Selasa, Mac 3

::weekend::

~part 1- perkahwinan di Batu Pahat~

Last weekend, aku banyak habiskan masa berjalan-jalan, pagi sabtu aku, mak dan adikku telah menghadiri jemputan perkahwinan di Dewan Balai Bomba, Batu Pahat.. kami terpaksa menggantikan ayah yang x dapat menghadiri majlis perkahwinan kawan baik dia..ayah ada kerje nak dilakukan di JB..so, memandangkan kami bertiga termasuk 2 anak-anak ku ke sana. dalam perjalanan ke sana, kami terpandang BP Mall mengadakan SALES..so kami pun membeli belah di BP Mall..wah sungguh teruja aku dengan SALE!!SALE!! kat sane..aku sempat la membeli belah barang anak-anak ku..(itu sudah semestinya..) dan aku sempatlah membeli purse dan hand bag untuk mak...then dalam perjalanan pulang, sempat kami singgah di Ayer Hitam.. lagipun adikku nak membeli sikit barang hantaran perkahwinan dia, memang murah..so, aku pi sane shopping bantal dan anak pantung..


*pemandu yang berhemah-120km - 130km sejam bawa kete..





*bergambar bersama2 Barney dan ulat..x moh lepas..siap bawa tido lg..



~part 11-Ahad yang sungguh ceria~

Hari Ahad, kami sekeluarga telah membangunkan diri seawal 6 am untuk pergi ke Pasar Tani Taman Teratai..beli la sikit barang basah dan kering untuk stok seminggu..then lepas hantar kami pulang dan BFas, en suami telah pergi ke kubur Arwah Abah, so kami terpaksa tinggal kat umah..

Dalam masa menunggu en suami pulang, aku kat umah kena menyiapkan anak-anak untuk pi jalan-jalan ke Jusco Bukit Indah..(lagi2 Jusco)..sementara menunggu giliran untuk mandi, kak long bermain2 dengan che'wawa,


*habis che'wawa dikerjekan oleh kak long..dipicit-picit pipinya..

* ini, siap amik baby carrier che'wawa dimainnyer, siap letak Dora dalam tuh..konon2 nak wat mcm aku selalu bawa che'wawa..

Then setelah puas bermain dan mengerjekan adiknyer, kak long telah beralih arah bermain dengan marker pen pulak, padahal aku dah bukakkan baju untuk mandi, tapi sempat capai marker pen dengan ballon..then apa lagi, proses conteng menconteng pun dilakukan..




*abaikan perutnyer yg buncit tuh...

Dalam kul 11 am, kitorg pun pi la Jusco, so aktiviti kebiasaan kak long adalah singgah kat play house..so aku leh ler cari baju-baju anak2..(shopping lagik)


*mula2 naik trolly...then...


* lepas tuh beralih arah ke keret nih..


* giliran en suami pulak, carry che'wawa..

Lepas penat bermain dan bershopping serta berjalan2 seluruh Jusco, kami dengan perut lapar pi carik kedai makan, then terjumpa fav restoran, Johnny'...cantik decoration Johnny' kat sini, ala-ala kampung gitu...best!!!best!!!

Tiada ulasan: