Khamis, Februari 12

Jusco Taman Universiti

Hmmm..semalam aku telah dipelawa oleh en suami untuk makan di Johnny's Restaurant kt Jusco Tmn U..nyum-nyum..memang favourite kitorg makan kat sini..steam boat dia memang sedap..tapi semalam x der mood nak makan steam boot just order side menu jek..


* Thai Chicken Rice...sedap.. yang dioder oleh en suami


*ni Prawn Fried Rice..sedap juga..dioder oler aku..


*ice cream water melon yg dioder oleh Kak Long


*bergambo sebelum makan sampai..heheh

Aku rasa, dalam minggu nih dekat 3 kali kitog pegi Jusco Tmn U nih..act bukan nak bershopping ker ape..tapi just nak jalan2 nak nak bwa si Kak Long pi main taman permainan kat sane..sejuk skit..heheh..lepas makan, kitrg pi le jalan2 tengok mane yg berkenan..dan lastly dapat juga aku belikan anak-anak baju (memang x sah kalau x beli baju anak-anak walaupun pocket kempis)..
Sebelum balik umah, singgah sat kat my News..tup2 si Kak Long yang beli majalah..heheh.. nak tau majalah aper?..hahah.. x sangka aku anak aku beli majalah...hehe.. tapi dia beli sebab ada gambo Upin dan Ipin...nak tak nak kena beli gak...



Hish..sampai jek rumah, tanpa menyalin baju tido..si kakak dah berlari2 masuk bilik dia..tengok ler tuh..bersepah2..sehari memang x leh kemas mainan dia..abis semua dia lambakkan..penat jek mama dia dok ngemas buku kat rak tuh..akhirnyer bersepah jua..x per laa..janji kakak long x kacau che'wawa...

Bandar Pulai Jaya

Aku rasa dah lama aku tak bercerita tentang company aku yang bermasalah nih..last saturday hari tuh, kitorg terkejut tengok kehadiran banyak kenderaan..dah hampir 6 bulan kitorg tak tengok kereta banyak macam nih parking kat car park opis...hahaha..sure korang ingat company aku ada event atau launching rumah baru..tapi itu semua adalah salah..kereta-kereta yang banyak tuh adalah kepunyaan penduduk-penduduk kampung BPJ yang kesemua rumah mereka tidak dapat disiapkan dalam jangka masa yang dijanjikan. Kebanyakkan penduduk yang datang adalah kaum India dan Cina yang boleh dikategorikan sebagai 'yang kuat mengamuk' dan yang selalu maki hamun kitorang.

Perjumpaan nih makan masa lebih kurang 2 jam lebih bermula dari jam 10 am, aku tak dapat dengar dan lihat dengan jelas apa yang berlaku, hanya dengar dari dalam office jek, meeting tuh dijalankan dekat project meeting room, so kitorg just dpt info selepas our sale manager balik..heheh, sian penduduk2 nih...yang aku dpt tau dr feedback seorg regular customer yg rajin berborak dengan aku, meeting yang dikendalikan oleh GM, memang no point..x ada solution..sebab ramai sgt yang dalam meeting 'naik hangin'..so, bile sorg bertanya, yang lain menyokong..so mereka nih memang nak band GM kitorg..dah kira baik la kitog adakan perjumaan segitu rupa..tapi, kalau ikutkan memang la company nih yang salah, sebab rumah2 diorg nih dah lebih dr tarikh agreement...ada yang dah potong gaji..ada yang kena bayar interest yg tinggi dgn bank..dan yg aku tau, diorg nih x leh terima sebab kena bayar duit rumah 2 tempat..satu rumah sewa, dan satu rumah sendiri yang ntah bile boleh siap.. macam semalam aku tengok NTV7 - Talian Hayat..keadaan dirog lebih macam tuh..tapi rumah2 kat BPJ nih dah boleh dikatakan hampir siap 80%..so tinggal nakk touch up dan buat kerja-kerja infra..hish..aku x tau ler mane bos-bos besar nih buat dgn duit2 yg diorg dpt dr bank nih...hish..yang jadi magsa sape?...aku dan rakan-rakan juga...



seronok aku tengok car park nih "full house"..


lagi full house...heheheh


sempat lagi en suami dgn anak2 jemput aku kat opis...

Rabu, Februari 11

Anak-anak

Dunia sekarang semakin banyak dugaan, pelbagai jenayah sering dipertontonkan. Bagaimana anak-anak aku nanti?..adakah anak-anak aku akan terjamin keselamatan mereka?..jenayah di dunia sekarang semakin berleluasa, rogol, bunuh, mencuri, merompak dan sebagainya sering di perdengar dan dipertontonkan.

Aku?..takut dengan situasi yang aku tidak pasti penghujungnya..bile memikirkannya, aku takut.. aku berdoa, semoga anak-anak aku akan terpelihara dari sebarang kejadian yang tidak diingin. Semoga Allah s.w.t memelihara dan melindungi anak-anak aku. Amin...

Bila aku baca paper, pelbagai masalah yang kelihatan, rogol..kejadian ni semakin menjadi-jadi..bapa rogol anak, pengasuh rogol anak, dan nak pergi sekolah pun kena rogol..macamana nanti anak-anak kite yang akan datang?..mungkin masalah nih akan sentiasa berlaku..

Sama-sama la kite amalkan doa dibawah nih sebagai panduan dan perlindung pada kite dan anak-anak, sesungguhnya Allah s.w.t maha mengetahui apa dan mengapa sesuatu itu berlaku.

