Khamis, Mei 19

::39-45-48-51::

Assalamualaikum...
Apa ada dengan no2 yang diatas?...hehehe..ok lepas aku baca blog rakan aku ni, Lin rasa nak juga buat entry macam dia..hehehe..

Memandangkan sekarang anak dah 3 orang, maka memang harusla berat badan naik kan..itu la berkat si superboi ni.. selera makan sanagat tinggi..dan akhirnya, lemak2 itu telah menjadi tepu di banyak bahagian..

Ok, pict di bawah ni sewaktu aku berada di kaki bangku sekolah menengah . Time ni badan aku memang solid molid dengan berat badan pernah mencecah hanyalah 39 kg.. hahah..sungguh ramping aku..waktu tu, aku memang x suka dengan berat badan aku sebab nampak sangat kerempeng dan semua selaur dan baju aku kelihatan sangat longgar walaupun pakai saiz S.. sunguh kelakar laaa... waktu zaman sekolah hingga masuk U, berat masih maintain 40-45 kg

ini adalah cijgu faveret ni... cikgu paling ensem waktu tuhh..Cg Razak.. i likeee...


Bila dah kawen, dan dah dapat sorang cahayamata, berat aku pada awalnya 48kg, tetapi berjaya menurun hingga 45 kg. Keadaan ini kekal sampai la aku dapat 2nd baby.. gambar ni sewaktu bersama teman baik ..aku suka dengan berat badan ketika itu..sebaba semua leh masuk..nampak la skit isi..x der la org pandang tulung berjalan kan...


Dan bila mengandung baby no 2, berat badan aku mencecah 58kg.. tp senang je nak kurus balik..sebab aku berpantang sungguh2..44 hari..mak ayah aku memang jaga betul aku time 44 hari tuh..malahan hingga hari ke 100 pun soh pakai bengkung...bengkung aku plak jenis yang 12 meter panjangnya..kalau nak pakai kena ikat kat tiang..baru le selesa dipakai... jadi berkat berpanatang berat badan aku menurun ke 48kg dan maintain hingga dapat tahun aku prggy 3rd baby...


Memandangkan 3rd baby ni, selera makan aku sungguh kuat..dah akhirnya berat baby pun 3.5kg dan berat akhir aku adalah 58 kg juga, tetapi sampai sekarang, dah hampir 7 bulan, berat aku hanya turun 7 kg je?...hah!! memang sungguh sukar aku nak turunkan berat badan nih...walaupun berpantang bagai nak rak, masih juga sukar nak turunkan lagi...kalau boleh nak la mencapai 48kg kan?...


Paling sedih sebab semua seluar jeans dan baju2 an banyak dah x muat.... sedih sangat.. sayang kalau baju2 an itu tidak disarung....


p/s : sedang berdiet makan di waktu malam...dan harap2 berjaya la misi untuk menguruskan badan..


Rabu, Mei 18

::2 Mei::


Ada apa dengan 2 mei ni?... hish.. 2 Mei ni bermakna si superboboy ni dan 6 bulan... dah leh belajar menyanyi ni.. memang dah pandai menyanyi dah.. x yah ajar pun..cuma kalau nak kasi sharp kena la pergi kelas vokal.. hish..

Sejak dah berusia 6 bulan ni, gelagat bukan main lagi..dah start nak merangkak.. dah pandai x nak dipegang.. dan yg penting kalau boleh semua yang lalu depan dia nak disuruh dukung.. nak di suruh ajak berjalan2.. hish..kalau cam ni, bai roti pun amik di suka...

Kalau nak tidur, kena masuk buai..tapi kena la org dok henjut2 dia..org itu kena jadi seperti buai karen ok...sebab kalau berhenti pasti menjerit2...
Dan paling suka, kalau dalam buai kena meniarap dulu..baru leh bangun..

Bab makan ni jangan x tau pulak..memang kaki makan .. semua nak di balunnya..kalau makan biskut..nak makan..makan roti pun nak makan juga..makan sup..pun nak juga...bak kata org tolak batu dengan kayu je laaa...

Menyusu?..lagi la hebat.. x sampai 2 jam dah nyusu.. lom lagi susu badan..tambah lagi susu perahan.. ( x per, ibu suka..nanti cepat besar anak ibu)...

Sejak dah pandai nak merangkak ni, pantang nampak benda2 yang berada disekitarnya...waima yang halus pun dia nampak dan dia akan masuk mulut..memang pantang nampak..

