Selasa, Februari 10

BabyIbu Giveaway : Win Gin & Jacqie Baby Bag

Sebenarnya, peraduan ni aku dah tengok hampir seminggu lamanya. Bukan aku tak nak on the spot post tentang peraduan nih, aku perlu survey dulu, aku kena cari beberapa info tentang blog BabyIbu. Pada awal aku melayari blog BabyIbu, banyak info yang aku perolehi daripada penulisan blognya, sungguh aku mendapat banyak informasi. Terima Kasih BabyIbu. Dalam pada itu, aku terpandang akan peraduan yang dijalankan oleh BabyIbu sempena annivesarries blog BabyIbu.

Gin & Jacqie



Gin & Jacqie telah diasaskan oleh seorang anak muda yang baru berusia 32 tahun iaitu Jacqueline Ng. Jacqueline Ng merupakan seorang pereka beg yang boleh dianggap sebagai pereka muda yang sungguh berbakat, beliau merupakan anak kelahiran Johor Bahru dan merupakan penuntut Ijazah Ekonomi dari Universiti of London. Sebelum menceburkan diri beliau dalam bidang fesyen, beliau terlibat dalam sektor korporat iaitu bekerja di Aeon Company Berhad (Jaya Jusco). Ketika dalam sektor korporat ini, lahirlah idea beliau dimana beliau sedang mencari beg untuk laptop. Dalam mencari kepelbagaian beg laptop dipasaran yang kebanyakkan adalah berwarna hitam tanpa ada pilihan membuatkan beliau mencari ilham dengan melahirkan beg pelbagai guna yang elegen dengan brand tersendiri.

Aku dan Gin & Jacqie.

Aku rasa ini merupakan kali pertama aku mendengar brand Gin & Jacqie, aku ingatkan brand Gin & Jacqie ni adalah kepunyaan orang luar negara, namun aku salah sangka dan aku sangat-sangat la kagum Jacquline Ng merupakan anak tempatan yang sungguh berbakat dalam dunia fesyen rekaan beg, selama ni kebanyakkan kaum hawa di Malaysia amat meminati beg berjenama Guess, Polo dan pelbagai lagi jenama antarabangsa. Tanpa aku buang masa, aku pun melayari laman web Gin & Jacqie, dan terdapat pelbagai jenis produk yang dihasilkan atas cetusan idea yang sungguh membanggakan. Dari pembacaan aku, beg yang dihasilkan merupakan beg yang praktikal dan stylish serta harganya juga tidak membebankan. Beg keluaran Gin & Jacqie adalah high functionality dan berkualiti yang direka khas walaupun membawanya kemana-mana, samada ke pejabat, bersiar-siar atau kemana sahaja anda pergi.

Memandangkan aku mempunyai 2 orang anak perempuan yang masih kecil, di samping kerjaya yang memerlukan aku membawa laptop adalah amat wajar dan sukacitanya andai aku turut berpeluang memenangi hadiah beg yang di peradukan. Anak-anak yang masih kecil memerlukan aku menyediakan pelbagai barangan mereka, kadang-kadang sampai tak muat beg, mane dengan botol susu, tisu basah, tuala, baju dan tidak lupa juga barang-barang aku yang hampir sama banyaknye dengan barangan anak-anak. Kadang-kadang, kalau bersiar-siar atau pergi bershopping, penuh stroller anak-anak dengan beg yang bergantungan, satu beg kakak, satu beg adik dan satu handbag mama...

Pilihan hati.

Kalau ikutkan pilihan, semua aku nak, hehehe..tapi yang paling aku suka sangat adalah beg Emily & Emma Baby beg, kenapa?..


1. Aku ada 2 anak perempuan yang masih kecil, dan banyakk stuff yang kena bawa kalau nak pi shopping atau pi jalan-jalan.
2. Aku nak bergaya sikit, sebab beg nih tak nampak macam beg bawa stuff anak-anak, beg ni more lebih kepada stylish.
3. Aku suka dengan warna dan coraknye yang pelbagai dan menyerlah.
4. Banyak compartment dan ada poket ..
5. Boleh cuci balik andainya kotor, sebab kain beg nih dari Nylon..

Khamis, Februari 5

Terkenang kembali..