Doa elak dirogol
Publish at Scribd or explore others: rogol Doa


*Doa diatas telah dibaca oleh Siti Sarah semasa zaman Nabi Ibrahim, Siti Sarah membaca doa tersebut ketika berkali-kali cuba dirogol oleh Raja yang zalim ketika itu.

Selasa, Februari 10

BabyIbu Giveaway : Win Gin & Jacqie Baby Bag

Sebenarnya, peraduan ni aku dah tengok hampir seminggu lamanya. Bukan aku tak nak on the spot post tentang peraduan nih, aku perlu survey dulu, aku kena cari beberapa info tentang blog BabyIbu. Pada awal aku melayari blog BabyIbu, banyak info yang aku perolehi daripada penulisan blognya, sungguh aku mendapat banyak informasi. Terima Kasih BabyIbu. Dalam pada itu, aku terpandang akan peraduan yang dijalankan oleh BabyIbu sempena annivesarries blog BabyIbu.

Gin & Jacqie



Gin & Jacqie telah diasaskan oleh seorang anak muda yang baru berusia 32 tahun iaitu Jacqueline Ng. Jacqueline Ng merupakan seorang pereka beg yang boleh dianggap sebagai pereka muda yang sungguh berbakat, beliau merupakan anak kelahiran Johor Bahru dan merupakan penuntut Ijazah Ekonomi dari Universiti of London. Sebelum menceburkan diri beliau dalam bidang fesyen, beliau terlibat dalam sektor korporat iaitu bekerja di Aeon Company Berhad (Jaya Jusco). Ketika dalam sektor korporat ini, lahirlah idea beliau dimana beliau sedang mencari beg untuk laptop. Dalam mencari kepelbagaian beg laptop dipasaran yang kebanyakkan adalah berwarna hitam tanpa ada pilihan membuatkan beliau mencari ilham dengan melahirkan beg pelbagai guna yang elegen dengan brand tersendiri.

Aku dan Gin & Jacqie.

Aku rasa ini merupakan kali pertama aku mendengar brand Gin & Jacqie, aku ingatkan brand Gin & Jacqie ni adalah kepunyaan orang luar negara, namun aku salah sangka dan aku sangat-sangat la kagum Jacquline Ng merupakan anak tempatan yang sungguh berbakat dalam dunia fesyen rekaan beg, selama ni kebanyakkan kaum hawa di Malaysia amat meminati beg berjenama Guess, Polo dan pelbagai lagi jenama antarabangsa. Tanpa aku buang masa, aku pun melayari laman web Gin & Jacqie, dan terdapat pelbagai jenis produk yang dihasilkan atas cetusan idea yang sungguh membanggakan. Dari pembacaan aku, beg yang dihasilkan merupakan beg yang praktikal dan stylish serta harganya juga tidak membebankan. Beg keluaran Gin & Jacqie adalah high functionality dan berkualiti yang direka khas walaupun membawanya kemana-mana, samada ke pejabat, bersiar-siar atau kemana sahaja anda pergi.

Memandangkan aku mempunyai 2 orang anak perempuan yang masih kecil, di samping kerjaya yang memerlukan aku membawa laptop adalah amat wajar dan sukacitanya andai aku turut berpeluang memenangi hadiah beg yang di peradukan. Anak-anak yang masih kecil memerlukan aku menyediakan pelbagai barangan mereka, kadang-kadang sampai tak muat beg, mane dengan botol susu, tisu basah, tuala, baju dan tidak lupa juga barang-barang aku yang hampir sama banyaknye dengan barangan anak-anak. Kadang-kadang, kalau bersiar-siar atau pergi bershopping, penuh stroller anak-anak dengan beg yang bergantungan, satu beg kakak, satu beg adik dan satu handbag mama...

Pilihan hati.

Kalau ikutkan pilihan, semua aku nak, hehehe..tapi yang paling aku suka sangat adalah beg Emily & Emma Baby beg, kenapa?..


1. Aku ada 2 anak perempuan yang masih kecil, dan banyakk stuff yang kena bawa kalau nak pi shopping atau pi jalan-jalan.
2. Aku nak bergaya sikit, sebab beg nih tak nampak macam beg bawa stuff anak-anak, beg ni more lebih kepada stylish.
3. Aku suka dengan warna dan coraknye yang pelbagai dan menyerlah.
4. Banyak compartment dan ada poket ..
5. Boleh cuci balik andainya kotor, sebab kain beg nih dari Nylon..

Khamis, Februari 5

Terkenang kembali..

Malam tadi, kami tak sempat sambut ulang tahun secara rasmi berdua..almaklumla keadaan anak-anak yang masih kecil. Mungkin aku dgn en suami akan sambutnya bile cuti nanti.. malam tadi juga, sempat aku belek dan cari gambar dan vcd gambar masa kawin dulu..seronok sgt.. semua dapat layanan yg 1st class.. best sungguh..

Aku dgn en suami telah dipertemukan di sebuah syarikat yang en suami aku uruskan..time tuh aku hanyalah buat part time job semasa cuti semester tahun 2 masa tuh tahun 2003..aku time tuh hanya saje2 ikut kakak sedara aku, dulu selama 3 bulan aku keje dkt compny en suami nih langsung x tegur mahupun berbicara dan berbual dgn aku..time tuh en suami sungguh sombong..tapi bile aku dah quit dan dah start belajar, tup2 dapat call dr en suami..saje nak ucap selamat naik class (kelakarnyer tuh cara en suami ngorat) so layan punya layan.. tersangkut laa pulak..

Aku dgn en suami bertunang masa aku last year kat UTM.. masa dalam bertunang, sungguh banyak dugaan aku dgn en suami ni.. tapi allhamdulliah, lebih setahun kemudian kami pun berkahwin...




a