Sekarang, dah pandai mengeluarkan bunyi2 yang pelik.. dan dah pandai ikut gaya org..kalau org sih buat mulut...pun dah pandai...

p/s : harap2 anak ibu menjadi anak yg beriman, soleh dan berilmu..boleh menjaga ibu dan kakak2.. Insyallah..

::Andai ku Tahu::

Kadang-kadang, bila keseorangan aku akan terasa sangat takut...
Takut dengan 'sesuatu' dan 'benda' yang akan berlaku..
Takut dengan takdir yang bakal berlaku....

Banyak benda yang aku fikirkan andai aku keseorangan..
Sudah banyakkah pahala aku?..andai aku mati tanpa sempat bertaubat?..bagaimanakah aku di "sana" nanti... Bagaimanakah anak2 aku kalau aku 'tiada" lagi?...wah..sungguh aku TAKUT

Mungkin agak konservertif sikit pemikiran aku kalau memikirkan bab2 ini..sungguh!!
Kadang2 si Shuben pun naik bosan dengan aku bila aku dok pikir benda2 tuh... Sungguh!!




p/s : bile dengar lagu ni, rasa sungguh sebak dan terasa sungguh aku kerdil sebagai hamba-MU dan aku sedar sungguh banyak kekhilafan dalam diri aku...


Isnin, Mei 16

::selamat hari guru::

:

SEKUNTUM BUNGA UNTUK GURU-GURU TERCINTA

Allah ciptakan matahari,
yang tak pernah bosan bersinar,
seperti halnya semangat dan kasih sayangmu dalam mendidik kami,
wahai guruku......

Allah ciptakan bulan untuk menerangi malam,
seperti halnya engkau guru,
yang selalu membimbing dan menerangi kami dengan berbagai ilmu

Allah ciptakan bintang dimalam hari sebagai penghias,
seperti halnya engkau guru,
yang selalu menghiasi hari-hari kami dengan begitu indahnya.

Allah ciptakan bunga yang begitu harum,
seperti halnya engkau guru yang telah memberikan keharuman pada hari-hari kami,
selama kami bermain dan belajar disekolah.


Isnin, Mei 9

::Terima Kasih wahai emak::


Hari ini genap 29 tahun 10 bulan dan 57 hari aku mempunyai seorang ibu
yang aku panggil 'emak'.
Terlalu banyak pengorbanan yang telah emak curahkan dari saat diriku dikandung 9 bulan.
Saat 9 bulan itulah yang terlalu memeritkan bagi emak untuk memastikan aku dapat dilahirkan dengan sihat dan sempurna.
Saat aku dilahirkan memang saat yang sangat dinantikan oleh emak dan ayah yang sabar menanti hampir 2 tahun selaps angah.
Aku adalah anak sulung perempuan dalam keluarga.
Kasih sayang yang melimpah ruah hingga ke saat ini tidak pernah pudar dan malap.
Walaupun dalam kesusahan, dalam kesempitan mak sanggup mendahulukan kami daripada yang lain.

Kini, aku dapat rasai apa yang selama ini emak rasai sepanjang bergelar ibu.
Kini, hampir 4 tahun dan 22 hari aku merasai kehidupan sebagai seorang ibu kepada 3 orang anak-anak yang sungguh berlainan tingkah laku.
Sungguh saat yang indah melayan karenah mereka.
Sungguh hebat kuasa Allah yang memberi 1001 rahmat keatas seorang wanita yang bergelar ibu.

Terima Kasih emak,
Semoga emak sihat dan dimurahkan rezeki.

Dan wahai anak-anakku semoga kalian menjadi anak yang solehah dan soleh.

Selamat Hari Ibu - Hajah Esah binti Mohammad







Khamis, Mei 5

::sudah berkurun lamanya::



Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..
Wayang?..Lama sungguh x menonton wayang bersama en shuben waima dengan anak2 lagi la x pernah... kalau di ikutkan perkiraan sudah hampir 6 tahun tak menjejakkan kaki ke panggung wayang. Dulu zaman bercinta cintun selalu juga la menonton wayang. Rindu zaman2 itu...

