Khamis, Mei 23

::Alhamdulillah, 18 bulan sudah berakhir::

 
 

Hari ni, 23 Mei 2013... maka secara rasminya aku sudah bergelar BEKAS pelajar Maktab Perguruan Kampus Ilmu Khas, Cheras.
 
Pelbagai dugaan dan cabaran terjadi dalam kehidupan aku sepanjang 18 bulan ulang alik dari JB - KL saban minggu. Ulang alik menemui cinta hati iaitu anak-anak yang ditinggalkan bersama mak dan ayah di JB... kalau ikutkan rasa penat, memang penat dan letih ulang alik dari JB-KL. Habis kelas hari Jumaat dan bergegas ke TB untuk pulang. Kemudian hari Ahad datang kembali ke KL... itu la rutin setiap minggu aku bersama anak-anak.
 
18 bulan bersama kawan-kawan yang sangat sporting dan menjiwai hati dan perasaan sesame kita yang berkorban meninggalkan anak-anak, suami, ibu dan ayah semata-mata ingin menjadi PENDIDIK.
 
18 bulan berkongsi tawa, suka, duka dan riang bersama...
pada awal perkenalan, aku memang aku tidak mengenali sesiapa pun di bumi MPIK...
pendaftaran di MPIK pun seorang diri tanpa ditemani suami, ayah, ibu dan anak-anak..
namun itu bukan alasan.... dan aku berjaya mengharunginya tanpa meraka yg kucintai disisi... mereka hanya mendoakan aku dari jauh...
 
Jika di singkap kembali, aku pada awalnya memang tidak boleh menerima kenyataan yang aku bakal mengikuti Diploma Perguruan dalam bidang Prasekolah...memang sangat tidak masuk akal bagi aku untuk mengajar Prasekolah... perasaan memang berbelah bagi samada mahu ikuti atau tidak.pegajian di MPIK. Berbeza dengan rakan-rakan yang lain yang berjaya ikuti kursus yang memang dalam aliran mereka.....
 
Namun itu semua hanya pada awal sebelum kemasukan aku di MPIK.. selepas diajar dan diterapkan dengan Prasekolah... minat aku sekarang hanya pada Pendidikan Awal Kanak-kanak.. kalau boleh aku tidak mahu mengajar arus perdana...aku memang dah jatuh cinta dengan kanak-kanak Prasekolah... tidak kisah laaa aku tidak dikenali ramai... tidak kisah andai pada Hari Guru aku tidak dapat hadiah yg banyak dari kanak-kanak Prasekolah...tetapi cukuplah hanya dengan kanak-kanak ini Berjaya membaca ABC dan mengira 123....
 
Ini lah kakak yang paling rapat dengan aku di MPIK... Zuraida binti Muhammad adalah antara orang terawal yang aku kenali dan akhirnya hubungan tu kekal jua sehingga 18 bulan di MPIK..dan harap-harap tidak terputus sampai 18 bulan sahaja...
 
 
Dan inilah kawan-kawan DPLI Prasekolah 2013 yang sememangnya sangat akrab umpama sebuah keluarga... umpama kakak, abang dan adik... pensyarah-pensyarah yang boleh kami anggap seperti mak ayah kami dan penjaga kami selama kami berada di MPIK... Terima Kasih semuanya... kenangan bersama kalian tidak sama semasa aku berada di Universiti dan di Matrikulasi... 
 
~ terukir di MPIK~
 
saat kejayaan di tagih di bumi MPIK,
Pengorbanan dan usaha menjadi taruhan kita selama 18 bulan
saat kejayaan dipertaruhkan
konsentrasi menjadi ukuran kita
 
saat kejayaan di impikan
angan-angan menjadi perangsang hati dan jiwa kita
dan saat kejayaan di dambakan
hanya padaNya kita sandarkan segala usaha kita....
 
ketika tiba saat perpisahan
janganlah kalian berduka
sebab apa yang kalian kasihi darinya
akan Nampak lebih nyata dari kejauhan
seperti gunung yang nampak lebih agung
terlihat dari padang dan dataran....
 
 
                                                                                             kenangan geng Prasekolah 2013
 

Khamis, Januari 31

::air mata::


Assalamualaikum w.b.t

Hari ni tiba-tiba air mata aku gugur lagi... sedih.. kesedihan merangkap kerinduan dengan anak-anak di JB. Maklum la, minggu ni memang aku tidak dapat pulang menjengguk anak-anak. Ada aktiviti menanti Sabtu ni di sekolah. Walaupun kerinduan membuak-buak bagai johan, tapi kewajipan aku pada amanah Allah yang satu ni, dan amanah yang masih belum mendapat kelulusan sepenuhnya adalah penting juga, maka perlulah aku berkorban masa dan kerinduan aku pada anak-anak.

Kesedihan kali ni bertambah parah sebab si suami berada disisi aku. Memanglah kalau ikutkan seronok sebab si suami ada berdekatan dengan aku, tapi itu la yang paling sedih sangat sebab anak-anak tiada kami di sana untuk mengadu nasib. Iyalah, walaupun anak-anak memang selamat dibawah jagaan si atuk ayah dan atuk mak, namun kesedihan terlalu kuat sebab anak-anak tiada disisi kami. Kalau dulu, kesedihan tu berkurangan sedikit sebab si suami masih ada disisi anak-anak di JB untuk mengadu domba. 

Anak-anak aku, memang rapat dengan atuk ayah dan atuk mak, tetapi aku dapat rasakan anak-anak akan bertambah seronok kalau kami berdua turut ada dalam lingkungan mereka. Kasih sayang mereka juga akan kukuh.

Sedih sebab aku memang tidak dapat perhatikan sepenuhnya kemajuan si kakak sejak dari tahun lepas lagi, aku tidak dapat sama-sama melakukan kerja rumah dengannya. Aku kurang mendengar masalah kakak melainkan jika aku pulang Sabtu dan Ahad. Sejauh manalah si kakak dapat luahkan kegembiraan dan keseronokkan dia disekolah. Dulu semasa adanya aku disisinya, setiap balik sekolah pasti ada saja cerita kakak di sekolah. Walaupun pada hakikatnya perkara itu berulang kali diucapkan, tapi sekurang-kurangnya kakak rasa seronok bercerita. Membacakan buku dan doa semasa tidur pun aku hanya berkesempatan lakukan sekiranaya cuti. Memang itu la perkara yang sangat menyentuh hati aku dikala ini. 

Sabarlah wahai hati, redakanlah kegusaran dalam jiwa aku...
Lindungilah anak-anak..


p/s : sangat-sangat merindui kalian... 

Khamis, Januari 10

~ be BRAVE ~


Assalamualikum w.b.t

Kadang kala dalam hidup ni kita perlu bersikap berani. Keberanian adalah kesanggupan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati. Keberanian itu perlu ada pada setiap orang tetapi ia harus tahu batas dan keupayaannya kerana keberanian yang melulu boleh mengakibatkan bencana. Pada aku seseorang yang berani itu adalah manusia yang sanggup hadapi risiko dan cabaran selain berani mencuba sesuatu yang baru. 

Berani perlu ada dalam diri tanpa perlu melaksanakan keberanian itu secara membabi membuta tuli dengan mengambil kira kemampuan yang ada pada diri dan juga akibat daripada tindakan yang akan diambil itu. Pada pandangan aku, hanya orang yang takut akan menemui apa itu keberanian dalam diri, kerana melalui keberanian seseorang itu mampu melakukan sesuatu yang ditakuti. Mereka mampu melawan ketakutan itu demi mewujudkan keberanian. 

Kalau nak bercerita tentang keberanian aku, wah..memang banyak.. salah satunya, dulu masa aku dapat lesen P. Aku takut nak bawa kereta di jalan raya hampir 2 tahun. Memang tak makan sentuh stereng kereta 2 tahun sebab fobia. Tapi aku TERPAKSA juga memberanikan diri membawa kereta disebabkan rakan aku yang paksa, kalau tak mesti sampai sekarang aku tak tahu bawa kereta, dan yang pasti aku tak tahu macamana cara nak menyelit time jalan jem, macamana nak bawa sampai 140 km/j, macaman nak  cari jalan guna GPS, macamana nak gi KLCC..hehehe.. Sekarang, keberanian aku telah berjaya melawan ketakutan dalam diri aku. 

Satu lagi, dulu aku takut pemalu gila nak berdiri depan orang ramai untuk buat presentation depan orang. Tetapi, ketakutan itulah yang telah berjaya membuatkan aku bakal menjadi seorang GURU. Hebat kan kuasa KEBERANIAN ni. Walaupun presentation aku tidak sehebat Dr Fadzilah Kamsah, tapi sekurang-kurangnya aku berjaya menjadikan diri aku presenter terbaik di hadapan pelajar (ayat-ayat poyos)...  dan mungkin akan sentiasa belajar untuk menghilangkan rasa takut... 

Ok, aku tahu macamana nak atasi perasaan takut aku kepada berani. Aku tahu kelemahan aku, dan aku tak nak kelemahan itu mengatasi keberanian aku, maka aku adalah amalkan sikit petua yang boleh dikongsikan...Insyallah, berkat keyakinan dan bantuan dari Allah s.w.t jua. Kalau aku rasa takut tahap cipan gigil satu badan, aku cuba baca ayat Kursy dengan kiraan ganjil sampai hilang rasa takut tu. Kalau rasa takut juga, bawa bertenang, tarik selimut nafas panjang-panjang dan baca kembali ayat kursy tu sampai kurang sikit rasa takut tu.. Insyallah!!!



" there are those who say fate is something beyond our command, 
that destiny is not our own,
but i know,
our fates lives within us,
you only have to be brave enough to see it "



p/s :  Keberanian akan menentukan cita-cita. Keberanian bangkit dari kegagalan. Berani adalah belajar dari kelemahan dan kesilapan. Berani membayar harga untuk KEJAYAAN!



Rabu, Januari 9

:: Setahun sudah ::



Assalamualaikum w.b.t

9 Januari 2013!!! Wah, nampak gayanya sudah setahun aku berada di Maktab Perguruan Kampus Ilmu Khas sebagai pelajar @ pelatih guru Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah. Tidak ku sangka, pejam celik aku telah berjaya menghabiskan 2 semester di sini. Makanya tinggal 1 semester lagi untuk complete kan Diploma. 

Bila ingat balik rentetan kedatangan aku ke KL ni mesti aku akan ingat pelbagai cabaran dan dugaan kena aku hadapi. Dugaan paling teruk dan ketara adalahh meninggalkan bidadari syurga di kampung halaman. Boleh dikatakan pada awal kehadiran aku di maktab membuatkan aku home sick juga la sebab merindui bidadari syurga aku yang bertiga tu. 

Pada tarikh ini juga la, anak buah aku lahir. Tahun lepas, sebelum aku mendaftar, adik aku dah sibuk sakit perut, dan allhamdulliah bersalin pagi tu juga.. kalut aku time tu.. cepat benar masa berlalu, masa terlalu mencemburi aku.

Dah setahun Aidil, Achik doakan semoga menjadi anak yang soleh.


Setahun berada di maktab, pelbagai kenangan, pengalaman, ilmu pengetahuan, menambah sahabat, kenalan, pensyarah dan pelbagai situasi aku rasai.. pengalaman dan kenangan terindah ini la yang akan ku ingat dan kenang bahawa sesuatu yang terindah itu memang tidak boleh dijual beli. Terima kasih sahabat KG 3.4 yang bersama-sama mengharungi suka duka sebagai pelatih guru, sanggup berkongsi pengalaman, berkongsi tenaga, berkongsi makanan dan segalanya. Gelak tawa kalian memang susah di cari ganti... 


