Rabu, Disember 10

Salam Aidiladha

Pada malam raya, rumah mak mertua aku ada buat kenduri arwah abah yang ke 100 hari. Aku dan anak2 datang lewat sikit, sebab aku kena uruskan kat rumah mak dulu..kena buat ketupat dulu..majlis tahlil di lakukan di rumah UDA lepas isyak. Ramai juga org2 yang hadir. Makanan yang disediakan juga banyak, ada laksa, ada ketupat ada lodeh dan ada juga makanan yang disponser oleh jiran2 sebelah..Aku x dapat nak menolong mak dekat dapur sebab Qaseh memang takut dengan org..walaupun yang usik2 dia tuh atok2 sedara dia..asyik nak menepek jek dengan aku..adik dia selamat la tido jek..Qaseh bile nampak cousin dia baru la nak bermain..kalau x penat aku nak melayan…husband aku pulak sibuk melayan tetamu yang datang..,so lepas habis tahlil dalam pukul 11.30pm aku pun minta diri untuk pulang, sebab org2 tua kata tak elok bawak baby jalan waktu malam, takut ada “benda” yang akan ikut baby balik…(mungkin takut kena tegur dengan benda2 ghaib)



anak-anak mama kepenatan sebab banyak sangat main...

baby wawa tengah isap nyot-nyot

Qaseh wif her cousin Hakim and Hakimi

Balik jek kat umah larkin, aku tengok lembu2 baru sampai..baru nak turun dari lori…lembu2 nih ayah aku amik melalui seorg tauke lembu kat pasar larkin. Kandang dia ada kat Benut Pontian. Dan semua lembu2 nih dia ambil dari Padang Besar, Perlis..Tahun ni ayah aku ketua untuk handle Qurban bagi Masjid Taman Dato’ Onn, lebih kurang 11 ekor lembu yang tumbang. Ini termasuk lah lembu kami sekeluarga. Dalam cuaca yang hujan lebat dari semalam, menyebabkan keadaan dan suasana Hari Raya nampak “sejuk” dan “basah”. Namun perkara wajib tetap dilakukan. Along, angah, husband aku adalah antara orang yang terlibat. Walaupun hujan lebat, diorg semua nih berkorban dengan basah kuyup air hujan dan dirog sekarang kena jangkitan selesema dan demam termasuk la aku. Ini kerana melayan Qaseh nak tengok lembu..walaupun usianya baru 1 thn 8 bulan, namun Qaseh langsung x menunjukkan perasaan takut..lagi seronok dia adalah…

Qaseh : Ma, ape ni…
Aku : Lembu, sayang..
Qaseh : ambing…(kambing)

Aku x tau, kenapa anak aku cakap lembu tuh kambing..??? mungkin pada pandangan kasar dia kambing tuh macam lembu kot..lastly, “gaduh punya gaduh” dengan Qaseh, baru dia boleh terima yang kambing tuh adalah LEMBU…

Hujan masih lagi turun, walaupun proses penyembelihan dah habis jam 3 ptg, namun lembu kitorg telah dibawa ke rumah untuk dibahagi-bahagikan bahagianya kepada sanak saudara dan org ramai. Kitorg sama-sama memotong dan mengasing2kan bahagian mane yang harus disimpan dan harus dibahagi-bahagikan.

Selepas solat maghrib, rumah mak aku penuh dengan sanak saudara. Dah macam buat “party” pulak. Habis semua ketupat dan lauk pauk yang lain…sungguh meriah. Rumah mak ayah aku nih memang umpama rumah utama untuk disinggah. Sebab mak ayah aku nih suka sangat menjamu sanak saudara. Kalau buat kenduri, x sah kalau x jemput beratus2 orang..padahal kenduri kecik2 jek..dan sebab utama, masakan mak ayah aku memang sedap...heheheh.. suasana kat rumah aku memang meriah, lagi di tambah2 dengan kepulangan cousin aku, Gee dari Perth yang berpeluang menyambung P.H.D di sane selama 3 tahun untuk cuti Krismas…tuh yg seronok


Ini adalah LEMBU Qurban yang family kitorg qurbankan..

Sabtu, Disember 6

Curang..

Kenapa ada insan yang sanggup berlaku curang kepada pasangan?...

Bile hati ketahui, bahawa insan tersayang curang...diri rasa sedih...walaupun 100% kasih sayang dan kejujuran diberi, namun hanya kecurangan yang diketahui...

Sedih...kecewa...marah....

Jumaat, Disember 5

Renungan Bersama

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"

"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"

"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?



"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"

"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan

"Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: "IBU "

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat....

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang embesar...sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu...

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,

2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,

3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam

4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Anak Mama

Hari nih, seperti rutin harian, Qaseh akan ikut aku pi keje..kitorg breakfast dulu baru, pekena telur rebus/telur separuh masak dengan roti canai..Qaseh menu dia makan telur separuh masak atau telur rebus. Aku hanya makan sekeping roti, huband aku 2 keping..Dalam perjalanan nak pegi keje, Qaseh aku memang banyak tanya,


babak 1

Qaseh : Mama apa ni?..(sambil tunjuk sign borad DIGI )

Aku : Itu itik, saying..

Qaseh : Ukan, (bukan)..duck

*aku senyum jek..


babak 2

Qaseh : Mama apa ni?..(sambil tunjuk sign board Giant)

Aku : Giant, sayang. Nak pegi giant tak?..

Qaseh : Nak.

Aku : Pegi giant nak tengok ape?

Qaseh : cat

Dalam troly nak pi shopping


*aku senyum jek…Qaseh sekarang dah pandai nak tanya ape itu, apa ini…kadang2 berulang2 kali dan dia sure ingat jalan nak pegi Giant, jalan nak hantar aku pi work..jalan balik umah tok ayah, jalan umah nenek..semua dia ingat…


Dalam umur 1th 8 bulan, aku lihat Qaseh dah mula nak mengeja dan mengenal huruf serta number. Kadang2 kalau tengok gambar, dia sure kenal punya…dan paling aku seronok kalau lagu atau iklan dekat t.v atau radio, sure dia lompat2 dan siap menyanyi lagi…(tapi bunyi yg dengar hanya yg hujung jek..)

Kalau pegi taman, sure Qaseh seronok…sebab dapat main buai laju2..siap nyanyi lagi..

‘uwai aju aju…

Ampai okok ena..

Ape alam aju..

Untum nga na..


Kalau kat taman permainan, kdg2 x cukup sejam…panjat tangga laa…main gelungsur laaa…hish, kdg aku yg penat mengejar dia…



ini antara fav mainan dia..kalau x cukup 6 kali main, x sah x turun..
Qaseh with her cousin Kakak Yaya
Comel anak mama pakai speck

*walauapa pun, mama tetap doakan Qaseh menjadi anak yg bijak dan solehah..

Khamis, Disember 4

Pucat..

Hari nih waktu petang...aku ditegur oleh teman sekerja..

B : Cha, apasal muka ko nampak pucat sangat...dah macam hantu plak aku tgk ko...

aku : Yea ker?...mungkin aku penat kot...(sambil tuh, aku tgk kat cermin aku..hmm, memang nampak pucat...)tapi aku x rasa pun aku penat atau letih...yang aku rasa cuma MENGANTUK sebab cuaca hujan ditambah pulak suasana opis yg sedia sepi dan kosong...

Kawan aku x puas hati lagi..dia siap suruh member aku tengok aku pulak...

B : Rajah, u tgk muka dia,,ada pucat x?...

Rajah : Ayo...ada sikit2 laaa...


* nih x boleh jadi nih..kena makan vitamin nih...dan semalam aku timbang berat badan aku dah naik 50kg...waaaaaaa.....takutnyer....