Sekarang, kalau nak menonton movies, haruslah menonton dirumah sahaja bersama anak2...seronok..boleh gaduh2 ngan anak2 berebutkan dvd..si anak nak tgk Dora...si ibu plak nak tgk movies lain..hahaha..jawapannya ibu haruslah mengalah demi anak2 agar mereka2 ini tidak mengamuk atau melontarkan suara yang sungguh kuat.... Jadi, kalau ibu nak tgk movies ibu..kena la tunggu anak2 kecil ini tidur lena diulit intan ...


@selingan : memang wajib tampal amaran ini di setiap panggung wayang..


Sekarang bila dah ada anak2, nak juga bawa anak2 ke sane..boleh juga anak2 ibu bersosial skit kan... insyallah kalau ada masa, jom kita reramai menonton wayang ye... mesti meriah.. dan mesti kelam kabut suasana..ntah2 x habis cerita anak2 dah bosan.. jd kena tunggu anak2 ibu membesar bagai johan dulu baru senang ibu bawa kamu..insyallaah...


Rabu, Mei 4

:: Wasiat Seorang Bapa kepada Anak::

Wasiat Teknik Mendidik, Anak Beriman


Bapa memikul tugas amat berat untuk memelihara kebahagiaan keluarga. Dalam melaksanakan tugas itu, bapa perlukan petua kerana ia memainkan peranan penting dalam mendidik anak. Wasiat Lukman al-Hakim adalah yang perlu sentiasa dipegang kerana petua ini dinukilkan dalam al-Quran. Ia adalah sumber terbaik untuk diambil hikmahnya dalam hal berkaitan pendidikan anak.


Al-Quran menghidangkan petua dan wasiat bagaimana Lukman mendidik anaknya dalam satu surah khusus diberi nama surah Lukman, khususnya dalam ayat 13 hingga 19. Justeru, kita perlu mengenali Lukman supaya kita boleh mencontohi beliau. Bagaimana Lukman mencapai makam yang mulia ini, menurut Imam Ibnu Jarir daripada Amru Ibnu Qais, seorang lelaki pernah menyoal Lukman mengenai perkara itu.


Lukman menjawab: “Semua itu adalah kehendak Ilahi. Bagaimanapun, aku sentiasa menunaikan amanah yang dibebankan ke atas diriku. Aku juga sentiasa bercakap benar dan aku menjauhi setiap perkara yang tidak mendatangkan faedah bagiku.”


Itulah jawapan Lukman al-Hakim ketika ditanya bagaimana beliau mampu mencapai makam yang tinggi sehingga menjadi contoh di kalangan masyarakat ketika itu, malah sampai ke hari ini. Ramai di kalangan ibu bapa tidak mengetahui bahawa ‘wasiat’ yang diberikan Lukman al-Hakim kepada anaknya itu adalah teknik khusus untuk golongan bapa dalam mendidik anak.


Sekiranya teknik ini diamati lalu dipraktikkan dalam kehidupan seharian, nescaya anak akan lahir sebagai Muslim yang beriman dan bertakwa kepada Allah.Abd Rahman Hassan Al-Maidani berkata menerusi bukunya Fiqh Dakwah, bahawa di sana ada 14 jenis permasalahan yang dapat dipelajari melalui kisah Lukman mendidik anaknya menerusi ‘wasiat’ ini.


01] Tauhid Lawannya Syirik. Tidak Mensyirikkan Allah.

Disebutkan dalam wasiat ini, bahawa syirik kepada Allah adalah kezaliman yang amat besar. Mengapa? Kerana ia mengandungi syirik terhadap Rububiyatullah (Allah Yang Maha Berkuasa sebagai Pemelihara alam semesta) dan syirik terhadap Uluhiyatullah (Allah sebagai Ilah, satu satunya Tuhan yang disembah, agungkan diutamakan).


Syirik sebesar-besar kezaliman. Zalim pula bererti meletakkan sesuatu bukan di tempat sepatutnya. Mengapa syirik dikatakan zalim? Sudah disepakati bahawa Allah yang menciptakan makhluk semesta alam dan Dia juga yang menurunkan nikmat. Adakah layak kita samakan kekuasaan Allah ini dengan sesuatu kuasa yang lain?


Jika ada di kalangan manusia yang menyamakan kekuasaan Allah dengan kuasa yang lain, maka dia sudah melakukan kezaliman. Allah saja yang layak disembah dan diagungkan kerana apa yang dilakukan-Nya itu tidak mampu dilakukan kuasa lain. Tetapi, jika kuasa lain yang diagungkan, maka inilah kezaliman.


