Sabtu, April 23

::teknik apungan iman::

Si kecil ini sudah berusia 5 bulan di atas bumi Allah ini.
Si kecil ini sekarang sudah pandai mengundur kebelakang..
Sekarang si kecil ini sudah pandai membuat teknik apungan..( ceh, ayat mcm cikgu sains) hahaha.
Kadang2 kaki dia akan terketik2 kegembiraan sebab dapat mengapungkan dirinya sendiri... macam ni leh bawa mandi kat kolam ni...


sekarang ni dah x yah bantuan kalau nak meniarap..dia pasti pandai sendiri..kalau x dilihat..takut kelaut tergolek-golek..

kenangan

Zaman sekolah merupakn zaman yang sungguh banyak meninggalkan momen yang sangat2 indah. Aku mula mengenal apa itu sekolah adalah ketika berumur 6 tahun. Aku telah bersekolah tadika di Tadika Perpaduan Balai Bomba. Wah zaman ni seronok sebab dapat bermain dengan kawan2 sebaya. Aku masih ingat lagi, sebahagian rakan2 tadika aku yang masih berhubungan dengan aku. Ketika zaman ini, saat paling indah adalah waktu menyanyikan lagu2..dan waktu makan..hehehe...aku pada waktu itu sangat la comel sangat comot...mak selalu dera aku (hahaha..dera kena toncet 2) hari2 kena toncet 2..dan saat paling aku ingat adalah sewaktu ayahku menghantar aku..hahaha...naik vespa tuh...
mane aku?..hahah...try cari bdk yg bertoncet 2 tuh..hahaha

Bila usia dah naik 7 tahun, maka seharusnya kena pi sekolah rendah kan?... hah!! zaman sekolah darjah satu paling best..mane xnya..pagi2 pasti ada aktiviti mengosok gigi di koridor sekolah..siap bawa cawan, berus gigi dan ubat gigi..hahaha..sungguh kelakar..semua berbaris panjang sambil pegang cawan berisi air(untuk kumur2).. dan paling aku ingat, bila ada program susu sekolah..maka aku pun merenggek2 la kat ayah soh beli susu tuh..dulu susu tuh sedap..

Bila naik darjah 2, perangai dah baik skit... tp selalu main teng teng kat sekolah..dan selalu main cop cop tiang sementara tunggu lonceng berbunyi..dan paling best main gelongsor yang ada kat tepi tangga.

Darjah 3 pulak, perangai semakin baik laa..tp perangai masih mcm kanak2 lain..time nih dah pandai main getah..zero point..hahah..pakai baju kurung pun leh lompat2 lagi..zaman ni suka nyanyi2 sebab dulu ada subjek muzik..kami nyanyi lagu Ais Kacang..bestnyer... kalau x silap aku, zaman ni dah ada cerita mero attack..cerita jepun yang suka bermain bola tampar tuh.. aku pasti beri alasan pada cikgu untuk pi trandas padahal balik umah tgk tv..hahaha, kalau waktu rehat, sure balik umah(umah aku dalam sekolah dulu)... dan zaman ni w/p rumah aku dlm sekolah, bile tgk kawan2 bawa bekal aku pun sibuk soh mak beli bekal letak nasi dalam tuh..hahah..leh makan kat kantin..

Darjah 3, aku dah jadi pengawas pusat sumber...

Naik darjah 4, kami yang sudah 3 tahun bersama ada yg terpisah sebab result akhir tahun darjah 3 diambil kira untuk masuk kelas terbaik. Darjah 4, aku dah mula pakai speck mata., jangan terperanjat tgk cermin mata aku..( tuh mak la yang pilih ikut citarasa org dulu2) dah macam zaman ago go dah aku tgk cermin mata tuh...(masih ada lagi simpanan cermin mata tuh).

Darjah 4, cuba cari..dimana aku?..hahaha..masam mencuka muka...

Daraj 5, aku dilantik jadi pengawas...time ni dah aku banyak habis kan masa dipadang sebab aku sering mewakili sekolah dalam acara sukan..dan kadang2 x masuk kelas pun...
Darjah 6, aku sekelas dengan Wan Sharmila..dulu dia ketua pengawas kami..

