Ahad, Ogos 23

::baru sampai::

"selamat menyambut bulan ramadhan"

Sempena cuti semalam, aku mangambil kesempatan mengemas rumah. Banyak barang2 dari rumah lama x sempat nak dikemas, so memandangkan cuit sekolah ni apa lagi, mulakan projek mengemas dari pagi sampai le nak berbuka...
Aku dengan suami juga telah menunggu semua barang2 yang telah diorder sampai terus ke rumah. Semalam juga, katil dan almari untuk si kakak qaseh yang telah diorder 2 minggu lepas baru sampai.

Si kakak teruja dengan katil POOH. Baru siap pasang terus golek2, panjat2 kat atas katil tuh...

Almari POOH. Almari sebelum nih memang dah ada, tapi masih x muat juga dengan baju-bajuan anak2...

Mainan ni, actually dah 2 hari beli, tapi baru ada kesempatan nak mengepamnya..mainan ni dibeli ada sebabnya...supaya senang bile nak memasak kat dapur, leh ler letakkan che'wawa dalam tuh...

Untuk basikal pulak, ayahndanya telah beli kat kedai basikal kawan aku dulu..dapat la murah skit jika dibandingkan dengan harga kat Giant atau Tesco.. mahal 2 kali ganda sedangkan jenis dan kualiti yang sama....berbaloi-baloi...


Ini pulak buku yang telah aku tempah masa book festive ari tu kat Danga City Mall. Tempahan dah hampir dekat 3 bulan juga, baru semalam hantar... aku belikan buku2 set ni khas untuk anak2 dan terutamanya untuk si kakak.. sesapa berminat, boleh layari click laman ni LOGICO PRIMO

Tiada ulasan: