Ahad, Januari 6

:: Perjalanan ke Kuala Lumpur ::



Assalamualaikum w.b.t


Sampai jua hari Ahad. Rasanya x puas lagi bermain dan meluangkan masa dengan anak2... Cepat benar masa berlalu... hari ni terpaksa melalui saat yang sedih, sepi dan sunyi tanpa anak2... Jam 12.30 pm, bas mula bergerak.. aku dihantar oleh en suami dan anak2... sedih je saat nak berpisah dgn anak2...lagi2 si kecik iman yang memeluk erat aku... uhuhuh...rasa nak menitis air mata kat situ juga... dan air mata itu x tertahan dan akhirnya tumpah jua... erm..x sabar nak menunggu bulan mei untuk menamatkan semua kerinduaan ni... kesian dengan anak2... aku tiada disisi....

Dalam bas ni, aku langsung melelapkan mata, melupakan kesedihan diri merindui anak2 yang ditinggalkan... sepanjang dalam bas, dan ketika bas berhenti seketika, aku langsung x berganjak ditempat duduk... malas nak bangun dan malas nak bergerak.... tepat jam 5.30pm, akhirnya selamat sampai di TBS... dan dijemput adik tersayang ...


Hari ni, aku x terus ke rumah sewa, sebab rumah sewa ketiadaan air...dah hampir seminggu dan masuk hari ni dah lebih seminggu tiada air...maka, terpaksa la aku duduk sementara di rumah adik... aku bukan x nak dok terus di rumah adik, tapi bila memandang anak buah aku Aidil Rizki, aku pasti terbayang Iman, kakak dan wawa... aku akan mula disentap dengan perasaan kerinduan... hanya Tuhan je yg tahu betapa rindunya aku bila berjauhan dengan anak2... kerugian sebab x dapat melihat anak2 membesar didepan mata aku..


P/s : melayan hati yang kerinduan......

Sabtu, Januari 5

:: Kakak masuk sekolah, Ibu pun masuk maktab::



Assalamualikum w.b.t

Tahun 2013, merupakan tahun kedua kakak Qaseh bersekolah di Prasekolah Larkin 1. Jadi mungkin x ada masalah bagi kakak untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekolah. Malkum la, kakak adalah antara kanak2 pra yang boleh dikatakan sebagai senior... yang lain2 kebanyakkan kanak2 berusia 5 tahun. Sesi pendaftaran dan orientasi berjalan lancar pada 31 Disember 2012, hanya pada hari ni je ibu sempat teman kakak, petang ibu pula akan berangkat ke KL... maka x dapat la ibu menemankan kakak di hari pertama persekolahan... hanya ayah je yang teman kakak...

Pada 1 Januari 2013, si Ayah telah hantar kakak ke sekolah, dan nak tahu apa feed back kakak bile lihat ramai kanak2 5 tahun yang menangis sewaktu hari pertama persekolahan?... hehehe..memang anak bertuah, ada ke dia dok gelakkan kanak2 yang menangis tuh... bila ibu telefon, siap mengadu dengan ibu, " ibu tahu, tadi ramai kawan2 yang nangis.. hehehe.. kakak ketawa je tengok diorang menangis ".. hehe, memang anak bertuah... tapi masa 1st time ibu hantar kakak last year pun kakak memang x menangis.. kakak sangat seronok... tahun ni ibu kena jadi AJK Permuafakatan Prasekolah kakak, erm.... last year terpaksa tolak sebab komitmen dengan Maktab, so this year terpaksa terima juga sebab ibu cuma tingga 6 bulan untuk menghabiskan DPLI ibu... insyallah...

