Selasa, September 2

Bapa Mertua

Rasanya dah lama aku tak updates aku punya blog. Terlalu banyak perkara berlaku akhir bulan August nih. Bapa mertua aku baru pulang ke rahmatullah pada 30 August 2008 sehari sebelum semua rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan dan merangkap Hari Ulang Tahun kelahiran Bapa Mertua aku, namun semua sudah ditakdirkan oleh Allah s.w.t yang lebih menyayangi Abah. Hampir 3 minggu arwah abah dimasukkan kedalam PCU di HSA..Keadaan abah bertambah buruk selepas sesak nafas dan terus menghuni HSA selama 3 minggu untuk tahan. Sehari selepas masuk wad, arwah abah telah ditebuk di leher bagi membolehkan ubat disalurkan. Sebelum ditebuk dileher, arwah abah telah ditebuk terlebih dahulu di dada kanan bagi mengalirkan cecair kanser yang memenuhi badan abah..selama lebih 3 minggu, hampir 9-10 liter cecair kanser keluar melalui tiub yang ditebuk di dada abah.. (sedih melihat keadaan abah) namun, semangat abah untuk hidup sangat kuat..hampir setahun abah menderita sakit kanser dan kemuncaknya selepas abah pulang dari HKL untuk ujian chemotherapy, namun doctor tidak mampu untuk berbuat apa2 dan menyuruh abah kembali semula tahun hadapan..memang kanser abah sudah ditahap yang ke empat.
Sebelum menghembus nafas terakhir, kami dapat lihat ada keceriaan dalam diri abah..abah dah boleh bernafas tanpa bantuan pernafasan dan masih boleh bergurau..namun itu hanyalah sementara sahaja, tepat pukul 3 petang 30 august 2008, abah meninggalkan kami semua.. semoga roh abah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman…Al Fatihah untuk Arwah Abdul Rahim Bin Md Zain...Amin…

Khamis, Ogos 21

Perbandingan..

Kadang-kadang aku tension bila orang2 bertanya sinis sambil berkata:

" apasal perut kecik jek, dah 9 bulan macam baru 5 bulan....x makan ker?...tengok perut si 'polan', besar jek...nanti anak dia pun mesti montel...."
(aku benci dengan pertanyaan macam tuh..sekurang2nya aku sihat dan baby pun sihat)

Itu adalah satu pertanyaan yang kadang2 menyentuh perasaan aku, kalau ikutkan hati memang rasa nak sound direct jek, tapi al maklumlah, manusia kan....yang pasti nanti masa lahir aku x yah la nak push kuat2...dan kalau baby besar sangat, takut nanti kena bedah...kalau dan bedah, nanti dalam pantang susah nak jaga....

*manusia penuh dengan ketidakpuasaan dalam kehidupan, ada je yang x kena pada pandangan mata mereka*

Khamis, Ogos 14

Semalam...

Sebelum mulakan kerja, kena minum milo dulu, baru badan sihat dah kuat….walaupun before masuk opis tadi dah breakfast, tapi minum milo tetap diutamakan..aku x tau la kenapa pregnant kali ni suka sangat minum milo dalam kotak, kalau milo yang dibancuh sendiri aku kurang sangat berminat..

Malam tadi, baby aktif sangat dalam perut sampai pukul 1.30am pun still berpusing2 ligat dalam pewut ibu… sampai satu tahap, kalau dia buat aksi tendang menendang, memang sakit dan kadang2 sampai nampak tapak kaki atau siku dia yang membenjol keluar… dan akhirnya aku pun tido lewat sebab baby Qaseh pun demam, takut nak tido nyenyak sangat, aku nak pastikan suhu badan Qaseh tak naik mendadak.. Sejak kebelakangan nih, Qaseh sering sangat diserang selesema dan demam, aku takut di dijangkiti penyakit tuh kat rumah Tok Ma yang menjaganya…dekat sane lebih kurang macam TASKA ada lebih kurang 5-6 orang Tok Ma Qaseh jaga..maybe lepas 2nd baby ni lahir, aku dah plan dengan husband aku untuk hantar ke tempat lain yang lebih dekat dengan rumah dan tempat kerja.. kadang2 letih sebab terpaksa hantar Qaseh jauh le UDA, sedangkan rumah aku nun di Pulai Jaya, so makan masa dan kos minyak yang tinggi..kalau dikira2 kan, sehari diperuntukkan RM30 untuk isi minyak, pergi dan balik (kalau dah sebulan?-hampir RM900 diperuntukan hanya untuk MINYAK)
Malam tadi, malas nak masak, so kitorg beli jek tomyam dengan telur dadar, nasik masak kat umah sendiri… (kos sekotak nasi dah mencecah RM1.50-save budget skit), banyak juga la aku makan malam tadi..tuh yang baby dalam pewut pun aktif semacam jek sebab dah dapat tenaga… batuk aku semakin kurang, tapi kadang2 kalau terbatuk amat menyakitkan tulang rusuk aku…

Rabu, Ogos 13

Ex-ssijb1998

Aku rasa dah dekat 10 tahun meninggalkan alam persekolahan, tapi kenangan zaman persekolahan adalah yang paling mengembirakan... sejak aku tau ada blog untuk ex ssijb nih, baru la dapat banyak info dan berita terbaru tentang budak2 ssijb-1998...
Hahahha, semua dah jadi manusia dah...TAHNIAH untuk korang semua.... dah lama aku x dengar berita dari diorg, tup-tup hantar berita - JEMPUTAN PERKAHWINAN...Tahniah buat A'an dan isteri serta Fakhrul dan isteri....sorry x dapat hadirkan diri...ada hal skit...
Bila ingat2 balik. memang banyak sangat memori di SSI JB, the most popular scool in JB.. balik sekolah lepak2 kat Hutan Bandar..makan ABC..pegi merayap kat City Square...makan ABC dekat JOTIC..hahahah... beshnyer kalau dapat back to scool semula kan?..... teringat pulak masa belajar Account dengan cikgu Saifuddin, siap boleh copyright lagi dengan budak2 kelas sebelah...hahahah...dan teringat pulak Si Aireen dengan Mak Yong yang boleh tertido time kat class....

Friendship

Friendship©

My dearest friend, will you never learn
Will you never learn to trust in our friendship
Will you never understand what friendship is
Are you so very untrusting, so withdrawn that you cannot see what is right in front of you
Can you not see that real friends never turn away
Never abandon the other during times of crisis
Never seek to hurt the other, nor give pain at any time
Friends are those that bond together and stay together
The truest of friends share their inner most secrets the good, bad and ugly that others would not understand
A friend will never judge or make the other feel less than what they truly are
A friend wants only what is best for the other
and always forgives life's little mistakes
Never lessening who and what they are
Never trying to change what cannot be changed
A friend treasures all that is given to them in words, thoughts, feelings and expressions of the heart
Only one that cares will listen to your deepest thoughts
only a friend will hold these things to their heart and know that they are special because they are from you
These things and oh so much more are what the truest, purest form of friendship are about
A friend will give strength in your weakest moments
be your rock and strongest ally never waning
A friend will be there for you in this time and space and even into the after world
So dearest friend, treasure what you have never take it for granted, never assume
never be anything but what you are - a friendspecial because you are who you are.