang hebat la tekanan anak-anak... maklumla, ibunya memang kuat membebel..pantang bersepah, mesti dok terjerit2 panggil anak-anak.. dan yg jadi mangsa, si kakak la..sebab dia kakak.. (boleh gitu)..

Rutin pagi

Seawal jam 6.30 pagi dah bangun solat dan bancuhkan susu anak-anak. Lepas 30 minit baru kejutkan encik suami mandi pi keje. Anak-anak tido lagi.. maka ibu pun turut serta tidur kembali dengan anak-anak lepas en suami pi keje... jam 8.00 pagi anak-anak dah memang sah bangun. Bagi susu lagi untuk mereka sebelum breakfast. Anak-anak akan bangun minum susu sambil tengok cerita upin-ipin sampai habis cerita boboi boy. Lepas tu, baru mandikan diorang dan terus sarapan pagi. Lepas semua selesai, ajar anak-anak membaca khas untuk si kakak, dan si adik wawa  belajar menulis... manakala si kecik iman, bagi je tengok buku2 kecik... tengok2 gambar..dan kalau dia dah bosan, baru bagi main tab. Jam 11.00 pagi, mesti tidokan si iman.. kalau x memang mengamuk dia.... dan memang dah rutin dia tido sampai solat zohor baru bangun.

Rutin tengahari

Biasala dah tengahari mesti la makan kan...  jadi sebelum zohor, makan pastuh aktiviti bebas untuk kakak dan adik wawa... dan aku?... tunggu dak iman bangun...sambil tuh, baca paper , facebook, blog, dan ..... bila dah lepas zohor  kejutkan si dak iman, bagi dia makan... pastu bebas untuk diorg main...tp dalam rumah jek....

Rutin petang

Before solat asar, dah suruh anak-anak mandi untuk ke kelas mengaji  dengan ustaz di masjid. Siapkan mereka. Lepas asar, anak-anak pi ngaji dan belajar solat dengan ustaz. Dalam jam 6.00 petang diorang balik dan beri diorang main-main dekat halaman kalau tak hujan... main la basikal ke...lari2 ke..pondok2 ke.. jam 6.45 petang siapkan diorang untuk makan malam...

Rutin malam

Solat maghrib dengan anak-anak.. kalau ustaz x da,aku la kena ajar anak-anak mengaji.. lepas solat maghrib, bagi anak-anak main sekejap sebelum masuk tido jam 8.00 malam. Tidurkan anak-anak... baru la lega sikit dapat rehat dan tengok masterchef  dan citer Adam dan Hawa... lepas citer kegemaran abis, baru la makan dengan en suami..kadang-kadang, datimg kat luar dengan en suami... jam 12.30 malam baru lik..kadang2 kami berdua sempat dating sampai jam 2 pagi je..

  

    

* p/s : tinggal lagi beberapa hari sahaja aku jadi suri rumah... lepas ni dah kena habiskan kuliah sampai bulan mei before disahkan sebagai seorang pendidik... insyallah!

Jumaat, November 16

:: meraikan ::

Semalam jatuh 1 muharam 1433H. Johor cuti. Semalam juga BiL n SiL telah menjemput kami untuk meraikan birthday boy mereka yg ke 9 tahun! Muhammad Reezman Hakim.... Pd awalnya aku ingat hanya sambutan kecilan dalam kalangan kami sefamily, tp rupanya MiL n AiL menjemput ramai juga kenalan.... Dah la kami datang lewat...huhuhu, x sempat membantu apa yg patut! Meriah juga majlis dgn ragam budak2 ni... Seronok tgk mereka bermain... Dan yg penting seronok tgk mknan n cake yg sgt cantik dan sedap! Tp, aku hnya mmpu tgk je...aku sempat mkn pun lepas azan maghrib! Alhamdulillah.....

Birtday boy ni merupakan cucu sulung dlm family MiL... Anak lelaki pulak tuh... Kejap je rasa masa berlalu..dulu kicii je budaknya, skrg dah mengalahkan aku a.k.a mak long dia... Insyallah next week sunat ye! :-D. ?..

P/s : mak long doakan akeeem menjadi anak yg soleh n berjaya dalam hidup! Amin....