Sabtu, April 2

::cuak::

Hiah..sungguh cuak ok malam ni..sungguh cuak...perhatikan gambar diatas yea...ini la kanak-kanak yang telah membuatkan ibu ayahnya cuak+takut+marah+geram= sedih. Mana idaknya, tengah ibu dok sibuk nak pi bayar duit beli vcd haram, memula aku memang nampak si kakak dok main2 kat belakang aku..tup tup hilang...ayah pulak dok sibuk pegang Iman dan jaga che wawa...hish..bederau darah ibu anakku oittt....bagai nak gugur jantung ibu ni....toleh kanan toleh kiri toleh belakang...x da pulak...hish..mane pulak kanak-kanak bertuah ni pegi... tup2 dalam sibuk dok mencari dia..dengan muka pucat lesi...dia terus pegang seluar aku...hish...sungguh takut ok!! dah aku x marah pun dia..cuma bertanya, kakak pegi mane tadi..ikut sape...dia pun x leh nak jawab..(mungkin takut) terus dia nangis...dan kami terus naaik kereta..dalam kereta aku dok bg tau jgn wat macam tuh lagi..

Dalam dok bg nasihat kat dia...aku terpikir, mungkin kanak-kanak bertuah ni terlalu excited nak berjalan, sebab kami memang lama dah x berjalan di waktu malam buta. Dan mungkin dia tersilap pandang dengan org yg lalul lalang..maybe dia ingat itu ibu dia...hish..wahai anakku...sungguh risau ok...balik rumah ibu yang kena bebel dengan ayah...erm...layankan je laaa...dan si ayah risau takut anakku ini kena pukau..dan balik soh aku sapu air yassin kat muka dia...tap x sempat nak sapu, dah tido kepenatan menangis...

p/s-lepas ni terpaksa melupakan hasrat untuk pi jenjalan di waktu malam dalam suasana yg ramai makhluk tuhan. Dan allhamdulliah, Allah masih melindungi anakku ini...

Rabu, Mac 30

::surirumah::

Setelah hampir 5 bulan menjadi surirumah membuatkan aku sungguh berpuas hati sebab dapat melihat anak2 membesar dan melihat apa yang mereka seronok bermain...

Si kakak, seronok bermain cikgu2 sebab kakak leh tulis2 dan boleh conteng2 buku dengan kaler.
sekarang kakak pun dah sibuk suruh hantar dia pi sekolah...siap suruh ibu beli baju sekolah, beg roda, kasut sekolah...hish....dan bagi melengkapkan misi pegi sekolah, maka aku telah membelikannya sebuah beg roda...(beg lebih besar dari org). Lepas puas main cikgu2 makan+minum air milo... x per tuh semua leh order kat kedai Tok Ayah...Dah kenyang, main pulak pondok2...main gelongsor...hish x penat anak aku sorang ni...bile petang, ajak pi kedai runcit..cari ais krim pulak....( ini memang rutin harian)


kalau pergi library, x nak pinjam buku kecik2...nak yg besar gabak....

sekarang dah pandai pose kalau disuruh bergambar...
dalam kete pun sempat lagi nak mengaler buku dia..kalau pi memana hatta pi kedai runcit belakang rumah pun masih nak cari buku..



Che Wawa, memang suka melakukan semua benda berdasarkan apa yg di lihat. Suka meniru apa yg kakak dan cousins diorg buat..kalau mereka melompaat atas kerusi..dia pun nak buat...mengalahkan budak2 dah besar...kakak dia pakai beg roda..dia pun nak juga....kalau x dapat dah pandai merajuk golek2 kat bawaah..baling segala benda yang berada berdekatan dengan dia..hish...payah...tapi kalau aku marah2..nanti dia cakap. ibu, kenapa marah-marah..adik x suka laaa.. dan akhirnya aku pun gelak bile dia cakap gitu....

Che wawa paling x suka bergambar..kena paksa baru nak buat....

Suka main cantum2..kalau kakak kacau pasti mengamuk...


Lepas ni, bila dah mula kerje pasti aku rindu saat2 menjaga diorg sepenuh masa...memang daripagi sampai malam dan 24 jam anak2 dengan aku...macam2 dah aku rasa..seronok...letih dan kadang2 naik juga darah layan karenah dan perangai diorg ni... Kalau aku dah kerje, terpaksa la aku hantar anak2 ke Taska...dan masa untuk melihat mereka membesar pasti terbatas....



::rezeki::

Allhamdullialah, walaupun dalam keadaan kami sejak kebelakangan ni banyak cabaran dan dugaan, namun ia beransur-ansur pulih walaupun masih tidak secara keseluruhan.

Syukur atas rezeki dan nikmat Allah S.W.T yang sungguh luar biasa. Masih ada ruang di hati-Nya untuk seorang hamba yang sungguh jahil dan khilaf. Semoga kami sekeluarga sentiasa beringat dengan segala janji-Nya. Insyallah kami cuba sedaya upaya bangkit dan berusaha kearah kebaikan....


Selasa, Januari 18

::cabaran membesarkan anak::



Sekarang anak dah 3 orang... terlalu banyak cabaran membesarkan mereka...tapi dalam banyak cabaran ni..banyak juga dugaan dan masalah yang berlaku silih berganti..namun keadaan ni semakin mematangkan dan mendedahkan aku bertapa pentingnya anak-anak dibesarkan didepan mata... bile bekerja, ada perkara dan ada benda yang aku sering miss dengan tumbesaran anak2..tp sejak berpantang dan duduk dirumah...banyak benda yang aku dapat lihat mereka membesar didepan mata...sepenuhnya...allhamdulliah...

Dalam banyak2 cabaran..paling mencabar jiwa dan nurani aku bile anak2 menangis, merengek dan meminta2..huh!! sungguh "hangin" kadang2... ketiga-tiga anak2ku tabiat dan perangai memang berbeza...
kak long - sungguh pemalu..pantang kalau org x dikenali menegurnya..pasti mengamuk..huh!!manja..kadang2 baran juga...
che'waw- penghibur seluruh keluarga..pandai buat lawak... dan peramah!! tp kalau ada ayahnya..mengada2 menjadi2..
iman- kalau nak tido..sure kena menangis kasi seluruh alam tau...

walauapapun perangai dan tabiat anak2...aku bergyukur dikurniakan anak yang sihat dan sempurna..dan terima kasih tuhan atas anugerah yang tidak ternilai...wp aku x sekaya bill gates..insyallah anak2 akanku didik menjadi insan berguna walaupun bergolok bergadai....

Jumaat, Disember 10

::jenjalan dalam pantang::





Huh..belum abis pantang 44 hari, tp aku dengan jayanya telah memberanikan diri berjalan-jalan di JUSCO...saje je xcersie badan ngan kepala...