Jumaat, April 22

::Sambut birthday 2 kali boleh?::

budak di atas telah meminta untuk celebrate bday dia untuk kali ke-dua.
Insyallah kalau ada rezeki next week kita buat kat umah nenek pulak.
ni adalah hadiah dari ayah..ayah balik keje je terus tunjuk hadiah kat kakak...

p/s: psssttt...en shuben, bile nak bagi hadiah kat ibu pulak....?

::hebat pencuri zaman millenium::

Tadi dok baca mymetro rasa macam nak gelak guling2 tengok artikel ni...sungguh berani pencuri zaman sekarang... kalau dulu2 org mencuri pakai topeng x kasik org tgk muka..tp lain pulak citer pencuri ni...jom baca...

Pencuri berseluar dalam

KOTA KINABALU : Seorang lelaki anggota geng curi kabel yang hanya berseluar dalam maut manakala rakannya parah selepas ditembak ketika cuba menyerang polis menggunakan parang di kilometer 6, Jalan Ranau-Telupid si sini kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang, kedua-dua lelaki terbabit ditembak selepas cuba menyerang sepasukan polis sebaik menyedari kegiatan mereka dikesan.

Difahamkan, sebelum kejadian itu, beberapa petugas Telekom Malaysia (TM) yang melihat kegiatan kedua-dua suspek berkenaan menghubungi polis bagi memaklumkan kegiatan itu.

Berdasarkan laporan, sepasukan enam anggota termasuk seorang pegawai bergegas ke tempat kejadian dan menemui dua kereta diletakkan di tepi jalan dan pemeriksaan di kenderaan itu menemui beberapa gulung kabel di tepi kenderaan terbabit dipercayai dicuri.

Pada masa sama, dua lelaki yang berseluar dalam menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri ke dalam semak berhampiran sebelum dikejar beberapa anggota polis yang turut melepaskan tembakan amaran ke udara, tetapi tidak diendahkan.

Malah, seorang suspek bersenjatakan parang berpatah balik sebelum cuba melibas parang sehingga memaksa tembakan dilepaskan mengenai rusuk kiri suspek.

Melihat keadaan rakannya yang tersungkur, suspek kedua yang juga bersenjatakan parang berpatah balik dan cuba menyerang polis, tetapi menerima nasib sama apabila ditembak di kaki dan paha.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, suspek pertama lingkungan 30-an mati di tempat kejadian, manakala suspek kedua berusia 38 tahun cedera di kaki dan paha kanan.

“Walaupun cedera, suspek kedua masih menyerang polis yang melepaskan tembakan, tetapi dapat ditangkap lima anggota lain,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, semalam.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan, polis menjumpai selonggok kabel sudah dipotong kira-kira 100 meter, dua parang dan seguni padi yang dipercayai digunakan untuk mengupas getah kabel. “Hasil semakan terhadap suspek mendapati seorang daripada mereka memiliki kes lampau iaitu mencuri kabel dengan enam kes dilaporkan di Beaufort dan lima kes di Semporna, manakala suspek pertama belum dikenal pasti identitinya.

“Selain itu juga, semakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati nombor pendaftaran sebuah daripada dua kenderaan terbabit digunakan suspek sudah dilupuskan kerana terbabit dalam kemalangan,” katanya.

Hamza berkata, polis akan menyiasat bagaimana kereta yang sudah dilupus digunakan semula nombor pendaftarannya. “Dua kenderaan ini disita, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan Seksyen 307 kanun sama,” katanya.


p/s : ada x org curi x pakai baju?..


Isnin, April 18

::Happy Birthday Qaseh Dhia Faqihah::

18-04-2007 tepat jam 4.01am,Qaseh Dhia Faqihah telah selamat dilahirkan secara normal dengan berat hanya 2.75kg sahaja. Ibu dan ayah berkahwin pada 04-02-2005. Selamat 2 tahun kami menunggu saat2 indah bergelar ayah dan ibu. Selama 2 tahun kami menunggu untuk memperoleh zuriat kami sendiri. Pelbagai cara, perubatan dan kaedah telah kami lakukan untuk memperolehi kakak. Allhamdulliah, sekarang dah 4 tahun anak ibu, dah besar dah... ibu dan ayah doakan semoga kakak akan menjadi kakak yang boleh membimbing adik2, boleh menjaga adik2 andai ibu dan ayah tiada. Ibu harap kakak boleh menjadi pendorong adik2 menuju kejayaan.
kakak sewaktu berumur 6 bulan

Umur setahun lebih..kakak dah pandai berjalan sejak umur 9 bulan lagi...

Sewaktu kakak berumur 2 tahun...
ni pula sewaktu kakak berumur 3 tahun..masih manja lagi walaupun dah ada adik wawa..

yang ini sewaktu gambar hampir nak berumur 4 tahun...sungguh keletah sangat perangainya..dan sangat2 manja lagi..walaupun dah ada adik wawa dan bby iman

p/s: semoga menjadi anak yang solehah dan beriman serta berilmu..


Ahad, April 17

::sepetang di Kampung Gelang Patah::

Selepas aktiviti makan kek, kami beramai2 telah pulang kekampung dengan tujuan untuk menghantar kayu2 dan zink2 yang berada berkurun lama kat umah ayah aku tuh. Kayu2 tersebut bakal digunakan untuk membina rumah baru di sane. Lama sungguh x balik kampung..rindu...
kanak2 sekalian kepenatan bermain di bawah, maka naik keatas menonton kartun yea..

cinonet ni gumbira berada di rumah arwah nyoyang dia...

kami suka balik kampung!!best
di kampung banyak kucing..suka..

kaum2 adam semua diluar ya..berpanasan mengangkut kayu2 turun...

setengah hari kami disana...sekelepas asar kami beransur pulang..

p/s: kampung yang sudah banyak berubah dan bakal berubah sepenuhnya apabila diambil alih PTP.

::pre-birthday Qaseh Dhia Faqihah::

Hari ni aku dan shuben serta anak2 yang lain telah pegi ke KFC Pasar Larkin, ini merupakan permintaan si kakak sempena birthday yg ke-4nya esok. Disebabkan hari ni hari Ahad, maka hanya kami berlima sahaja yang makan KFC.
adik wawa khusyuk makan matched potato . Boleh habis 3 mangkuk kecil.

sementara shuben dok makan dengan adik wawa,maka kami berfoto la...

Selepas mengenyangkan perut,kami pun mencari kek yang bersesuai dengan kehendak anakku ini, cari punya cari dapat la kek upin dan ipin yang memang disukai..

ini la rupa kek cik upin kita ya..cukupla sekadar untuk makan bersama cousin2 yg 7 org tuh ye..

Birthday gal yang akan genap 4 tahun esok(18-4)


seronok lihat mereka enjoy kek tersebut walaupun sambut kecik2 jek.. minggu depan potong kek lagi...