Ahad, Ogos 23

::class picture::

Ni la picture my student 4 Baiduri yang best sekali. Walaupun aku baru ambil alih class nih, tapi korg semua memang best..

Semoga berjaya dalam SPM next year!!!!

::baru sampai::

"selamat menyambut bulan ramadhan"

Sempena cuti semalam, aku mangambil kesempatan mengemas rumah. Banyak barang2 dari rumah lama x sempat nak dikemas, so memandangkan cuit sekolah ni apa lagi, mulakan projek mengemas dari pagi sampai le nak berbuka...
Aku dengan suami juga telah menunggu semua barang2 yang telah diorder sampai terus ke rumah. Semalam juga, katil dan almari untuk si kakak qaseh yang telah diorder 2 minggu lepas baru sampai.

Si kakak teruja dengan katil POOH. Baru siap pasang terus golek2, panjat2 kat atas katil tuh...

Almari POOH. Almari sebelum nih memang dah ada, tapi masih x muat juga dengan baju-bajuan anak2...

Mainan ni, actually dah 2 hari beli, tapi baru ada kesempatan nak mengepamnya..mainan ni dibeli ada sebabnya...supaya senang bile nak memasak kat dapur, leh ler letakkan che'wawa dalam tuh...

Untuk basikal pulak, ayahndanya telah beli kat kedai basikal kawan aku dulu..dapat la murah skit jika dibandingkan dengan harga kat Giant atau Tesco.. mahal 2 kali ganda sedangkan jenis dan kualiti yang sama....berbaloi-baloi...


Ini pulak buku yang telah aku tempah masa book festive ari tu kat Danga City Mall. Tempahan dah hampir dekat 3 bulan juga, baru semalam hantar... aku belikan buku2 set ni khas untuk anak2 dan terutamanya untuk si kakak.. sesapa berminat, boleh layari click laman ni LOGICO PRIMO

Ahad, Ogos 16

::Aktiviti::

Last Saturday, SMK Permas Jaya 2, sekolah ganti sempena perayaan Deepavali. Tapi, kali ni kebanyakkan guru-guru tak mengajar dan kebanyakkan pelajar2 ramai sangat yang x hadir. Almaklum laa, hari Sabtu...tapi, rugi sesapa yg tak datang that day, seronok sebab banyak aktiviti di adakan. Aku pulak, seawal pagi sibuk dengan budak2 form 3 yang nak amik trial this Monday...aku telah di amanahkan untuk menjadi Setiausaha sulit untuk PMR this year dan sekaligus merangkap pembantu kepada Mr Loganathan. Sporting abis kalau keje ngan Mr Loga nih...best!!! Seawal pagi lagi, aku telah di arahkan untuk sama2 meneyertai Mr Loga untuk arrangement kedudukan meja pelajar2... so x berkesempatan masuk ke kelas sendiri - 4 Baiduri.

Lepas sattle susun meja, semua pelajar Form 3, ada minggu SIVIK, so macam2 acara yang dibuat oleh pelajar2 ni, aku x sempat nak snap gambar..sebab time tuh aku kat bilik guru menyelesaikan beberapa perkara yang tergendala.... then untuk form 4 pula, pelajar2 kena jahit bendera Malaysia sempena Hari Kemerdekaan. Pelajar2 nih dibekalkan dengan kain merah, biru, putih dan kuning dan jarum serta benang. Seronok nih...aku pun menjointkan diri dengan membantu budak2 kelas aku...seronok tuh..sampai berpeluh2 mandi aku... heheheh... enjoy sangat that day...

Aminatun sedang khusyuk menjahit jalur gemilang...!! Chaiyok!!!

Haziq kepenatan melihat jahitan tuh..si Fezrin pulak, rajin!!!boleh bukak kedai Tailor!!!

Kesian Ser Kee nih, dah kena jadi model pulak...

Tumpang lalu sat...

Taddddaaaa...akhirnya siap jua bendera Malaysia kitorg.. bak kata PM 1Malaysia....

*semoga kalian mengerti tentang KEMERDEKAAN!!!

Khamis, Ogos 13

::CM lagi::

Last Sunday, aku pergi lagi ke CM, menemani suami untuk urusan kerje.. dan sekali lagi anak2 kami bawa bersama... si kakak tetap berminat dengan piano tuh.... masuk jek terus nak duduk kat kerusi tuh...

tengok kanan tengok kiri... line clear....

nak tekan ke tak nak nih..line clear dah...

warghhhh....

::dah pandai nak berjalan::

Sekarang dah masuk pertengahan bulan 8, dan sekaligus che'wawa dah berusia 10 bulan.. sekarang dah pandai nak memanjat dan memapah...macam nak belajar memasak berjalan... dan sekarang dah pandaii hulur tangan minta di salam... dan juga dah pandai nak bye..bye andai kami nak pulang atau bila kami cakap bye...tata... harap2 perkembangan mental dan diri che'wawa akan seimbang. Sejak demam dia dah baik, semakin ligat pergerakan dia.. tak reti nak dok diam... walker dia pun dah nak dipanjatnyer... kalau sofa kat rumah tuh, dah pandai dah panjat..

Sekarang, keadaan persekitaran amat menakutkan ... dengan H1N1 yang dah hampir meragut 44 orang termasuk bayi, ibu mengandung dan sesapa sahaja... takut juga nih... jerebu pun semakin jelas kelihatan diwaktu pagi di sekolah... dan denggi pun kian menjadi2... takut nih... sebagai ibu, perasaan takut sering menyerang...lagi2 anak2 yang dihantar ke nursery... harap2 anak2 semua dilindungi Allah....

tengok tuh, troli akak dia pun nak di panjatnyer!!! waduh...

1st, mesti berdiri tegak dan mencapai apa yg boleh dipegang....then,

taddddaaaa....dah boleh berdiri dah ibu..sorry, i dont need ur help mummy... heheheh