Sabtu, Jun 5

::jarang-jarang::

sekarang aku dah jarang-jarang tido di rumah Pulai Indah.. banyak masa aku habiskan di rumah mak... memandangkan adik aku dah ke KL maka aku dan suami berpakat dok jek la rumah mak dulu..jadi peneman mak dan ayah..kadang2 ayah malam2 meroda jadi KRT..tinggal mak seorg...

tapi ada baiknya dok rumah mak...senang nak pergi keje..x payah aku tergopo2 nak bangun seawal jam 5..kalau lambat bertolak, mesti akan merempuh jam di UDA....

lagipun...anak2 suka dok umah tok mak..sebab ada ramai cousin2 mereka...

::berangan-angan::

Dua minggu sebelum cuti selalu bagi hint pada en suami nak bercuti ke Cameron.. lama sungguh nak ajak dia pergi ke sana.... saje mau cuba...dia perasan x keinginan seorg ibu mengandung...
heheheh..

Seminggu nak cuti... bagi hint lagi...
aku: bestkan kalau cuti2 sekolah dapat bawa anak2 jalan kat CH...
Si suami : sengih jek...

Tadi, tiba2 en suami tanya...jadi x nak pegi sane?....kalau nak pegi kena book hotel..takut penuh katanya..siap cari mane hotel atau aprtment yg masih ada kekosongan... aku tiba2 seronok juga..tp x boleh nak terover excited..takut x jadi pulak plan2 tuh...

Insyallah, kalau ada rezeki anak2 kami akan ke sane bersama2 mak ayah dan mak mertua...

Ahad, Mei 16

::Selamat Hari Guru:"

SELAMAT HARI GURU

Buat semua guru-guruku tidak kira yang pernah mengajar aku
sewaktu tadika...sek rendah larkin 1..sek menengah Sultan Ismain..
sekolah agama Kampung Kastam...

terima kasih kerana mengajar aku kenal A...B...C
dan Alif..Baa..Taa
Jasa kalian sungguh besar..kalau buka kerana kamu..
aku pasti tidak berjaya menjejakkan kaki ke menara gading..

Buat pensyaraku yang penah mendidik aku sewaktu di Kolej Kurniawan KPM...
dan Di UTM Skudai....terima kasih segalanya


Rabu, April 21

::sekolah dan kerja::

Hari ini ada Ko-ko di sekolah. Maka kena 'stay back' sampai jam 3.30 pm. Hari ini merupakan giliran kelab SPBT. Tadi hanya menyuruh pelajar membersihkan bilik BOSS dan melengkapkan mesyuarat agung tahun lepas dan tahun 2010. Penat. Letih sebab P&P dari awal sampai tengahari. Lepas tuh jam 2 terus ke bilik BOSS.

Balik rumah, kami terus pergi ke Carefour untuk berbelaanja sedikit. Kami beli ikan siakap untuk dimasak stim. Balik rumah terus masuk ke dapur. Anak-anak sibuk bermain di luar bersama ayahnya. Sambil memasak kena la buat kerja sampingan. Membasuh baju.

Lepas siap masak ikan siakap stim + goreng sayur buncit dan tempe + ayam goreng tepung + ais lemon tea = kekenyangan.

Dah kenyang makan... jangan lupa buat kerja sekolah yang sentiasa tak siap. Kena buat soalan periksa setengah tahun lepas tuh kena siapkan post mortem UP1....

Kalau dah siap semua, baru boleh kemas baju anak-anak untuk ke Taska dan gosok baju untuk esok pulak.

Laaaaa..anak-anak tak tido lagi???... ayahnyer pulak yang tidur... nampaknyer kena stop wat segala kerja..kena tidurkan anak-anak....

Jam berapa nak tido hari ni????

::KOMSAS::

Hish..hari ni paling x best..sebab kena ajar bebudak KOMSAS... arghhhh...
Dulu zaman aku x da la pulak subjek nih.. memang mencabar pelajaran dorang ni...
Yang cikgunyer pulak... x tau camne nak tarik minat diorg suka belajar KOMSAS..
Diorg sure x suka sebab kena belajar Prosa Klasik laaa... Drama laaa... cerpen laaaa... Sajak laaa..

Hari ni nak ajar pelajar Cerpen Biarkan Samudera - best cerpen ni...