Malam tadi, kami tak sempat sambut ulang tahun secara rasmi berdua..almaklumla keadaan anak-anak yang masih kecil. Mungkin aku dgn en suami akan sambutnya bile cuti nanti.. malam tadi juga, sempat aku belek dan cari gambar dan vcd gambar masa kawin dulu..seronok sgt.. semua dapat layanan yg 1st class.. best sungguh..

Aku dgn en suami telah dipertemukan di sebuah syarikat yang en suami aku uruskan..time tuh aku hanyalah buat part time job semasa cuti semester tahun 2 masa tuh tahun 2003..aku time tuh hanya saje2 ikut kakak sedara aku, dulu selama 3 bulan aku keje dkt compny en suami nih langsung x tegur mahupun berbicara dan berbual dgn aku..time tuh en suami sungguh sombong..tapi bile aku dah quit dan dah start belajar, tup2 dapat call dr en suami..saje nak ucap selamat naik class (kelakarnyer tuh cara en suami ngorat) so layan punya layan.. tersangkut laa pulak..

Aku dgn en suami bertunang masa aku last year kat UTM.. masa dalam bertunang, sungguh banyak dugaan aku dgn en suami ni.. tapi allhamdulliah, lebih setahun kemudian kami pun berkahwin...




a

Rabu, Februari 4

4th Anniversary

Hari ni merupakan hari ulang tahun perkahwinan aku yang ke 4 tahun dgn en suami-Nazreen.

Pokok Gharqad Yahudi

Sungguh aku terpaku apabila membaca blog fazemy tentang pokok yahudi ni..aku pun carik la dgn lebih lanjut lagi..dan aku nak kongsi gak bacaan aku..

Pokok Gharqad nih sekarang orang-orang Yahudi sedang giat menanam secara berleluasa kat Israel sebagai satu persediaan dalam menghadapi serangan tentera Islam pada akhir zaman. Keadaan ini juga bermakna, bahawa orang-orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran agama Islam dan kebenaran hadis Rasullah s.a.w, keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus menerus berusaha memusuhi dan memerangi umat Islam dari semasa ke semasa.

Nabi s.a.w bersabda dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan Al-Tirmidhi bermaksud :

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada wak itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya : 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya' kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi.

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu itu, tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan itu, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggalah apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Alla s.w.t, pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang tentera Yahudi yang berselindung di sebaliknya, akan tetapi hanya satu pohon sahaja yang berdiam diri dan seakan bersengkongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama GHARQAD atau nama saintifiknya adalah BOXTHORN.

Ramai yang bertanya bagaimanakah rupa pokok GHARQAD?..ada yang menyatakan ia umpama pokok Krismas, pokok Ru, pokok Kaktus dan sebagainya. Tapi pokok GHARQAD nih tidak sesuai ditanam di Malaysia sebab iklim tidak sesuai. Kalau ada pun, pasti dah ramai orang-orang Islam kat Malaysia hapuskan.

Kalau korang nak lebih lanjut, klik kat Jewish National Fund . Yang aku dapat tahu, sekarang orang Yahudi dah berjaya tanam 220 juta pokok GHARQAD ni..


*pokok GHARQAD ni tajam dan berduri-duri


*pokok GHARQAD ni pun ada buah dan berbunga

*pokok GHARQAD nih berimbun

Isnin, Februari 2

Kak Long

Kak Long qaseh sekarang dah nak masuk 2 tahun..lagi 2 bulan jek..tapi nakalnya sungguh aku dan suami x tahan..kadang2 membara juga tengok kenakalan dia..tapi nak wat macamane dan memang cara dan gaya kanak2 seusianya..tapi aku bersyukur, kak long sihat dan cergas..kdang2 cousin2 dia pun takut dgn kak long.. keletah dia yg sungguh mencuit hati aku..suka joget2..haha..hampir nak putus urut perut kalau tgk dia joget.. sekarang aku tgk dia dah pandai mengingati banyak perkara..macam lagu2..number2..simbol2..warna2 dan macam2 lagi..kdg2 x kuasa nak layan..cakap pun x pelat dan mudah aku nak paham..allhamdulillah..kalau aku solat, dia pun sama nak ikut..amin..semoga anak mama cerdik dan sihat...


*belum sampai rumah, kat Marrybrown pun jadik la baca buku...


*ada gaya x?...


*gaya seorang kak long..muncung tetap maintain..


*memang kesukaan kak long qaseh pi taman...