Naik darjah 6, aku kena fokus dengan UPSR..time ni aktiviti suka dah semakin kurang...tapi selalu kena pegi kelas tambahan setiap hari sabtu..

Itu lah kenangan zaman sekolah yang x dapat dijual beli..saat2 yang sungguh seronok tanpa memikirkan soal kewangan..kan?...time ni la life yang sangat enjoy...

P/s: kawan2 terima kasih sebab menyeronokkan zaman sekolah saya....



Jumaat, April 22

siti muslihalhujan air mata


Baru tadi aku menonton TV rancangan GALAKSI. Ada banyak cerita artis2 ni. Tapi ada seorang arits yang lebih muda 2 tahun daripada aku. Memang pada awal kemunculannya pada pertengahan tahun 1990-an. Sungguh aku terharu dan bergenang air mata bila mendengar jawapan yang sungguh lancar dari mulut tuan empunya badan iaitu Siti Musliha Mohd Mustafa. Gadis ini sungguh ‘istimewa’ di hati seluruh tanahair yang pernah mengikuti sejarah kebangkitan beliau dalam arena seni. Namun setelah sekian lama menyepi, kini beliau bakal muncul dengan album terbarunya.

Pada awal tahun 1990-an namanya cukup dikenali dengan sifatnya apatah lagi beliau pernah merakamkan sebuah album yang mengandungi sebuah lagu hit bertajuk 'Hujan Air Mata'. Kelunakan suaranya pernah diuji juga dengan hafazan ayat-ayat suci Al-Qur'an sekitar beberapa tahun lepas dan pernah muncul di salah satu segmen di TV3, iaitu di bawah kelolaan 'Aziz Desa'. Walaupun tidak memiliki kesempurnaan dari segi bentuk, namun kepetahan belaiu telah memikat semua pihak.

Bakatnya dalam nyanyian itu telah berjaya dikesan oleh komposer terkenal tanahair Adnan Abu Hassan yang membawa Siti Musliha kepada lapangan seni suara. Berjaya menghasilkan album pertamanya yang menggunakan nama sendiri pada tahun 1995 melalui syarikat rakaman milik komposer itu sendiri "Happy Music". Tujuan penghasilan album sulung Siti Musliha juga adalah untuk membiayai kos pembedahan yang masih dijalankan dan amat memberangsangkan apabila album tersebut laris dipasaran. Walau hanya menampilkan 5 lagu dan 5 minus one namun diatas simpati banyak pihak sudi mendapatkannya. Dalam 5 lagu yang dihasilkan lagu membawa tuah yang berjaya meletakan nama Siti Musliha sebaris artis lain ketika itu adalah lagu 'Hujan Airmata' ciptaan Adnan Abu Hassan dan lirik pula Amran Omar. Lagu yang diilhamkan khas tentang dirinya membuat ramai yang tersentuh dan akhirnya memilih lagu tersebut untuk bertanding di Muzik-muzik separuh akhir pada .tahun 1995. Tahun seterusnya album ke-2 pula menyusul yang bertajuk "Mutiara Hati".

Di lahirkan pada 10 JANUARI 1983 dan merupakan anak kepada pasangan Mohd Mustafa Manap dan Rohani Atan ini dilahirkan dalam keadaan tidak normal. Beliau mengalami kecacatan seluruh anggota badan dan dilaporkan bahawa semasa lahir beliau tidak mempunyai batang hidung dan salah satu lubang hidungnya terletak di atas kening juga kedudukan mata beliau tidak normal. Setelah hampir 11 tahun mengharungi hidup yang perit, Siti Musliha mendapat perhatian dari Datin Seri Dr. Wan Azizah yang pada ketika itu menghadiri program sekolah penyayang di Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Damansara dan bermula saat itu lah beliau mendapat perhatian dari seluruh masyarakat.

Siti Musliha telah menjalani pembedahan re-construction pada kali pertama pada tahun 1984 di sebuah hospital di Adelaide, Australia. pembedahan kali pertama ini telah memakan masa selama 10 jam. Pembedahan dilakukan untuk membentuk wajah Siti Musliha. Selain itu, doktor juga telah menjalan pembedahan untuk memisahkan jari beliau.

