Sabtu, September 5

::jalan ke masa hadapan::

Dahulu, aku bukanlah seorang kanak-kanak yang pintar, aku hanya sederhana. Segalanya sederhana. Dahulu aku comot, sewaktu masuk sekolah, pertama kali masuk tadika, aku pun bukan seorang yang bijak, malahan bukan kategori pandai atau genius jauh sekali. Dahulu, sebelum aku masuk tadika, aku sering merayau-rayau dalam sekolah dan kadang kala bertenggek depan tingkap budak-budak sekolah darjah 1 semata-mata ingin tahu, apa ada dalam sekolah, dan mahu tahu sangat, apa yang budak-budakk tu semua belajar. Selamat waktu tu aku memang duduk dalam sekolah.. cikgu-cikgu pun dah kenal, dan kalau ada cikgu yang baik hati macam Cikgu Jersy, Cikgu Asiah, Cikgu Hawa dan ramai lagi, mereka akan bagi aku peluang belajar sama-sama walaupun ketika tu aku diluar bilik darjah. Memandang dari tepi tingkap kayu sahaja. Seronok.

Masa masuk sekolah tadika, rasanya keputusan tak la hebat mana, allhamdulliah aku tahu baca A B C - Z, dan tau kira satu dua tiga .... dan seterusnya tahu serba sedikit apa itu One Two Three.. dan paling seronok dapat ambil ijazah dekat Dewan Jubli Intan. Pakai Jubah lagi..siap ada scroll lagi..

Ketika darjah 1-6, aku masih begitu juga, tak pandai-pandai juga. UPSR hanya lulus biasa sahaja. Naik tingkatan 1-3, aku juga masih sama, keputusan masih begitu. Apabila naik tingkatan 4-5 aku rasa ada sikit peningkatan. SPM pun lulus. Pangkat 1. Tapi hanya biasa-biasa juga. Kemudian dapat masuk matrikulasi dan lulus juga, walaupun ketika itu aku langsung tak ada asas dalam matematik tambahan. Kemudian, dapat masuk UTM, dan allhamdulliah berjaya juga tamat dalam tempoh 3 tahun setengah.

Panjang perjalanan aku untuk menjejak kaki ke menara gading. Allhamdulliah.

Kelmarin, terdengar seorang ibu memarahi anaknya dengan satu perkataan yang pada aku melemahkan semangatnya. BODOH. Kanak-kanak ini mungkin tidak cemerlang dalam sekolah dan sering dianggap BODOH. Sedihnya. Dan inilah mungkin perkataan yang akan ditetapkan dan sentiasa diingati dalam minda oleh kanak-kanak tersebut hingga akan menganggap mereka memang BODOH dan tidak boleh diubah.

Pada aku, semua orang mempunyai kekuatan yang berlainan dan keupayaan yang berbeza. Dalam perbualan aku dengan seorang guru Matematik Tambahan, beliau mengatakan, beliau tak kisah andai anak-anak muridnya tidak pandai dan tidak lulus Add Maths, namun usaha tetap usaha. Tetapi, mereka semua ini ada kelebihan tersendiri. Mungkin pelajar2 ni akan berjaya sebagai tukang urut, bukan sebagai pakar add math, dan mungkin berjaya dalam Seni dan mungkin lebih dari itu.

Sejak memasuki dunia pendidikan, aku akui sukar sangat untuk mengajar pelajar-pelajar ni. Dan kalau boleh aku katakan, mengajar bukan menumpukan kepada mengajar, tetapi sistem pembelajaran. Pada aku, jika mereka menemui benda-benda baru dalam diri mereka, jadi biarkan sahaja, jika mereka belajar dengan baik dengan bantuan muzik, biarkan ia.

Jangan anggap diri anak-anak itu sama dengan pakar-pakar, jangan juga samakan mereka dengan sesiapa. Biarkan mereka.



Jumaat, September 4

::mahu teruskan atau tidak??::

Niat hati aku hendak sangat pergi...sangat-sangat mahu...
Suami sudah izinkan.....
Mak ayah pun dah izinkan......
Anak-anak?......

Boleh kah aku??...
Mampukah aku??...
Tinggal 4 hari saja lagi......

::mengapa anak-anak kecil suka akan muzik?::

Muzik!! Semenjak dari zaman pertengahan lagi manusia mencari makna muzik. Bermula dari Medievel Period – Renaisance – Baroque – Classic – Romantic – Blues – New Orleans Style of Dixieland hinggalah Jazz – Rock dan Pop. Namun perkataan-perkataan seumpama ini masih belum mampu memuaskan jiwa yang berkehendakkan muzik dan pengertiannya. Muzik bukan seperti Catan yang statik, mendengar muzik harus diam, dengar dan tunggu sehingga ia habis dimainkan. Catan berorientasikan ruang ‘optik’ dan ruang ‘minda’ sedangkan muzik berasaskan ruang ‘masa’ manusia. Kesemua kerja-kerja seni adalah bahasa jiwa dan minda. Ia reflection dari pengkarya atau pemikirnya. Beza hanya medium dan tools.

Orientasi dan ciri-ciri muzik ini memang membebankan pengkaryanya. ‘Masa’ wajib diisi dengan sesuatu yang baik, sesuai dan bermakna. Mengetengahkan ‘idea’ pula harus disulam bersama emosi yang sejujur-jujurnya, tidak dibuat-buat.Di Eropah, hasil penyelidikan sains pada akhir kurun ke 17 telah menyedari bahawa selain nature muzik yang dicetus dari manusia, terdapat satu nature lain ( luaran ) yang amat besar peranannya pada muzik. ( sebelumnya, penemuan ini berlaku lebih awal di sebelah Asia Timur, tetapi tiada mass production dilakukan hasil dari penemuan itu ).

Ahli fizik telah menemui elemen ‘getaran’ atau vibration pada muzik. Dari situ berlakulah penemuan wave dan seterusnya accoustic. Setiap benda yang – bertembung – bergeser – akan menghasilkan vibration. Ia bergerak di udara sebagai sound wave, di kenali juga sebagi frekuensi bunyi. Penemuan ini telah menjadi titik mula berkembangnya muzik dan teknologinya diseluruh dunia hingga ke hari ini. Revolusi inilah yang telah melahirkan legenda – lagenda muzik yang kita kenal sekarang.Namun, perkembangan teknologi muzik tetap memerlukan keupayaan kreativiti manusia, lihat contoh bagaimana pada era awal muzik moden, Beethoven dengan bijak mengadaptasi bunyi nature iaitu daripada ‘bunyi‘ ketukan kayu kepada sebuah chamber muzik yang besar lagi harmonis dengan scale yang tepat.

Bagaimana pula Beethoven yang pekak badak boleh menghasilkan simfoni? Bagaimana beliau mengenal not hanya dengan melalui vibration ( getaran ) sahaja? Dan bagaimana pula beliau menikmatinya?Semua ini bukan misteri Buloh Betong tetapi ini sains dan disiplin ilmu.

Al Ghazali telah menukilkan sebuah madah “ muzik ibarat tahi lalat di muka, ia kelihatan manis tetapi jika terlalu banyak tahi lalat ia akan membuatkan muka jadi hodoh ”. Kita sedar pada realiti. Muzik kini bukan lagi sekadar menjadi gaya hidup dunia moden tetapi telah menjadi satu keperluan, seperti kopi, teh dan pakaian. Dari piring hitam hinggalah caller ringtone, semua itu muzik – yang sentiasa akan menghiburkan manusia. Kita pada asalnya hanya memiliki kehidupan serba ringkas, dari bercucuk tanam, mengembala, beramal ibadat, berkeluarga dan membiak seperti fitrahnya, namun kini perjalanan hidup semakin kompleks, nilai dan survival hidup telah berubah. Maka muzik dilihat sebagai suatu unsur yang memainkan peranan sebagai alat untuk manusia meluah rasa, berkomunikasi dengan harapan dan impiannya. Apabila sesuatu hal mencapai tahap menjadi ‘keperluan’ maka adalah ‘wajib’ keperluan itu di tunaikan kepada yang berhak menikmatinya.

