Jumaat, November 23

Adam dan Hawa

Drama bersiri Adam dan Hawa dah masuk episod yang ke 52, jadi ada lagi 28 episod cerita drama bersiri ini akan menutup tirai. Tak sabar menunggu cerita ni habis..sebab semakin seronok dengan Adam Mukhriz dan Ain Hawanis yang banyak sangat dugaan percintaan mereka. 

Selepas abis drama ni, ada drama baru akan muncul yang turut diadaptasikan dari novel dan dilakonkan oleh pelakon-pelakon hebat. Tentu ramai yang pernah mambaca novel Sehangat Asmara kan?... Yea, novel ini akan diadaptasikan ke drama sebanyak 30 episod dan pelakon utamanya yang merangkap sebagai hero adalah Adi Putra sebagai Zainal Arief dan heroinnya tentulah Rita Rudaini sebagai Kamilia Najwa. Turut berlakon adalah Shahz Jaszle sebagai Azman. Drama ini akan ditayangkan pada Januari 2013 di  astro Mustika HD 134 yang mendapat sentuhan penegarah Feroz Khan.

Sinopsis Sehangat Asmara...


Cinta pandang pertama Kamalia Najwa dan Zainal Arief memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. 

Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti. Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji bahawa dia akan kembali lagi. Selama sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara...


Tanpa diduga, Zainal muncul kembali dan kedatangannya dalam hidup Kamilia adalah untukk menuntut Misya, anak comel selama ini yang 'disembunyikan' oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Tetapi anehnya 'dendam rindunya' terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya. Benarkah Kamilia membenci lelaki itu?.... Hipokritkah Zainal ketika mengatakan bahawa hanya Kamilia yang bertakhta di hatinya?... 




* p/s : Susah mencari lelaki yang sanggup menabdikan diri bertahun-tahun hanya kerana cinta dan sayang kepada seorang wanita!!! untungnya wanita itu... 

Tiada ulasan: