Rabu, Disember 14

:: koleksi buku ilmiah ::

Salam,

Semalam, selepas membawa superboy pi hinjet kat klinik, aku dengan suka hati telah membawa superboy pi jenjalan sesambil pi pos opis Larkin Sentral untuk renew  balik lesen aku yg dah expired  lebih 4 bulan lepas. Maka sebelum renew lesen tuh, aku telah berjaya melepaskan diri daripada pak JPJ daripada kena saman...hahahah....

Sesambil aku dok berjalan2 kat Larkin Sentral tuh, tetiba mata sangat berminat dengan buku ni,

dan akhirnya aku berjaya membelinya dengan semangat yang sangat berkobar2 untuk membacanya.
Bila balik jek umah, aku terus dok membaca buku ni dan baru setengah je sempat aku baca... almaklum la banyak sangat rutin harian yg kena dilakukan sebagai isteri dan ibu.. tapi sebelum tidur dan bangun je tidur sempat juga membaca 5-6 helai. Apabila baca buku ni, sangat2 la aku insaf dan kadangkala membuatkan aku terpaku, terpana dan terfikir banyak benda... sungguh!
Kalau korang nak tau serba sedikit, aku bagi sinopsis je..kalau nak lebih baik, beli la kat mane2 toko buku...

Pada bulan November 2009, dunia dikejutkan dengan filem arahan Ronald Emmerich yang bertajuk 2012. Idea asal filem ini dipetik daripada kalendar kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini akan berakhir pada tahun 2012 atau lebih tepat lagi pada 21 Disember 2012. Selain disokong oleh kalendar kaum Maya yang banyak didakwa berlaku secara 'kebetulan', mereka juga mendakwa pada 2012, sistem suria kita (Galaksi Bima Sakti) akan mengalami konfigurasi luar biasa, medan magnet bumi menjadi lemah dalam masa yang pantas, fenomena hubungan perubahan medan magnet bumi dan hubungan manusia berlaku dan lebih menarik lagi adalah perlanggaran planet Nibiru (Planet X) dengan bumi. Filem ini turut dibahas dan dikaji oleh ramai para intelek termasuk daripada NASA sendiri.

Muhammad Alexander mengkaji peristiwa kiamat ini sebelum filem 2012 ini ditayangkan. Kajian ini dimuatkan di dalam buku Armageddon: 2012 yang membahas kekeliruan para intelek dalam menghasilkan filem 2012 serta membahas fenomena kiamat yang disebut di dalam al-Quran dan hadis secara kronologikal. Turut dimuatkan gambar, carta dan hasil-hasil kajian mengenai kiamat yang dilakukan oleh para saintis. Ini menjadikan buku Armagedon 2012 sebagai buku yang membahaskan tentang kiamat yang terlengkap, tersusun dan gambaran yang mudah difahami.

Penulis adalah pesyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia. Beliau kini dalam proses mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sejarah dan Peradaban. Beliau banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat. Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009) dan Alexander adalah Zulqarnain (2010).



**Buku ni merupakan buku kedua daripada karya Muhammad Alexander yang telah aku baca. Sebelum ni tentang Yakjuj dan Makjuj. Dan aku sangat berpuas hati dengan jalan cerita dan penceritaan beliau.


Tiada ulasan: