Jumaat, Januari 2

...tension...

hish..awal2 tahun lagi dah tension...

BENCI...GERAM...TENSION dengan karenah customer nih..hish...sakit kepala...rasa macam nak quit jek...(tinggal nak submit dekat HR jek surat resign nih) company pun dah x boleh nak handle masalah customer dan A LOT problem that this company facing is "FINANCAL"..so how come they will cover our staff problem?...(huh..i dare told u that this company will not longger in this business-development) ...sampai bile ler aku nak bertahan kat company nih.. all my frenz has gone and got new job..so what 'bout u?..everyday kena tahan maki hamun customer... "b**s**t" dah selalu didengar...huh..sampai bile aishah..wake up...

Jumaat, Disember 26

Abah...sejak akhir-akhir nih aku sering teringatkan arwah abah..ntah mengapa hati dan perasaan sebak mengenangkan kenangan aku dengan abah..kalau aku lihat wajah baby wawa, sure aku teringatkan abah..wajah baby wawa ada iras-iras wajah abah...raut wajah...macam wajah abah..masa pemergian abah ke rahmatullah, aku tak dibenarkan utk ke kubur...aku hanya lihat abah di hospital dan di rumah sewaktu dikafankan...sampai sekarang aku masih x berkesempatan untuk melawat pusara abah..semoga arwah abah ditempatkan bersama2 orang2 yang soleh..amin...


Rabu, Disember 24

Pening Kepala..

Hmm..nothing to wrote...
i'm very tired and tired and tired again...

Kepala pun pening....pusing2..
sebab kena hujan pagi tadi...
X sabar nak menunggu hari esok...sebab esok CUTI....

*bestkan kalau dpt cuti lelama kat tepi pantai..nyaman..tenang...



Sabtu, Disember 20

Apa ada pada nama?

Nama...semua makhluk Allah ada nama. Namun, ada ape dengan nama?..
Nama aku Noraishah binti Idris...apa maksudnya?...sejak aku dilahirkan 5.7.1981, arwah nenek yang beri nama aku...kalau ikutkan maksud AISHAH-memberi kebahagiaan, dan maksud yang diberikan oleh arwah nenek aku ni, sekaligus memainkan peranan yang penting dalam kehidupan aku..dan antara nama dan maksudnya telah memberi kesan dalam diri aku..tapi benarkah aku memberi kebahagian kepada insan lain???...hanya insan yang mengenali aku sahaja yang tahu semuanya.... Selain nama tuh, ada juga org yang panggil aku dengan panggilan lain...

aishah-teman2 yang sekadar mengenali diri aku..
echa -teman2 yang rapat dengan aku e.g teman2 sewaktu belajar
nor -panggilan dari sanak saudara
akak -panggilan dari keluarga..mak ayah, along, angah dan ida...

Nama anak-anak aku pulak, ada maksudnye tersendiri... sebelum aku melahirkan 1st baby, memang kami dah rancang sekiranya mendapat anak perempuan, di awal nama, kami nak letak nam
a Qaseh (ini semua gara2 tengok lakonan Eja dalam Seputih Qaseh Ramadhan) dan akhirnya terciptanya nama Qaseh untuk anak2 perempuan mama..

Qaseh Dhia Faqihah - Dhia bermaksud Sinaran dan Faqihah bermaksud Cerdik
Qaseh Zahrah Zafirah - Zahrah bermaksud semangat dan kekuasaan dan Zafirah bermaksud yang berjaya, yang memperolehi apa yang dituntut.

Menurut kata org2 tua, jangan meletakkan nama yang sukar atau membawa maksud yang berat, ini ditakuti akan menyebabkan anak2 sukar untuk membawanya seiring dengan maksud yang terdapat pada nama. Namun aku yakin, bahawa nama yang aku letakkan pada anak-anak aku adalah yang terbaik dan aku berdoa semoaga maksud dan nama yang aku berikan kepada mereka akan anak2 mama "bawa" dengan sebaik2nya....




Jumaat, Disember 19

Teman....



Apabila kau ingin seseorang sebagai TEMAN,
janganlah lihat kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
kau mungkin akan menjauhinya..

Andai kau ingin seseorang sebagai TEMAN,
janganlah lihat kerana kebaikannya,
kerana mungkin dengan satu keburukan,
kau akan membencinya...

Andai kau inginkan seseorang sebagai TEMAN,
janganlah lihat kerana ilmunya,
kerana apabila dia buntu,
kau mungkin akan menfitnahnya...

Andai kau inginkan seseorang sebagai TEMAN,
janganlah lihat kerana sifat cerianya,
kerana andai dia tidak pandai menceriakanmu,
kau mungkin akan menyalahkannya...

Andai kau inginkan seseorang sebagai TEMAN,
terimalah dia seadanya,
kerana dia seorang TEMAN,
yang hanya manusia biasa..

Kelemahan, kekurangan, keburukan...
kalau itu yang kau boleh terima dari seorang TEMAN,
tidak mustahil kau akan memperolehi keseimbangan dalam berteman..
Kerana kau juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna...



*temanku dalam susah dan senang.....terima kasih teman...semoga hubungan persahabatan kite kekal selamanya...