Selasa, Julai 22

Hari Minggu

Hari Sabtu lepas, seperti biasa kerja half day..BOSAN…dan seperti biasa, hari Sabtu mesti hantar Qaseh kat umah atuk ayah…lepas pukul 1.30pm sharp punch out terus balik umah..ada plan nak pegi shopping dekat Jusco Tebrau..hahaha, lepas hantar mak pergi marhaban dekat umah mak datin..kitorg sampai Jusco lebih kurang pukul 3pm,(ramai betul umat manusia membeli belah)…aku just window shopping jek, adik aku jek yang kemaruk sangat nak bershopping…kitorg kat Jusco pun dalam 3 jam jek..cuaca kat luar hujan lebat..sampai umah dalam pukul 5pm, terus pegi amik mak kat umah mak datin, tapi malang sungguh majlis dah selesai

Malam pulak, aku,mak, adik dengan Qaseh pegi shopping kat Giant pulak. Kali nih shopping untuk barang2 kat kedai mak..harga barang pun dah semakin naik...boleh dikatakan harga 1 bulan lepas dengan sekarang dah banyak yang berubah, kalau dulu mak spend dalam RM 200 lebih, tapi sekarang dah lebih 2 kali ganda harga barangan dapur naik..kalau macam nih, harga jualan makanan kat kedai pun boleh dinaikkan. Tapi mak dengan ayah kata, x perlu naikkan semua, just beberapa item je yang boleh dinaikkan. Macam air dan sup tulang...kalau nak dibandingkan dengan kedai2 makan lain, aku tengok harga makanan dekat kedai mak aku jauh lebih murah..masakan yang mak aku provide semua yang berkualiti dan sedap2 belaka..(bukan memuji,tapi kenyataan-kalau x percaya, meh datang)..hmmm,masa bershopping dekat Giant, Qaseh memang x boleh dok diam, sekejap nak masuk dalam troly, sekejap nak turun..kalau dia turun, habis satu Giant dia berlari....;-)


Khamis, Julai 17

Check Up

Semalam aku ada appointment dengan doctor. Dalam pukul 8.30am aku punch in dulu kat opis, then pegi makan kat kedai ayah..(hahaha, save budget) lepas tuh terus pegi check up dekat Klinik Kesihatan Larkin. (aku memang x gemar sgt nak pg Klinik Kerajaan nih), tapi terpaksa…aku datang pukul 9.45am then siapnya sampai pukul 11am) huh, sungguh letih aku menunggu.

Keputusannya : berat aku naik sampai 3kg (dari 52kg naik mendadak sampai 55kg) dah kena marah dengan Nurse. "kenapa berat awak dah 2 bulan berturut2 naik mendadak?" (last month naik 4kg) hahaha, aku cakap dah nak naik badan nak wat macamane…dah selera makan aku bertambah2….hahahah…then final result-aku kena datang balik 22/7 nih untuk test either aku ada kena kencing manis ke x.. (alamaknya kena minum air gulukos laaa)

Then, lepas pukul 11am, balik semula kedai ayah, makan tengahari pulak.. (anak yang baik) then terus pegi Gynae pulak kat family panel doctor. Dari before preggy lagi aku dah wat medical check up dekat Klinik Pakar Sakit Puan Tan (England) dekat pelangi. My 1st baby Qaseh dia yang sambut..aku suka cara dia kerja, dan cara communication dia dengan pesakit pun ok…Kat klinik dia nih, memang memanjang ramai org, kalau aku x sempat aku suruh staff kat sane reservedkan no untuk aku.

Qaseh dok sibuk merayap2 dalam klinik

Tunggu giliran...

Tapi semalam x ramai sangat patient, so aku direct terus amik no..hahaha..no aku yg ke 40…masa dalam bilik doctor, husband aku nak confirmkan lagi our new baby..weither baby gal or baby boy, so confirm our new baby is ....Masa scan, allhamdulliah everything ok..hopefully everything will be ok until our new baby born…

Rabu, Julai 16

Buah Kedondong

Hujung minggu lepas, aku banyak habiskan masa duduk rumah je..keletihan masa hari Sabtu x habis lagi. Husband aku ada function pg Ahad tuh, so aku dok umah dengan Qaseh jek..Petangnya baru la sempat pg membeli belah kat Giant Taman Pulai Utama. Actually banyak barang dapur kat rumah dah habis..awal bulan tak sempat nak pegi, so memandangkan semua dah habis kitorg pun pg la Giant, ingakan nak pegi Jusco, tapi barang2 dapur kat sane harga mahal skit..Lepas abis bershopping, singgah kat kedai buah, tiba-tiba mata ini memandang akan buah kedondong..hmmmm, ape lagi…SAMBAR jek..kalau ikutkan buah kedondong tuh belum masak lagi dan kuantitinya pun banyak sangat 1kg…tapi husband aku cakap "ambik jek, nanti abang leh wat juice kedondong"…hahahaha…

Isnin, Julai 14

Happy Birthday Sayang

Hari ni birthday my hubby, SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki...

Khamis, Julai 10

Public Holiday

Hari nih Public Holiday sempena Hari Hol Almarhum Sultan Johor, kitorg plan nak balik kampong…makan durian..sementara tunggu mak ayah bersiap sedia, aku,husband aku,Qaseh dengan Qayyum pg la jalan2 kat Hutan Bandar…ramai gak org yang beriadah, ada yang bawa anak-anak mandi kolam,camping..ada yang berjogging..penat gak laa berjalan…
Qaseh dengan ayah tengah bersenam

Dalam pukul 2pm lepas zohor kitorg pg balik kampung..lama dah x balik kampung, walaupun dekat, tapi sebab masing2 sibuk dengan kerja,so jarang2 balik..last kitorg balik kampung masa nak hantar our cousin pergi Perth..continue study buat PHD kat sane selama 3 tahun…

nih la cousin aku..(aku grab kat friendster)

So, memandangkan tujuan asal nak pi makan durian, so direct terus pg kedai member ayah…kat sane je aku dah makan hampir 3 biji durian, pergh, hampir penuh boot kereta dengan durian, dah masing2 dalam kereta pening2 lalat dengan bau durian yang sungguh menusuk hidung…sampai umah atuk makan lagi durian…sampaikan husband aku kepeningan sebab banyak sgt makan durian…kat umah atuk pulak, makan bubur durian..hehehe…pergh..panas badan aku…