   


Ini la antara perkenalan awalan kita ya kawan-kawan!! Bahagia berjumpa kalian semua. Sekarang tinggal hampir 6 bulan sahaja aku akan bersama kalian. Selepas ini, mana mungkin kita semua dapat berkumpul, berkongsi dan bergelak ketawa seperti sekarang. Nanti kalian semua pasti membawa haluan masing-masing, yang tinggal mungkin hanya kenangan!!!!!


PUISI BUAT SAHABAT!!

Ingin kucucurkan air mata
Ketulusan kalian adalah kekuatan bagiku
Menapaki langkah terjal kehidupan
Yang penuh liku

Aku bahagia
Melewati semua tak sendiri
Ada kalian di setiap langkahku yang menyertai
Terima kasih kawan, sahabat dan semua orang yang kucintai
Tanpa kalian tiada erti diriku

Aku ada kerana kalian
Cinta dan ketulusan kalian telah menyedarkanku
Menerangkan padaku bahwa aku tidak sendiri
Ada banyak orang yang peduli
Terima kasih kusampaikan
Untuk semua cinta
Untuk semua ketulusan
Untuk semua kepercayaan

Semoga ikatan persahabatan
Kekal utuh dalam jiwa kalian
Inilah aku
Terima kasih atas penerimaan kalian

p/s : kadangkala dugaan itu akan menyinar umpama zamrud. Terima kasih Tuhan, Terima kasih Allah s.w.t atas dugaan dan kehidupanku..

Selasa, Januari 8

:: Sebuah Kehidupan ::




Assalamualaikum w.b.t

Apabila hidup bersendirian di kota ini, kadang kala membuat aku banyak berfikir, banyak mengenang kenangan dan cerita-cerita masa lalu ku. Fikiran ku sering bermain situasi-situasi yang pernah aku alami dulu. Kadangkala kembaranya akal dan hati aku susah dalam mencari kebenaran. Puncanya apabila akal mula buntu, hati mula sesak dan lesu, setelah sekian lama belayar dalam gelora bisikan syaitan yang palsu, saban hari digoncang perasaan celaru.

Kadangkala, dalam kesepian aku merasai diri ini tak pasti, dari mana pangkalnya, akal mula ligat menyambar peti ingatan, serabut dengan berfikir, membuka memori, mencari kekihlafan diri dahulu. Ya!! mungkin dahulu aku sangat jahil dengan erti kehidupan. Tapi, syukur hati masih berfungsi untuk memilih, luka dari mainan perasaan mula cari penawar untuk pulih.

Dalam kehidupan ini..siksa dan derita juga umpama perencah yang mesti diambil, disamping suka dan bahagia yang dicintai, namun usah terlalu bersedih wahai hati, ingatlah bahawa masih ramai yang lebih hebat diuji, mencuit hati agar kembali ke fitrah manusiawi, pulang ke pangkuan Ilahi.

Aku sering berfikir bahawa seandainya Dia tiada bersama-sama dengan hamba seperti aku yang sering mudah terjerumus, mungkin kesesatan dalam jiwa aku terus menerobos jauh ke alam  kejahatan dan sekaligus kekhilafan aku semakin nyata. Dulu, aku pernah melepaskan kegeraman aku terhadap bencana yang menimpa aku dengan berhenti berdoa untuk seketika, kadangkala aku alpa dan lupa bahawa Dia ada bersamaku, namun rencah kehidupan membuat aku sedar bahawa aku tidak mungkin berpaling dari terus mengingatiNya sehingga kiamat muncul. Aku akui memang banyak kesilapan aku dahulu, tapi sesungguhnya Allah itu Maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui. 