Apa kaitan muzik dengan anak-anak???

Impuls untuk bergerak, bercakap, menyanyi dan memainkan irama adalah bahagian semula jadi dan amat penting bagi setiap manusia.

Muzik dianggap sebagai satu hadiah yang istimewa bagi mereka yang berbakat. Dalam penyelidikkan yang telah dilakukan, telah terbukti bahawa setiap bayi bermula dari fetus dalam rahim ibu hingga dewasa, telah bertindak secara intuisi pada muzik.

Bayi yang terdedah dengan muzik dan bunyi bunyian, akan lebih mudah dan cepat untuk belajar dana menerima input dari sekeliling mereka. Semakin awal rangsangan untuk fetus dalam rahim ibu, maka ia adalah satu oermulaan dalam "pendidikan" dan sekaligus mencetuskan suasana pengajian yang sihat. Keadaan ini telah dikaji dimana sel-sel otak dalam perhatian fetus merupakan pertumbuhan semasa.

Bayi, dalam kandungan adalah amat rapat dengan bunyi jantung ibu dan suara ibu serta bunyi sekeliling yang hampir dengannya. Muzik yang didengar memainkan peranan sebagai penghubung dan sekaligus merupakan rangsangan untuk lebih menumpukan kepada PENDENGARAN sekaligus membangunkan otak sihat. Dan adalah lebih sempurna jika bayi2 dalam kandungan mendengar muzik alunan dari Kitab ALLAH, dan insyallah akan melahirkan bayi yang sangat2 berilmu. Insyallah..membaca, memperdengarkan ayat2 suci kepada bayi dalam kandungan, adalah satu situasi yang sungguh membahagiakan. Teringat ketika mengandungkan anak2ku, apabila didengari dan dibacai dengan alunan ayat2 suci, maka akan terasa gerakan yang sungguh nikmat, sukar digambarkan dengan kata-kata.

Anak-anakku walaupun ayahnya terlibat 100% dalam bidang muzik, tetapi hanya 10% sahaja yang aku gunakan untuk mereka. Aku tidak mahu anak2 aku terlalu terdedah dengana dunia muzik, cukuplah sekadar "melepaskan batuk ditangga" aku mahukan anak2 aku lebih kepada dunia agama, namun itu semua hanyalah harapan dan doaku, mungkin masih awal telahan ku, walaupun bak kata pepatah, "anak-anak kecil ibarat kain putih, hanya ibu bapa yang harus mencorakkan". Memandangkan zaman sekarang lebih memonopoli dunia muzik sebagai sumber pendapatan, namun itu semua kehendak ALLAH s.w.t.

Semoga anak2ku akan berjaya dalam kehidupan mereka nanti. INSYALLAH...







Sabtu, Ogos 29

::bubur lambuk Masjid Larkin Bomba::

Bagi sesapa yang dok JB, kalau nak rasa bubur lambuk Masjid Larkin Bomba leh la bgitau... Insyallah akan ditunaikan..berapa bungkus nak pun boleh....


Rabu, Ogos 26

::menanti kepulangan::

Tahun nih, kami semua akan menerima kepulangan my cousin Fazilah aka Gee yang sedang melanjutkan pelajaran PHD di University of Western Australia. Kitorg kat sini semua bangga dengan kejayaan Gee. Hopefully dapat habiskan PHD dalam jangka masa 1 thn lebih lagi. Harap2 cuti Raya kali ni leh jumpa eik...

Geram tengok gambar2 yang cantik dalam album gee.. bestnye kalau aku pun dapat gi sane kan...


* picture nig di grab dari Friendster Gee.. sorry gee....