Khamis, Mei 21
::Dah Pandai eikkk...!!!::
Isnin, Mei 18
::Award Teacher's Day::
Peraturan:
- Name your school?...form 1-3, and form 4-5...
- Masa-masa terindah di sekolah..
- Senarai Cikgu-cikgu yang paling di gemari...
- Cikgu paling garang dan paling lemah lembut?..
- Tag and give to 5 of your blogger this award....
- Scoll of rock- Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, JB - form 1-5
- Banyak sangat - a) Tiru latihan ledger dari class sebelah sebab takut cikgu account marah..sebabnyer class diorg subject account start dulu... b) Bawak walkman... c) dulu, time balik sekolah lepak2, jalan2 kat CS...suka naik bas awam...
- sure la cikgu a) BM- cikgu zaleha merangkap cikgu class time form 5 b) cikgu sains masa form 5-cikgu india nama dia rathi kot(ingat2 lupa laaa)..best!! sebab kalau dia cakap sure kena lap... c) cikgu Rodziah-cikgu perdagangan, sebab dia suka pakai kasut tutp penuh...kadang2 baju biru kasut putih... dan d) cikgu saifuddin- cikgu account.. kitorg selalu failed time ujian account..nampak sangat sengal..tapi time spm lulus juga...heheh
- Cikgu paling garang?...surely cikgu dispilin time form 1-form 3- Cikgu JR aka Jamaludin dan cikgu paling lemah lembut- cikgu maznah, yang ajar agama form 3...
- Blogger yang di tag.. mommy lyna, norlin, et , sis lin, retna
::Selamat Hari Guru-Peringkat Sekolah::
Perhimpunan dari jarak atas BLOK A
*Peace* kak mizah, cikgu yang same2 badge aku...
Acara sambutan di kendalikan oleh pasukan beruniform POLIS sekolah

Acara persembahan dari pelajar2, ada live band, zapin, joget india, tarian shuffel dan tarian black dance...
*terima kasih anak-anak atas sambutan yang diberikan, semoga aku akan terus berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam mendidikan kalian semua...
Sabtu, Mei 16
::Selamat Hari Guru::
Amanah yang diberi
Khamis, Mei 14
::Sudoku::
macam bunga.. best juga.. Memandangkan sekolah tgh exam, so amik kesempatan , masa terluang nih.
SUDOKU - adalah sejenis permainan menguji minda yang berasaskan pengiraan atau Mathematik. Ianya mula diperkenalkan kepada umum sekitar tahun 1780s lagi oleh Leonhard Euler, dari
Beliau kemudianya mencipta Grid-based puzzle dan menamakannya dengan nama Latin squares. Inilah asas permainan yang mirip kepada Sudoku yang ada sekarang. Bagaimanapun ia masih tidak dikenali ramai sehinggalah ianya diperkenalkan di Amerika sekitar 1980 dengan dikenali dengan nama permainan meletak angka atau number place game.Setelah sekian lama ,seorang pekerja di salah sebuah majalah silangkata Jepun ternampak akan jenis permainan dan mula merubah dan mengemaskinikan permainan ini berasaskan permainan asal dan menamakan dia Sudoku yang bermaksud Satu Angka.
Permainan ini amat popular di Jepun dan kemudian merebak ke sebelah Eropah setelah The Times,
Kini ianya mula merebak ke seluruh dunia dengan pesat dan dengan khabarnya pengeluar Handphone terkini juga kini dilengkapkan dengan Sudoku, malah satu program berbentuk ini juga mula dirancang untuk penyiarannya di kaca TV.Hari ini terdapat sekurang-kurangnya 5 buah penerbitan Sudoku di Jepun dengan edaran sebanyak 660,000 naskah dan kini di mana sahaja di Jepun. Kita boleh melihat masyarakat mula meminati permainan ini, di mana sahaja samada dalam tube, metro, taman-taman sambil menghirup udara segar atau sambil menemani anak-anak anda bermain di
Bagi saya permainan ini akan lebih mendekatkan kita kepada Ilmu Matematik, bagi mereka yang dulu tidak berminat dengan subjek ini akan dapat merasakan nikmat dan kelaianan dalam permainan uji minda ini. Selain dari itu, kanak-kanak yang didedahkan dengan permainan ini dikatakan akan lebih meminati ilmu matematik dan ini adalah merupakan satu petanda yang positif kepda pertumbuhan minda kanak-kanak. Baik main benda ni daripada main permainan mengarut lain tu seperti game pokemon, game perang dan lain-lain.Mengikut sebuah laporan, permainan puzzle ini tidak ada tandingannya selepas permainan Cubik Cubes yang telah terjual sebanyak 100 juta unit pada awal 1980 an.
Permainan ini berbentuk kotak empat segi 9 X 9 dengan diisi angka 1 hingga 9. Satu lagi moral yang ingin ditonjolkan ialah elemen penetration, manipulation dan marketing. Sebagai contoh, walaupun ia bermula di sebelah Barat namun kebijaksanaan orang Jepun dan kepakaran mereka meneroka pasaran lebih luas dengan teknologi dan pemasaran yang jitu telah meletakan permainan ini bertaraf dunia dan mula dikenali sebagai permainan Jepun malah lebih dikenali dengan SUDOKU dari nama asal dia.

