Pada tahun 1988, Siti Musliha telah menjalai satu lagi pembedahan untuk membetulkan kedudukan mata beliau. manakala pembedahan ketiga telah dijalankan pada awal Ogos 1994 untuk membetulkan kedudukan hidung beliau yang sebelum ini dibentuk pada pembedahan pertama. Kesemua pembedahan ini memakan belanja hampir 1 juta.


p/s : Subahanallah.. Sesunggunya Engkau lebih tahu akan segala yang berlaku. Tuhan yang Maha Agung Lagi Bijaksana.

::Sambut birthday 2 kali boleh?::

budak di atas telah meminta untuk celebrate bday dia untuk kali ke-dua.
Insyallah kalau ada rezeki next week kita buat kat umah nenek pulak.
ni adalah hadiah dari ayah..ayah balik keje je terus tunjuk hadiah kat kakak...

p/s: psssttt...en shuben, bile nak bagi hadiah kat ibu pulak....?

::hebat pencuri zaman millenium::

Tadi dok baca mymetro rasa macam nak gelak guling2 tengok artikel ni...sungguh berani pencuri zaman sekarang... kalau dulu2 org mencuri pakai topeng x kasik org tgk muka..tp lain pulak citer pencuri ni...jom baca...

Pencuri berseluar dalam

KOTA KINABALU : Seorang lelaki anggota geng curi kabel yang hanya berseluar dalam maut manakala rakannya parah selepas ditembak ketika cuba menyerang polis menggunakan parang di kilometer 6, Jalan Ranau-Telupid si sini kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang, kedua-dua lelaki terbabit ditembak selepas cuba menyerang sepasukan polis sebaik menyedari kegiatan mereka dikesan.

Difahamkan, sebelum kejadian itu, beberapa petugas Telekom Malaysia (TM) yang melihat kegiatan kedua-dua suspek berkenaan menghubungi polis bagi memaklumkan kegiatan itu.

Berdasarkan laporan, sepasukan enam anggota termasuk seorang pegawai bergegas ke tempat kejadian dan menemui dua kereta diletakkan di tepi jalan dan pemeriksaan di kenderaan itu menemui beberapa gulung kabel di tepi kenderaan terbabit dipercayai dicuri.

Pada masa sama, dua lelaki yang berseluar dalam menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri ke dalam semak berhampiran sebelum dikejar beberapa anggota polis yang turut melepaskan tembakan amaran ke udara, tetapi tidak diendahkan.

Malah, seorang suspek bersenjatakan parang berpatah balik sebelum cuba melibas parang sehingga memaksa tembakan dilepaskan mengenai rusuk kiri suspek.

Melihat keadaan rakannya yang tersungkur, suspek kedua yang juga bersenjatakan parang berpatah balik dan cuba menyerang polis, tetapi menerima nasib sama apabila ditembak di kaki dan paha.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, suspek pertama lingkungan 30-an mati di tempat kejadian, manakala suspek kedua berusia 38 tahun cedera di kaki dan paha kanan.

“Walaupun cedera, suspek kedua masih menyerang polis yang melepaskan tembakan, tetapi dapat ditangkap lima anggota lain,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, semalam.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan, polis menjumpai selonggok kabel sudah dipotong kira-kira 100 meter, dua parang dan seguni padi yang dipercayai digunakan untuk mengupas getah kabel. “Hasil semakan terhadap suspek mendapati seorang daripada mereka memiliki kes lampau iaitu mencuri kabel dengan enam kes dilaporkan di Beaufort dan lima kes di Semporna, manakala suspek pertama belum dikenal pasti identitinya.

“Selain itu juga, semakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati nombor pendaftaran sebuah daripada dua kenderaan terbabit digunakan suspek sudah dilupuskan kerana terbabit dalam kemalangan,” katanya.

Hamza berkata, polis akan menyiasat bagaimana kereta yang sudah dilupus digunakan semula nombor pendaftarannya. “Dua kenderaan ini disita, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan Seksyen 307 kanun sama,” katanya.


p/s : ada x org curi x pakai baju?..