Qaseh Zahrah pula pada awalnya memang nak hantar ke prasekolah yang same dengan kakak, namun tidak digalakkan oleh teacher untuk menghantar adik beradik dalam satu kelas, so ibu dan ayah decide untuk post pone dulu penghantaran QZZ ke sekolah... terpaksa tunggu ibu habis bulan 5 baru ibu boleh hantar QZZ ke sekolah. Kalau ibu hantar QZZ ke sekolah lain yang jauh dari rumah tok ayah, x da orang leh hantar dan ambil QZZ ke sekolah... ayah dan ibu dah work and study kat KL.. insyallah, QZZ akan ibu hantar bulan 6 ni ke sekolah.... lagipun, QZZ dah boleh mengeja dan menulis serba sedikit....

2 Januari 2013, class ibu pun bermula... harap2 tahun ni akan lebih cemerlang dari semester 1 dan 2... insyallah....

p/s : tahun yang teruja sebab en suami pun akan berada di KL. Tapi sedih sebab anak2 berada jauh dari kami....

Jumaat, Disember 28

:: Pasti Rindu ::



Assalamualaikum w.b.t

Nampaknya 2012 bakal melabuhkan tirainya selepas 366 hari berada dalam kalendar. Maka dengan berakhirnya 366 hari dalam tahaun 2012 ni. Terlalu banyak kenangan berlaku dalam tahun 2012 ni, suka, duka, gembira, sedih dan pelbagai kejadian, perasaan yang berlaku dalam diri aku. Terima kasih Allah s.w.t kerana telah memberikan peluang pada aku untuk mengecapi hidup selama 31 tahun 5 bulan di dunia Mu ini. 

Aapabila tamatnya 366 hari tahun 2012, maka akan bermulalah fasa baru dalam hidup aku. Mana tidaknya, anak-anak semakin membesar bagai gergasi dan bertambah setahun lagi. Ini bermakna, akan bertambah tanggungjawab aku pada mereka, pada suami dan juga pada keluarga.

Qaseh Dhia Faqihah

Tahun ni kakak dah 6 tahun, dan masih berada di kelas prasekolah. risau dengan si kakak ni, mana tidaknya perangainya yang memang kuat bermain... ada sahaja benda yang akan dilakukan bersama di wawa, kejap baik kejap bergaduh berdua... riuh mulut aku kalau tengok dia gaduh dengan wawa. Tp, kuat jealous kalau aku layan adik2 dia lebih2... pasti dia sendiri akan datang himpit aku nak bermanja2...alahai, siannye anak ibu ni.. Kadang2 si kakak boleh diibaratkan macam mengkarung, leh berubah sifat dan sikap. Kadang2 sangat baik hati dengan adik2, tp kadang kala sangat pendengki dengan adik2nya..  dan satu perangainya bila aku tinggikan suara suruh dia membaca dan mendendanya, pasti mengalir air mata.. huhuh.. persis ibunya yang memang x leh nak dengar org tinggi suara.. pasti kecut perut... Kalau ibu berada di KL, kakak dah pandai jaga diri, dah pandai semuanya..dan kalau suruh buat susu adik2nya memang dah lulus.. dah boleh diharap... cuma... aku je rindu dengan diorg, camna la diorg hidup tanpa aku disisi diorg..tentu dia rindu ngan aku, sedangkan nak tidur pun mesti tunggu aku.. kalau aku yang tak tidurnkan dia, mesti dia akan tanya . " hari ni siapa nak tidurkan kakak? " huhuh..kadang2 sedih dan kadang2 aku marah juga sebab terlalu bergantung dengan aku.. aku nak dia cuba berdikari tanpa aku... lepas ni ayah dan ibu dah ada kat KL, maka kakak kenalah jaga diri dan adik2 di rumah Tok Mak.... huhuhuh

Qaseh Zahrah Zafirah
Hah, budak kecik ni pun manja juga.. dah masuk 4 tahun, dan tahun depan 5 tahun...cenonet je budaknya... kecik dan comel...kalau org x percaya mesti ingat di baru berumur 3 tahun hehehe... sedih ibu sebab x dapat nak hantar wawa ke sekolah tahun depan...sepatutnya memang dah patut gi sekolah..tp sebab ibu dan ayah x da disamping adik untuk hantar dan ambil adik balik sekolah... kalau ibu hantar adik ke sekolah pra sama dengan kakak, cikgu tak galakkan, lagi pun kalau ikut umur adik, memang x lepas  masuk sekolah...sebab adik lahir hujung tahun. Kalau nak hantar adik ke sekolah swasta, susah untuk tok ayah dan tok mak hantar dan ambil adik balik...maka, ibu ayah telah sepakat untuk tunggu ibu habis belajar baru ibu hantar adik ke sekolah.. lagipun gatal2 adik masih belum baik... jadi ibu terpaksa korbankan masa adik 5 bulan ni untuk dok umah tok mak je..insyallah ibu akan hantar adik ke sekolah juga... Anakku sorang ni kuat merajuk, mungkin persis ibu dia juga ni.... heheheh... selalu kena buli dengan kakak..tp kalau dia dah kena buli, sekali sekala mesti naik angin juga... kalau dia naik angin..fuhhh... dasat... manja?...memang la manja..asyik nak berhimpit je dengan ibunya... 


Iman Fahry
Ni la sorang anak lelaki aku. Baru mencecah usia 2 tahun bulan 11 ari tuh. Sangat manja mengalahkan kakak2nya. Memang cemburu sangat. Kalau aku peluk cium kakak2nya pasti meraung. Kalau ayahnya pegang atau sentuh aku depan mata dia lagi la di hangin. Pasti ditepis tangan ayahnya supaya jangan pegang ibu dia..heheh... kelakar pun ada.. memang mempunyai sifat pelindung anak aku sorang ni... sekarang dah pandai ingat banyak benda. Dah pandai ingat step ultraman buat, dah pandai nak bercakap, dah pandai nak ikut sembahyang, mengaji, mengeja dan dah pandai buli kakak2nya.. sekarang dia la otai dalam rumah.. bukan hanya kakak2nya dibuli...cousin2 nya pun dah pandai di buli... dan perkara yang dah jadi habit dia adalah membaling segala benda yang dipegang, tak kira besar ke kecik ke, lembut ke  keras ke, makanan ke tidak, semua kalau dia x puas hati abis di lemparnya, habis dibalingnya... huhuh... nak jadi pemain softball ke nak jadi atlet merenjam lembing... heheheh

* p/s : tahun depan 2013, ayah dah dapat transfer KL. Ibu pun di KL juga...jadi anak2 ibu semua di bawah jagaan tok mak dan tok ayah... jadi anak2 ibu semua ke behave bila dok umah tok mak n tok ayah. Jangan nakal2 dan dengar cakap atok... jangan risau, setiap minggu ibu akan balik, lagipun hanya tinggal 5 bulan je ibu di KL... doakan ibu ya anak2!!SAYANG KALIAN... 

~:: Bidadari ::~



Assalamualaikum w.b.t





Bidadariku,

Ibumu hanya punya satu hati
dan itu hanya untuk kalian.
Ibu hanya punya satu cinta
dan itu hanya untuk kalian.
Ibu hanya punya satu kehidupan
dan itupun hanya untuk kalian juga..

Hadir kalian dalam hidup ibu
amat sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata
tiada kata yang mampu terungkap melainkan syukur kepada Nya
Terima kasih Tuhan dengan bidadari
yang sangat sempurna untuk melengkapi hidup ibu..

Waktu yang terus berputar tak kan mampu menghapusnya,
hingga takdir sekalipun tak kan bisa merubahnya.
Kerana setiap detik yang ibu rasai,
telah terukir di atas langit,
dan telah ibu tanam di dalam bumi.
Agar kalian tahu
bahawa cinta ibu pada kalian adalah
cinta yang abadi selamanya.


*p/s : Tetiba mood rindu kat anak-anak yang sedang nyenyak tidur.

Khamis, Disember 27

:: Sembelit @ Constipation bagi kanak-kanak ::



Assalamualaikum w.b.t,

Hari ni, budak keci Iman Fahry mengalami sembelit. Kesian dia, menahan sampai basah lencun baju dia. Bila aku google tentang sembelit ni atau Constipation ia bukanlah sejenis penyakit, tetapi merupakan satu simptom. Dibawah ni ada sedikit info yang mungkin boleh dikongsi bersama.


Sembelit dalam kalangan kanak-kanak adalah masalah biasa yang menjejaskan antara 5% dan 30% daripada kanak-kanak. Sembelit ialah keadaan dimana kekerapan membuang air besar menjadi kurang atau kesukaran membuang air besar. Masalah ini adalah biasa dikalangan kanak-kanak tetapi hanya sementara. Faktor yang menyebabkan sembelit ialah:
  • Pengambilan serat yang tidak mencukupi.
  • Pengambilan cecair yang tidak mencukupi
  • Kurang bersenam
  • Menahan keinginan untuk buang air besar
  • Mempunyai penyakit yang menyebabkan sembelit contoh penyakit Hirschprung atau hypothyrodism

Tanda-tanda dan gejalanya termasuk :


  • Tidak membuang air besar untuk beberapa hari atau keadaan najisnya kering dan keras
  • Kejang perut
  • Sakit ketika membuang air besar dan muka bertukar menjadi kemerah- merahan
  • Ada kesan kotoran najis pada seluar dalam kanak-kanak.
Sekiranya berlaku sembelit, terdapat kekoyakan kecil dibahagian dalam dubur (anal fissure) yang boleh menyebabkan perdarahan dan kesakitan. Selain itu juga, kanak-kanak mungkin enggan membuang air besar.
Selain itu juga, kanak-kanak mungkin merasa malu disebabkan kesan kotoran najis pada seluar dalam.
Sekiranya berterusan, masalah ini akan menyebabkan beberapa komplikasi berlaku akibat dari penyakit yang di hidapi contoh usus tersumbat dalam penyakit Hirschprung.

Bagaimanakah mengendalikan kanak-kanak sembelit ?
  • Penilaian - Penting untuk menilai situasi bagi mengelak dan merawat penyakit yang di hidapi
  • Ubat-ubatan - Jika keadaan semakin serius, doktor mungkin mengarahkan pemberian enema bagi mengeluarkan najis atau julap (oral laxative) untuk melembutkan najis.
  • Pemakanan - Lebihkan pengambilan makanan berserat (buah-buahan,sayuran hijau dan bijirin) dan cecair didalam pemakanan harian kanak-kanak. Untuk bayi yang masih kecil dan belum memulakan pengambilan makanan adalah penting untuk memastikan susu yang diambil mencukupi. Pertukaran susu formula boleh dilakukan selepas mendapat nasihat dari doktor.
  • Senaman - Bersenam secara berkala boleh membantu masalah sembelit
  • Latih tabiat ke tandas - Memperkukuhkan tabiat ke tandas secara berkala dan tetap waktunya.


Bagaimanakah cara melatih tabiat ke tandas setiap hari ?
  • Kanak-kanak perlu dilatih duduk dalam tandas sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari.
  • Dalam masa yang sama ia boleh membaca atau bermain alat permainan.
  • Untuk berjaya, kesabaran dan ketegasan amat diperlukan.

Bagaimanakah cara mencegah keadaan ini dari terjadi ?
  • Tingkatkan pengambilan makanan tinggi serat dan air yang mencukupi.
  • Senaman secara tetap dan berkala
  • Melatih tabiat membuang air besar setiap hari.


Apakah tanda-tanda amaran untuk diberi perhatian ?
  • Dapatkan nasihat dari doktor anda jika
  • Sembelit berlarutan melebihi 3 minggu
  • Aktiviti harian anak terjejas.
  • Berlaku kekoyakan kecil di bahagian dalam dubur.
  • Terjadinya buasir.
  • Gagal mengeluarkan najis melalui dubur.
  • Terdapat kesan kekotoran najis pada seluar dalam anak.


* p/s : mungkin Iman Fahry kekurangan pengambilan makanan berserat. Si kecik ni memang x suka makan sayur. Puas di pujuk, pasti diluahkan!