Rabu, Disember 3

sepi dan sunyi

Hari ni...
keadaan opis...
SEPI dan SUNYI...
hanya kedengaran bunyi 'air cond'...

Mane pergi insan2 lain?....
SEPI....SUNYI....

Sabtu, November 29

kerje....kerje..

hmmm...hari nih keje 1/2 day jek..so ari nih opis bukak pukul 9:30am then balik 1:30pm..Hari ni lagi la busan hidup aku..dok main game jek dari pagi sampai la balik kang...opis seperti biasa >>>>LENGGANG<<<< kalau nak diceritakan tentang opis aku nih, memang la besar, company Developer...tapi sekarang dah macam goyang skit dengan masalah kewangan dan masalah rumah2 yang x siap dibina..customer pulak datang bukan nak tau masalah company ape..yang diorg tau rumah siap...lain2 hal bukan masalah diorg..
Customer kat Pulai Jaya nih, macam2 ada...kalau ok, ok la sangat..siap ajak datang umah makan thari...kalau yang hampeh tuh, nak ajak makan?..perghh...lagi di amuk satu opis lagi ada..siap hentak2 meja..baling2 kerusi...

*bile la company aku nak masuk tv nih... dengar2 Karam Singh Walliah nak dtg opis...wat rakaman...hahahahah...kalau ada, boleh ler aku inter frame....

Khamis, November 27

Boring tahap melampau..

Hari nih..susana dekat opis lenggang jek..ditambah pulak dengan keadaan cuaca yg hujan...sejuk jek...kat opis pun x ada keje nak buat..kalau ikutkan hati, rasa macam nak hantar surat resign jek..dah macam org bodoh jek dok dalam opis nih..aku rasa dah x ada motivasi lg dalam diri aku bile keje kat sini..bosan...

Rabu, November 26

Qaseh Zahrah Zafirah selepas 44 hari












Ini lah buah hati bonda..semoga Zahrah dilindungi oleh Allah s.w.t

Potong Jambul dan Aqiqah

Majlis Aqiqah dan potong jambul Qaseh Zahrah Zafirah telah aku adakan pada 15 Nov 2008 iaitu sehari selepas aku habis pantang 44 hari. Majlis nih boleh dikatakan agak meriah juga, majlis bermula seawal 10.30am hingga la waktu malam. Pada siang hari, majlis potong jambull disempurnakan oleh sekumpulan wanita yang dianggotai oleh mak aku. Kumpulan nih banyak melakukan aktiviti seperti marhaban dan sebagainya.

Persiapan dah aku lakukan dengan mak hampir sebulan lamanya.Aku nak majlis nih berjalan dengan lancar dan meriah.Dan allhamdulliah semuanya berjalan lancar. Makanan mak dengan ayah aku buat untuk lebih kurang 500 org makan. Ada kambing masak merah, ayam masak merah, daging masak kurma dan nasi jagung..makanan sampingan pun banyak gak...

persiapan yang dilakukan





Sekitar majlis cukur jambul