Inilah yang diperkatakan menerusi ayat 13, surah Lukman yang bermaksud: “Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah. Sesungguhnya mempersekutukan Allah itu adalah kezaliman yang amat besar.”


02] Syukur.

Lukman mengajar anaknya supaya bersyukur kepada Allah di atas anugerah nikmat-Nya yang tidak terhitung luas dan banyak.Kesyukuran mengandungi erti balasan perbuatan indah dan baik dengan perbuatan juga baik dan indah.


Termasuk di dalam erti kata syukur ini ialah beribadah kepada-Nya dengan melakukan ibadat yang disyariatkan, mendekatkan diri kepada-Nya, menuntut keredaan-Nya dan memuji-Nya serta menghadapkan diri dengan berdoa kepada-Nya yang Maha Esa.


Memuji lebih umum daripada bersyukur kerana hak mutlak kepujian itu diberikan ke atas yang dipuji apabila bersifat dengan sifat yang baik, hatta yang dipuji itu tidak melakukan sesuatu kebaikan terhadap pemuji.

Dan peringatan kesyukuran kepada Allah ini dikaitkan dengan pembalasan pada kari kiamat. Sekiranya kesyukuran itu kepada Allah, maka akan mendapat balasan pahala dan jika sebaliknya akan mendapat balasan seksaan di atas kekufuran dan keingkaran.


Inilah yang diperkatakan melalui ayat 14, surah Lukman yang bermaksud: “Dan kami wasiatkan (perintahkan) kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapanya. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada-Ku tempat kembali.”


03] Mengenang Budi Ibu Bapa.


Lukman mendidik anaknya supaya mengenang budi dan berterima kasih di atas susah payah dan jerit perih ibu bapa membesarkan anak dengan penuh kasih sayang dan pengorbanan.


Tunaikan hak kedua-duanya terutama kepada ibu kerana ibu bersusah payah bermula dari proses mengandung sehingga melahirkan anak, menyusu sehingga tamat tempoh berakhirnya penyusuan selama dua tahun, membelai dan mendidik siang malam.


Ketaatan kepada ibu bapa (walaupun berlainan agama) adalah wajib kecuali apabila disuruh mengerjakan maksiat dan meninggalkan amal ibadat yang disyariatkan Islam.


Lihatlah tingkatan terima kasih (syukur) yang ditonjolkan melalui wasiat ini di mana terima kasih kepada ibu bapa datang selepas syukur kepada Allah.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 14, surah Lukman bermaksud: “Dan kami wasiatkan (perintahkan) kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan di atas kelemahan dan menceraikan menyusu dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaku dan kepada ibu bapamu! Kepadaku tempat kembali.”


04] Tidak Taat Kepada Arahan Perkara Maksiat.


Lukman mendidik anaknya dengan mencegah anaknya daripada mentaati ibu bapa yang mendesak atau mengajak supaya mensyirikkan Allah dan perbuatan maksiat yang dilarang-Nya.


Namun, sebagai anak, ibu bapanya harus dilayani, ditemani dan digauli dalam suasana penuh kebahagiaan dan kasih sayang.Anak juga harus melakukan kebaikan kepada mereka berdua seperti menjaga hal ehwal kewangan, menghormati dan berkhidmat kepada mereka.


Inilah yang diterangkan melalui ayat 15, surah Lukman bermaksud: “Dan kalau kedua-duanya memaksa engkau supaya menyekutukan Aku, apa yang tiada engkau ketahui, janganlah dituruti; dan pergaulilah keduanya di dunia ini dengan secara patut.”


05] Ikutlah Jalan Orang Soleh.


Lukman menasihati anaknya supaya melalui jalan yang dilalui orang salih iaitu mereka yang kembali bertaut kepada Allah dengan keimanan, ketaatan dan meredah jalan yang lurus.


Mereka yang kembali kepada Allah adalah daripada kalangan rasul, nabi, orang benar dan sesiapa saja yang mengikuti mereka dengan keikhlasan dari kalangan orang mukmin. Inilah yang diterangkan ayat 15, surah Lukman bermaksud: “Dan turutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku.”


06] Sentiasa Ingat Hari Kiamat Dan Pembalasan.

Lukman berpesan kepada anaknya supaya melakukan ‘pemerhatian’ hari kiamat dan arahan menyuruh dan meninggalkan sesuatu perkara di dalam menongkah arus dunia ini. Inilah yang diterangkan melalui ayat 15 surah Lukman bermaksud: “Nanti kamu akan kembali kepada-Ku dan akan Aku beritakan kepada kamu apa yang kamu kerjakan.”


07] Setiap Amal Akan Dihisab Oleh Allah Maha Mengetahui.

Lukman menerangkan kepada anaknya akan syumul ilmu Allah melewati ilmu manusia. Allah bebas melakukan apa saja tanpa ada halangan, mendatangkan sesuatu yang diinginkan-Nya daripada segenap tempat yang tidak mampu dibuat makhluk.


Sesuatu kebaikan, kejahatan, kezaliman dan kesalahan yang diumpamakan seperti berat biji sawi walaupun tersembunyi jauh dalam batu, di hujung langit atau terbenam sedalam di dasar bumi akan didatangkan Allah pada hari kiamat untuk dihisab dan diberi ganjaran dosa atau pahala.


Inilah yang diterangkan melalui ayat 16, surah Lukman bermaksud: “(Kata Lukman): Hai anakku! Sesungguhnya jika ada (amal engkau) seberat biji sawi dan ada (tersembunyi) dalam batu, di langit atau di bumi, itu akan dikemukakan oleh Allah dan Allah itu Halus (mengerti hal yang halus) dan Cukup Tahu.”


08] Menjaga Solat.

Lukman menyuruh anaknya supaya menunaikan solat kerana ia difardukan-Nya melalui utusan di bumi (dari kalangan nabi dan rasul). Solat adalah tiang agama, dalil keimanan dan yakinnya hamba terhadap Ilahi, jalan mendekatkan diri kepada-Nya dan membantu mencegah kemungkaran, kekejian dan menyucikan diri. Perkara ini diterangkan melalui ayat 17, surah Lukman bermaksud: “Hai anakku! Dirikanlah solat.”


09] Amar Makruf, Nahi Mungkar.

Lukman menyuruh anaknya berbuat yang makruf dan mencegah kemungkaran. Ini menunjukkan kepada kita bahawa arahan supaya menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran daripada ‘tugasan’ yang terkandung di dalam seruan Ilahi kepada agama Islam sejak dulu lagi.

Inilah diterangkan melalui ayat 17, surah Lukman bermaksud: “Suruhlah mengerjakan yang baik, cegahlah perbuatan yang buruk.”


10] Sabar.

Lukman menasihatkan anaknya supaya bersabar di atas segala perkara yang dibenci yang menimpa diri sama ada musibah itu datang daripada Ilahi menguji diri, harta, suami isteri dan anak. Dimulakan wasiat dengan arahan solat dan diakhiri dengan arahan supaya bersabar. Mengapa? Kerana solat tiang agama dan sabar adalah asas kekalnya ketaatan sepanjang masa.


Secara jelas dapat difahami bahawa sabar menahan musibah ini tergolong di dalam perkara yang berhajat kepada kehendak yang kuat daripada tahap keazaman. Firman Allah dalam ayat 17, surah Lukman bermaksud: “Dan berhati teguhlah menghadapi apa yang menimpa engkau; sesungguhnya (sikap) yang demikian itu masuk perintah yang sungguh-sungguh.”


11] Tidak Sombong, Tidak Takbur.

Lukman menasihati anaknya supaya jangan takbur dengan apa-apa pergerakan sekalipun yang menunjukkan kesombongan dan ketinggian diri di depan manusia. Lukman berpesan supaya jangan memaling muka apabila bercakap dengan manusia kerana ia menunjukkan sifat takbur dan menghina (merendah-rendahkan seseorang).


Inilah yang diterangkan melalui ayat 18, surah Lukman bermaksud: “Janganlah engkau memalingkan muka engkau dari manusia kerana kesombongan.”


12] Tidak Berlebih-Lebihan.

Lukman menasihati anaknya supaya tidak berjalan di atas muka bumi ini dengan menampakkan keseronokan yang amat sangat.
Perkara ini disebut lagi dalam ayat 18, surah Lukman bermaksud: “Dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh! Sesungguhnya Allah tidak mencintai sekalian orang yang sombong dan membanggakan diri.”


13] Bersederhana.

Lukman menasihati anaknya supaya bersederhana ketika berjalan, tidak terlalu perlahan hingga menampakkan kemalasan atau terlalu lambat konon-kononnya ingin dikatakan zuhud.


Tidak terlalu laju sehingga menonjolkan sikap gopoh, tidak cermat, tidak prihatin serta tidak peduli kepada suasana sekeliling. Sikap sederhana dan pertengahan lambang seseorang itu tenang, berakal dan sihat.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 19, surah Lukman bermaksud: “Dan bersederhana dalam berjalan.”


14] Adab Bercakap Dan Bersuara.

Lukman menasihati anaknya supaya merendahkan suara dan mencukupi suaranya didengari mengikut hajat atau keperluan pendengar.
Inilah antara adab bersuara dan bercakap untuk keperluan yang diterangkan dalam wasiat ini, bahawa mengangkat suara tanpa keperluan adalah perkara yang dikutuk dan tidak disukai.


Contoh yang akan diberikan dalam ayat berikut ini bahawa seburuk-buruk suara adalah suara keldai kerana ia awalnya suara mengeluh dan akhirnya suara menguak. Perkara ini dijelaskan lagi dalam ayat 19, surah Lukman bermaksud: “Dan lembutkan suara engkau! Sesungguhnya suara yang amat buruk ialah suara himar.”





::wajarkah menghantar anak-anak ke sekolah @ taska seawal umur 3 atau 4 tahun?::

Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera..



Semenjak akhir-akhir ni, ramai bertanya tentang anak-anak aku. Soalan yang sering mereka tanya adalah :
1. Umur anak berapa tahun?
2. Kenapa tak hantar anak pergi sekolah?



Kadang2 dah naik malas, jemu, muak dan mual2 sorry, bukan prgnent tau.
Kalau ikutkan keadaan dan kehendak si anak, memang dia sangat suka kalau pergi ke sekolah. Sekarang sudah pandai meminta2 membeli alat2 tulis, alat2 men'galer' dan ayat paling best adalah ' ibu, kenapa x belikan baju sekolah dengan kasut sekolah kakak?' hehehe..kalau ikutkan hati memang nak hantar si kakak pi sekolah, tp memandangkan 'keadaan'nya yang sangat tidak terkawal, aku takut nanti abis pecah tingkap sekolah tuh sebab dengar nyaringan suara dia yang sungguh dahsyat...kalau menangis bagai dipukul2 je...kalau menangis bagai mengeluarkan segala ketidakpuasaan dalam diri dia...dan kadang2 rasa si kakak ni macam memberontak dalam diri.. dan jati dirinya amat kurang jika dibandingkan dengan si adik.


Setiap hari dan setiap malam aku memikirkan masalah negara hehehe.. bagaimana nak hapuskan perasaan iri hati, dan perasaan takut dalam diri dia...dia akan berani jika aku ada disisinya..
Ok, sekarang si shuben dah memberikan green light untuk aku mencari taska yang baik untuk si kakak dalam perkembangan dirinya...
Bila aku lihat skrg, kakak dah pandaia mengenal huruf A B C sampai Z, cuma masih x kenal sepenuhnya.. kalau mengira dah pandai sampai 20, tp bila sampai no 11, di cakap satu belas.. hehehe.. kalau jawi, dah pandai menghafal alif sampai ya.. tp itu semua berkat dia menghafal... ( memang daya ingatan anak2 seusianya amatlah kuat) ..doa makan dah boleh baca sendiri tanpa bimbingan... dan sekarang sedang belajar suku kata...
Si adik pula skrg dah semakin bijak..sebab dia banyak belajar dari perbuatan si kaka...dah skrg dah pandai nyanyi lagu2 rakyat... ini semua berkat pergaulan di rumah bersama cousin2 nya..



Serius mengaler... dah boleh bawa pi contest mengaler dah.. memang dia nak sgt pi contest kaler2 nih..



Si adik pun x leh tgk kakak dia kaler.. nak juga kaler...tp adiknyer kecik je ok...



"Adik, salah kaler laa..mane boleh kaler keluar2" kan dah kena marah ngan kakak..




p/s : wajar ke aku hantar anak2 ke sekolah seawal usia 3 tahun?a




Selasa, Mei 3

:: Happy Birthday Asyraf Idraki ::

Assalamualaikum..

Asyaraf Idraqi dah setahun...
Tahniah buat adindaku dan suami..

Semoga Acap menjadi anak yang sihat dan comel....

Bile nal balik JB ni?. Achik ngan cousin2 yang lain rindu sama kamu...