Isnin, Mac 9
::mencari rezeki::
Sekarang masih menghadiri taklimat Frog Vle... jadi sekarang tengah online dalam bilik komputer.
Sabtu, September 20
::Allhamdulillah, masih lagi boleh menulis::
Lamanya rasa tidak menulis dalam blog ni, rasanya dah hampir setahun tidak menaip dalam blog ni. Sejak memulakan diri dalam bidang pendidikan secara tetap, memang terlalu banyak masa aku disekolah, dan masa pergi dan ambil anak2 balik rumah.
Bayangkan, sejak bergelar pendidik, bangun seawal 5.00 pagi, menyiapkan anak2 yang berdua nak kesekolah, masak itu, masak ini, kemas itu kemas ini.
Selepas solat subuh, sebelum @ tepat jam 6.00 harus memulakan perjalanan yang sejauh hampir 30km untuk sampai ke destinasi. 1st place kena pergi adalah rumah mak dia Larkin untuk hantar anak2 then baru gerak ke sekolah a.k.a tempat kerja aku di SK Taman Perling 3.
Jadi, begitu la rutin harian aku 5 hari seminggu sejak bergelar guru. Allhamdulillah
Sabtu, September 28
::JDT - Luaskan Kuasamu Oh Johorku::
Asalamualaikum wbt...
Tahniah untuk pasukan JDT pada perlawanan suku akhir 1. Walaupun masih belum kukuh, tapi pada aku 2 bekalan yang dibawa serba sedikit dapat menjadi semangat untuk pasukan JDT.
Permainan kali ni nampak sangat bertenaga semua ahli pasukan JDT yang bersungguh-sungguh bermain. Safee Sali yang pada dulu hanya bermain pada minit-minit terakhir permainan smsa bawah arahan Fandi...namun pada arahan baru ni, peranan Safee berbaloi dengan jaringan. Tak lupa juga gol sepakan Mat Yo, wp masalah isterinya bukan dijadikan sebagai alasan untuk bermain sambil lewa. Kemasukan Nunes dengan tendangan penalti yang sangat cantik... Jasazrin penyumbang gol pertama yang menjadi semangat untuk pasukan JDT...
Insyallah... sokongan kami tak berbelah bagi untuk kalian di Kelantan nanti...
P/s: Tahniah JDT...
Isnin, September 23
::Derhaka Seorang Madu ::
Assalamualaikum w.b.t,
Hari ni episod terakhir Derhaka Seorang Madu, pada awal menonton cerita ini memang dah terlekat di hati.. geram dengan peranan Farahdhiya yang melakonkan watak Rozi, seorang perempuan yang merampas kasih sayang seorang ibu, isteri Hawa dan anak-anak terhadap lelaki yang bernama suami... Si suami hilang kewarasan sepanjang bersama madu yang sangat zalim dan hanyut dalam dunia hasad dengki...
Kalau ikutkan, cerita ni memang berlaku dalam kalangan masyarakat kita.....
Tahniah untuk pengarah dan penulis skrip yang mampu menghasilkan sebuah cerita yang sangat terkesan....