Jumaat, November 9

:: anak-anak ::

Cuti sekolah dan cuti semester baru je bermula. Lepas abis exam 6.11.2012 tak tahu nak buat apa bila duduk di rumah bersama anak-anak. Nak bercuti en suami kerja, maka duduk rumah je la melayan anak-anak. Memandangkan anak-anak dah semakin membesar, maka banyak la tingkah laku yang baru muncul dalam diri mereka. 

   

Anak sulung - Qaseh Dhia Faqihah
Tahun depan bakal berumur 6 tahun. Memandangkan sebelum ni kakak dah bersekolah di prasekolah, maka boleh dikatakan kakak sudah mampu mengeja walaupun x lancar lagi. Kalau mengira memang suka. Dan yang penting dah pandai nak tolong ibu kalau ibu suruh. Semoga menjadi kakak yang dapat menjaga adik-adik.

Anak no 2 - Qaseh Zahrah Zafirah
Baru masuk 4 tahun bulan lepas. Kecik je orangnya. Selalu merajuk kalau dibuli oleh adiknya Iman Fahry. Dah pandai mengeja..tp menulis baru belaja skit2... memang manja dan cepat mengalah. Panggilan adik dan wawa memang lekat sampai sekarang...

Anak no 3 aka bongsu - Iman Fahry
Ni la anak lelaki aku yg sorang ni. Baru masuk 2 tahun awal bulan November. Dah semakin bijak dan aktif, memang tak boleh duduk diam... ada saje kerja yang dia akan lakukan, samada main car, main ball. Anak lelaki la katakan. Sepanjang duduk dengan atuk ayah n atuk mak, naik letih mak nak melayan karenah dia yg sorang ni. Dah pandai merajuk kalau ada barang yang dia idamkan x dapat...kalau pergi shopping, satu shopping complex  dia akan berlari. X larat ibu n ayah nak kejar. Tapi walaupun lelaki, dia sangat2 manja dengan aku..kalau balik dari kl, memang x nak berenggang langsung dengan aku..kemana saje dia akan ikut.. orang lain memang dia x pandang kalau aku ada..ayah, tok mak dan tok ayah..semua dia x layan...

Karenah anak2 memang kadangkala memenatkan, namun tanpa mereka membuatkan aku rindu dan rindu pada mereka. Kadangkala buatkana aku senyum daan senyum memikirkan mereka.

*p/s : Ibu dan ayah doakan semoga anak-anak ibu diberkati, dirahmati dan dilindungi Allah dari segala bala dan bencana. Semoga menjadi anak yang soleh, ssolehah dan terang hati. Amin

Tiada ulasan: