Isnin, April 25

::Obesiti dikalangan kanak-kanak::


terima kasih - Razak mengcopy video dr blog anda...

Jam 8 malam tadi seperti biasa mendengar berita utama di TV3, ada berita sungguh baik didengar dan mungkin boleh diparktikan untuk anak2 ku yang sedang membesar ni dan yang sungguh menggemari 'junk food' ini.

Menurut kajian UKM sebanyak 9.7 peratus atau hampir 2000 kanak-kanak berusia antara 6-12 tahun adalah dari kalangan obesiti. Angka ini sangat memeranjatkan aku. Sungguh!! Aku sebelum ini hanya membaca dan mendengar obes di kalangan anak2 di luar negara, namun di Malaysia angka ini semakin meningkat andai tiada satu langkah atau garis panduan bagi membendung masalah kanak2 obes.

Maka, larangan menjual hampir 15 jenis makanan termasuklah mee segera, makanan berjeruk, minuman berkarbonat, makan diproses seperti daging burger dan juga makanan yang mempunyai perisa tiruan.

Pihak Kementerian Kesihatan telah mencadangkan beberapa jenis makanan berkhasiat yang perlu disediakan oleh pihak kantin seperti mee sup, kuewtiue goreng dan nasi goreng. Selain itu juga, penjaja yang berada diluar kawasan sekolah juga turut akan dipantau dari masa ke semasa. Jika hanya tindakan diambil ke atas kantin sekolah, ia boleh diibarat seperti mencurah air di daun keladi, maka pihak peniaga diluar juga turut akan diambil tindakan dan dipantau.


p/s : peranan ibu bapa juga adalah penting bagi mengawal pemakanan anak2...

Tiada ulasan: