Selasa, April 20

::Cuaca:

Asal petang je hujan...asal hujan je petang...

Jalan selalu jam... dan kalau x bernasib baik..hujan turun dengan ribut dan guruh..
Kadangkala boleh berlaku banjir kilat...
Sekarang kalau kilat...takut...
Anak-anak kalau petang hujan dan guruh...
terus tido...
selamat juga ibu dia...

Petang ni cuaca pun macam x elok... macam nak hujan..
Maka kena pulang awal....


::kemalasan yang sungguh ketara::

Kali ni, aku terasa cepat letih, cepat marah dan teramat la pemalas untuk melakukan tugasan sebagai suri rumah...
Kemalasan aku dah memuncak apabila aku pulang dan sampai ke rumah Pulai Indah..
Balik je rumah..terus tido...then tengah malam baru bangun makan dan gosok baju, mengemas baju anak untuk ke Taska...
Aku sangat la malas... dah lama rasanya rumah tuh berhabuk..lama x sapu sampah...

Dan paling ketara baju yang tidak berlipat dah semakin menjadi gunung berapi... dah hampir dekat sebulan x berlipat...hish!!! sungguh aku malas... malas dan sangat malas....

Kalau ikutkan, kandunganku baru 3 bulan...tapi kemalasannya sungguh menakutkan...
Muntah?...x da pun... makan pulak banyak...sentiasa lapar...

Hish....takutnyer!!!!

::happy birthday 3rd years-umah tok mak::


sebelum acara potong kek bermula....


b'day gal dah x sabar-sabar....

Ermmm....masuk hari semalam 19-10-2010 dah dua kali anaknda ibu potong kek... semalam kek otomen..hari ni nak kek mickey mouse pulak... jenuh gak mencari..last2 dapat gak jumpa kat Season kat Taman Pelangi. Kali ni dia sibuk nak ajak cousin2 dia tengok dia potong kek.. hai...anakku...
Lepas nih sure minta beli kek untuk beri kat Taska dengan umah nenek eton... hai.... layan kan je laaaa...

Tq untuk Tok Ayah dengan Tok Mak... dan x lupa gak untuk Pak Ngah dengan Mak Ngah.. w/p kecil2 an..tetapi bebudak ni seronok....






Ahad, April 18

::happy birthday 3rd years::




Hari ni merupakan hari kelahiran ke 3 buat anak sulung ku- Qaseh Dhia Faqihah-
Rasanya macam masih baru lagi melahirkan kakak.
Tepat jam 4.01 am, kakak dilahirkan... allhamdulliah...
Ibu doakan semoga kakak menjadi pendorong kepada adik-adik nanti...
Jadi anak yang sollehah dan berilmu serta beriman....

p/s : ni sambutan secara 'private' sebab kak long dah x sabar nak tiup lilin. Esok dan insyallah ibu wat b'day party yer.. kat taska dengan umah tok mak ngan umah nenek eton yer....

Khamis, April 15

::hati ini semakin gundah gulana::

Sekarang hati aku sangat gundah gulana.
Hati aku tak sedap.
Aku tak tahu nak mulakan dari mana.
Aku tak tahu bagaimana caranya nak beritahu berita ni.
Aku dah rahsiakan hampir sebulan.

Aku takut.
Suami aku juga takut.
Kami sama-sama takut.
Di awalnya kami tidak dapat terima kenyataan.
Tapi aku ambil sikap positif.

Insyallah kalau gundah gulana dalam hati sudah hilang,
aku akan beritahu jua.
Sampai bila mahu berahsia.