Allah Maha Kaya 

Hakikatnya, orang-orang yang merasakan bahawa mereka mampu memberikan Allah masalah, kekurangan, kesukaran, adalah orang-orang yang cetek akalnya. Sesungguhnya, Allah SWT tidak pernah memerlukan manusia untuk menyembah-Nya, untuk tunduk kepada-Nya, untuk taat kepada-Nya. Allah tidak menjadi lebih besar dengan ketundukan manusia kepada-Nya, juga tidak menjadi lebih kecil dengan keingkaran manusia kepada-Nya. 

Manusia itulah yang hakikatnya menjadi mulia bila sujud kepada Allah, dan menjadi hina apabila meninggalkan-Nya. Hal ini kerana, Allah adalah Pencipta, Yang Maha Besar, Yang Berdiri dengan Sendiri, Yang Maha Perkasa dan tiada tandingan untuk-Nya. Kita memerlukan Allah untuk memandu kehidupan kita di dunia dan memberikan kita kejayaan di akhirat. Tetapi Allah, Dia tidak memerlukan kita. Bahkan di dalam Al-Quran, Allah sering kali mengulang perkara ini. Antaranya pada ayat 8 Surah Ibrahim.

“Kalau kamu dan sesiapa sahaja di atas muka bumi ini seluruhnya ingkar, maka hal yang demikian itu tidaklah merugikan Allah, sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” Surah Ibrahim ayat 8.

Aku seorang hamba yang sangat-sangat kerugian. Allah SWT menjadikan dunia ini sebagai ujian. Diciptakan aku dan semua hamba-hamabanya di atas dunia ini untuk diuji, untuk mengharungi ujian dan memilih antara kejayaan abadi atau kesenangan fantasi.

Justeru, apabila kita meninggalkan Allah SWT, ataupun hatta mengisytiharkan perang kepada Allah SWT, itu semua tidak memberikan kesan langsung kepada Allah SWT. Bahkan, yang meruginya adalah kita. 



Allah SWT adalah Pemberi Ketenangan, Pencipta Kebahagiaan, Punca kepada segala kesenangan. Meninggalkan Allah SWT, maka semua itu akan tertanggal daripada kehidupan kita. Jiwa tidak tenang, hati sentiasa gelisah dan kehidupan tidak terurus. Ya, kadangkala aku berfikir mungkin sahaja kita lihat rumahnya besar, wajahnya sering sahaja bersama senyuman, tetapi siapa tahu apa yang bergejolak di dalam hati? Mulut boleh sahaja manis bicara berkata: “Aku bahagia” sedangkan di dalam jiwa siapa yang mengetahui?

Pada aku kerugian tidak terhenti setakat di atas dunia. Bahkan berlanjutan hingga ke akhirat. Dan di akhirat itulah nanti, orang yang meninggalkan Allah SWT itu menyedari kerugian mereka yang nyata. Aku tidak mahu jadi seperti itu. Semoga Allah sentiasa melindungi aku daripada kerugian itu. 

Sesungguhnya,  aku amat memerlukan Allah, kerana aku adalah seorang manusia yang sangat lemah. Tidak berkemampuan dan tidak stabil. Sifatku terkawal oleh sifat kalbu yang berbolak balik. Maka ada waktu diriku kuat dan wujud pula masa diriku lemah tidak larat. Hidup manusia juga turun dan naik. Bukan selamanya senang dan bukan setiap masanya susah. Tambah pula cabaran-cabaran kehidupan yang pelbagai seperti pelajaran, pekerjaan, kekeluargaan dan sebagainya, semuanya cukup menjadi ‘rencah’ kepada kemasyghulan manusia dalam kehidupan.

Maka hendak tidak hendak, aku sebagai manusia memerlukan Allah SWT. 

Allah yang Maha Kuat, Allah yang Maha Hebat, Allah Yang Maha Perkasa, Allah Yang Maha Mengetahui, Allah Yang Maha Memerhati, Allah yang Maha Mendengar, untuk memerhatikan mereka. Dan sesungguhnya, Allahlah pembantu terutuh manusia yang mendekat kepada-Nya.


p/s : * Allah Maha Kaya. Pengingkaran kita, langsung tidak memberikannya kesan apa-apa.