Isnin, Disember 15

jika...

Jika seorang wanita menangis dihadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya
yang dulu selamanya….

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali didepan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Dia akan menurunkan rasa egoisnya.

Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis keranamu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu
sepanjang hidupmu..

Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mensia-siakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan
kehidupannya…

Saat dia menangis didepanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….

Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang
dirasakannya?

Fikirkan….
Wanita mana lagikah yang akan menangis dengan
murni, penuh rasa sayang, didepanmu dan
keranamu……

Dia menangis bukan kerana dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan simpati atau rasa kasihan..
Dia menangis, kerana kasih dan sayang...

Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau lakukan untuknya.

Hanya kau yang tahu jawabannya….
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk
memohon ‘MAAF’!!..

Hari ini..

wajah seorg pekerje yang bosannn..

senyum dalam ketensenan..

Hari ni hujan turun dari awal pagi sampai sekrang..kat opis pun suasana lenggang jek... ni la wajah seorg pekerja yang bosan dan boring....kadang2 tensen pun ada gak..tapi nak wat macamane..terpaksa laa... semalam cuti hujung minggu aku banyak habiskan pergi temankan adik aku pi cari org untuk majlis tunang dia.. pergi cari baju dan test baju..lastly dapat gak kedai wedding...then pi shopping cadar untuk di bertunang...adik aku nih cerewt sgt bab2 nih.. masa cari cadar dari kul 1.30 sampai ler pkl 4pm..daru kedai Aussino sampai laa ker dalam Jusco...dan akhirnya dapat gak...

Khamis, Disember 11

Lahir tahun1980-an

Sesiapa yang lahir tahun 1980-an, sure teringat benda2 nih semua kan...
  • kita membesar dgn menonton G-Force, He-man, Transformers, Thundercats,Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.
  • berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah...
  • ingat tak, misi/nurse kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.
  • ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh ramai yg beli susu bawa balik..
  • cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu.pukul tapak tangan...kan?
  • semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, nasi lemak ke 30 sen jek kat kantin.
  • Dulu, van vitagen selalu dtg sekolah. Sesape yg nak beli kena tulis kat form…
  • time skolah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...
  • internet? email? mendalah ape tu?
  • CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. tiket wayang pun 5 inggit je.
  • kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum.
  • tak dilupakan, 'Ti Kam'. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.
  • Dulu budak2 pompuan suka main getah..heheh..main ting-ting lerr..siap conteng kat simen sekolah pakai kapur.
  • Dulu, ada subjek muzik..seronok boleh main rekoder…
  • tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...
  • lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.
  • lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa...
  • permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & Sentry', kejar2 duduk...
  • kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!
  • lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.
  • Dulu budak lelaki suka main “bola” dalam kelas..tapi bola kertas…
hmmm....jom kite check, kite nih dah tua ke?...

  • kalau korg paham ape yg korg baca kat atas, sure tersenyum
  • banyak member sekolah dah kawin dan dah ada anak...kan?..
  • korang sure pelik bile nengok bdk2 kecik main komputer..selamba jee
  • kite sure geleng kepala bile nengok bdk2 skolah menengah guna handpohe
  • kite dah x banyak sembang2 dengan member guna telefon rumah lagi setiap hari..(guna handphone jee)
  • bile jumpa member lama dari zaman sekolah, kite seronok bersembang pasal cerita2 lama, cerita2 kelakar zaman kecik2 dulu..zaman tengah nakal...
  • dan yang pasti umur kiter semakin tua..dan dah nak mencecah 30thn..hahahaha



Rabu, Disember 10

Salam Aidiladha

Pada malam raya, rumah mak mertua aku ada buat kenduri arwah abah yang ke 100 hari. Aku dan anak2 datang lewat sikit, sebab aku kena uruskan kat rumah mak dulu..kena buat ketupat dulu..majlis tahlil di lakukan di rumah UDA lepas isyak. Ramai juga org2 yang hadir. Makanan yang disediakan juga banyak, ada laksa, ada ketupat ada lodeh dan ada juga makanan yang disponser oleh jiran2 sebelah..Aku x dapat nak menolong mak dekat dapur sebab Qaseh memang takut dengan org..walaupun yang usik2 dia tuh atok2 sedara dia..asyik nak menepek jek dengan aku..adik dia selamat la tido jek..Qaseh bile nampak cousin dia baru la nak bermain..kalau x penat aku nak melayan…husband aku pulak sibuk melayan tetamu yang datang..,so lepas habis tahlil dalam pukul 11.30pm aku pun minta diri untuk pulang, sebab org2 tua kata tak elok bawak baby jalan waktu malam, takut ada “benda” yang akan ikut baby balik…(mungkin takut kena tegur dengan benda2 ghaib)



anak-anak mama kepenatan sebab banyak sangat main...

baby wawa tengah isap nyot-nyot

Qaseh wif her cousin Hakim and Hakimi

Balik jek kat umah larkin, aku tengok lembu2 baru sampai..baru nak turun dari lori…lembu2 nih ayah aku amik melalui seorg tauke lembu kat pasar larkin. Kandang dia ada kat Benut Pontian. Dan semua lembu2 nih dia ambil dari Padang Besar, Perlis..Tahun ni ayah aku ketua untuk handle Qurban bagi Masjid Taman Dato’ Onn, lebih kurang 11 ekor lembu yang tumbang. Ini termasuk lah lembu kami sekeluarga. Dalam cuaca yang hujan lebat dari semalam, menyebabkan keadaan dan suasana Hari Raya nampak “sejuk” dan “basah”. Namun perkara wajib tetap dilakukan. Along, angah, husband aku adalah antara orang yang terlibat. Walaupun hujan lebat, diorg semua nih berkorban dengan basah kuyup air hujan dan dirog sekarang kena jangkitan selesema dan demam termasuk la aku. Ini kerana melayan Qaseh nak tengok lembu..walaupun usianya baru 1 thn 8 bulan, namun Qaseh langsung x menunjukkan perasaan takut..lagi seronok dia adalah…

Qaseh : Ma, ape ni…
Aku : Lembu, sayang..
Qaseh : ambing…(kambing)

Aku x tau, kenapa anak aku cakap lembu tuh kambing..??? mungkin pada pandangan kasar dia kambing tuh macam lembu kot..lastly, “gaduh punya gaduh” dengan Qaseh, baru dia boleh terima yang kambing tuh adalah LEMBU…

Hujan masih lagi turun, walaupun proses penyembelihan dah habis jam 3 ptg, namun lembu kitorg telah dibawa ke rumah untuk dibahagi-bahagikan bahagianya kepada sanak saudara dan org ramai. Kitorg sama-sama memotong dan mengasing2kan bahagian mane yang harus disimpan dan harus dibahagi-bahagikan.

Selepas solat maghrib, rumah mak aku penuh dengan sanak saudara. Dah macam buat “party” pulak. Habis semua ketupat dan lauk pauk yang lain…sungguh meriah. Rumah mak ayah aku nih memang umpama rumah utama untuk disinggah. Sebab mak ayah aku nih suka sangat menjamu sanak saudara. Kalau buat kenduri, x sah kalau x jemput beratus2 orang..padahal kenduri kecik2 jek..dan sebab utama, masakan mak ayah aku memang sedap...heheheh.. suasana kat rumah aku memang meriah, lagi di tambah2 dengan kepulangan cousin aku, Gee dari Perth yang berpeluang menyambung P.H.D di sane selama 3 tahun untuk cuti Krismas…tuh yg seronok


Ini adalah LEMBU Qurban yang family kitorg qurbankan..

Sabtu, Disember 6

Curang..

Kenapa ada insan yang sanggup berlaku curang kepada pasangan?...

Bile hati ketahui, bahawa insan tersayang curang...diri rasa sedih...walaupun 100% kasih sayang dan kejujuran diberi, namun hanya kecurangan yang diketahui...

Sedih...kecewa...marah....